2. 1
111...000 PPPEEENNNDDDAAAHHHUUULLLUUUAAANNN
Program Kemahiran Mengira (ProTiM) merupakan satu program yang
dilaksanakan kepada murid yang belum menguasai kemahiran mengira. Ia
dilaksanakan mulai September 2006 sebagai program pemulihan selepas
UPSR. ProTiM diperluaskan kepada murid Tahun 4 dan Tahun 5 pada 2008 di
semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas dua bulan
murid berada di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, guru akan mengenal pasti
murid yang belum menguasai asas mengira akan menduduki Ujian Diagnostik
yang dipanggil Ujian PraProTiM. Bagi murid yang tidak melepasi skema yang
ditetapkan murid tersebut mesti mengikuti kelas ProTiM yang akan
dilaksanakan selepas pelaksanaan Ujian PraProTiM dianalisis. Bagi yang
melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut akan mengikut kelas seperti
biasa.
Program ProTiM ditambah baik lanjutan pelaksanaan Program LINUS 2010.
Proses penambahbaikan program ini perlu dilakukan bagi membantu murid
yang telah mengikuti program LINUS 2010 hingga 2014. Penambahbaikan ini
tertumpu kepada murid Tahun 4 (2015).
222...000 MMMAAATTTLLLAAAMMMAAATTT DDDAAANNN OOOBBBJJJEEEKKKTTTIIIFFF
2.1 Matlamat program ini secara umumnya adalah untuk memastikan murid
Tahun 4 menguasai kemahiran asas mengira. Tumpuan diberikan bagi
membantu dan membimbing murid LINUS2.0 yang masih belum
melepasi saringan terakhir Tahun 3 pada Tahun 2014. Tumpuan juga
diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir
pada Tahun 3 berkenaan tetapi kebolehan mereka masih lemah dan
sukar untuk bersaing dengan murid sedia ada.
3. 2
2.2 Objektif program: pada akhir program pemulihan kemahiran mengira,
murid dapat:
2.2.1 Mengenal nombor bulat hingga 10 000;
2.2.2 Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000;
2.2.3 Menguasai Operasi tolak dalam lingkungan 10 000;
2.2.4 Menguasai fakta asas darab; dan
2.2.5 Menguasai fakta asas bahagi.
333...000 KKKAAANNNDDDUUUNNNGGGAAANNN PPPRRROOOGGGRRRAAAMMM
3.1 Pengenalan
3.1.1 Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan
modul. BPK menyediakan modul sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran asas untuk diikuti oleh murid.
3.1.2 Penilaian dijalankan di akhir setiap unit pembelajaran untuk
menilai pencapaian murid.
3.1.3 Aktiviti mengira yang dijalinkan dalam modul bertujuan
meningkatkan minat murid terhadap matematik. Sekolah
digalakkan mengadakan perkhemahan pemulihan M3 untuk
meningkatkan motivasi murid yang terlibat.
Nota: Modul yang diguna pakai ialah modul ProTiM.
3.2 Kandungan Modul ProTiM
Unit 1: Nombor bulat hingga 10 000
o Membilang
o Nilai tempat
o Pembundaran
Unit 2: Tambah dalam lingkungan 10 000
o Tambah dalam lingkungan fakta asas
o Tambah dua nombor hingga 4 digit
Unit 3: Tolak dalam lingkungan 10 000
o Tolak dalam lingkungan fakta asas
o Tolak dalam lingkungan 10 000
4. 3
Unit 4: Pendaraban
o Darab dalam lingkungan fakta asas
o Darab 2 digit dan 1 digit
o Darab 3 digit dan 1 digit
o Darab 2 digit dan 2 digit
o Darab melibatkan 10, 100 dan 1000.
Unit 5: Pembahagian
o Bahagi dalam lingkungan fakta asas
o Bahagi hingga 4 digit dengan 1 digit
o Bahagi hingga 4 digit dengan 2 digit
o Bahagi melibatkan 10, 100 dan 1000.
444...000 SSSTTTRRRAAATTTEEEGGGIII PPPEEELLLAAAKKKSSSAAANNNAAAAAANNN
4.1 Sekolah
Program ini akan dilaksanakan di sekolah rendah seluruh negara.
4.2 Pengurusan ProTiM
4.2.1 Jawatankuasa pelaksanaan ProTiM perlu ditubuhkan di
peringkat sekolah.
Penasihat: Guru Besar
Pengerusi: Penolong Kanan Kurikulum
Setiausaha: Ketua Panatia Matematik
Ahli: Semua guru matematik
Guru pemulihan
4.2.2 Fail yang berkaitan perlu diwujudkan dan dikemaskini.
4.3 Penentuan Murid
4.3.1 Pengenalpastian murid Tahun 4 yang terlibat dalam program
ini berdasarkan:
a. Murid yang belum menguasai kemahiran Numerasi
walaupun telah mengikuti program LINUS selama 3 Tahun.
b. Murid yang baru melepasi ujian saringan terakhir Tahun 3
dan memasuki kelas aliran perdana.
c. Cadangan guru. Guru diminta menyenaraikan murid yang
dikenal pasti belum menguasai kemahiran mengira
berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, laporan guru mata
pelajaran matematik sebelumnya serta pencapaian murid
berkenaan dalam ujian dan peperiksaan penggal.
5. 4
4.3.2 Murid yang dikenal pasti akan menduduki Ujian PraProTiM. Ujian
ini diadakan untuk mengesahkan tahap penguasaan mengira
murid berkenaan.
4.3.3 Murid yang mendapat kurang daripada 8 markah pada mana-
mana bahagian ujian PraProTiM perlu mengikuti PROTIM.
4.4. Guru
Guru yang menjalankan program ini ialah guru Matematik yang terpilih
dan dibantu oleh guru pemulihan.
4.5 Pelaksanaan
4.5.1 Jangka masa program adalah mulai bulan April hingga Ogos
2015 (Rujuk cadangan carta aliran ProTiM).
4.5.2 Secara prinsip, ProTiM dijalankan pada waktu Matematik. Walau
bagaimanapun, sekolah digalakkan untuk menjalankan program
ini dalam waktu pembelajaran di sekolah. Pentadbir sekolah
boleh membuat pengubahsuaian dalam menyediakan jadual
waktu yang sesuai untuk melaksanakan program ini bagi
memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat.
4.5.3 Pembentukan kelas dan pengajaran dimulakan sebaik sahaja
dapatan Ujian PraProTiM diperolehi.
4.5.4 PascaujianProTiM akan dijalankan selepas murid mengikuti kelas
ProTiM bagi mengenal pasti tahap baru penguasaan kemahiran
asas mengira.
4.6 Panduan dan Pelaksanaan Ujian Pra/PascaProTiM
4.6.1 Ada empat bahagian iaitu Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi.
Setiap bahagian mengandungi 10 soalan.
4.6.2 Jumlah keseluruhan markah kemahiran mengira ialah 40.
4.6.3 Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas.
4.6.4 Guru tidak dibenarkan membimbing murid untuk mendapatkan
jawapan.
4.6.5 Setiap soalan mewakili satu markah.
4.6.6 Skor markah ialah:
ï‚· Setiap bahagian: 8 - 10 markah murid menguasai kemahiran
mengira bagi bahagian tersebut.
ï‚· Keseluruhan: 32 - 40 markah murid menguasai keseluruhan
kemahiran mengira.
6. 5
4.6.7 Tindakan Pihak Sekolah:
Lengkapkan Borang 1 dan Borang 2. Kedua-dua borang ini
diserahkan kepada pihak PPD dalam bentuk softcopy.
4.6.8 Tindakan Pihak PPD
Mengumpul semua Borang 1. Pihak PPD diminta
menggabungkan semua data setiap sekolah pada Borang 2
sebagai rumusan peringkat PPD berkenaan. Kedua-dua borang
ini diserahkan kepada pihak JPN dalam bentuk softcopy.
4.6.9 Tindakan Pihak JPN
Mengumpul semua Borang 1 dan Borang 2. Pihak JPN juga
diminta menggabungkan semua data setiap PPD pada Borang 2
sebagai rumusan peringkat negeri. Kedua-dua borang (termasuk
Borang 2 yang telah dirumuskan) ini diserahkan kepada pihak
BPK dalam bentuk softcopy.
4.6.10 Semua peringkat (sekolah, PPD dan JPN) diminta menandakan
borang berkenaan sama ada peringkat Ujian PraProTiM atau
Ujian PascaProTiM.
4.7 Pihak yang terlibat
Program ini diterajui oleh BPK dan dibantu oleh JPN, PPD dan
Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan.
4.8 Pemantauan
Pemantauan pelaksanaan dijalankan oleh Pegawai BPK, JPN, PPD dan
pentadbir sekolah.
555...000 KKKAAAEEEDDDAAAHHH PPPEEENNNGGGUUUMMMPPPUUULLLAAANNN DDDAAANNN AAANNNAAALLLIIISSSIIISSS DDDAAATTTAAA
5.1 Serahan Data ujian Pra/PascaProTiM
Data ujian Para/PascaProTiM adalah berdasarkan format yang
disediakan oleh BPK. Pengumpulan data dan laporan perlu diserahkan
kepada pihak JPN masing-masing melalui PPD mengikut tarikh yang
telah ditetapkan. Salinan data dan laporan (softcopy dan hardcopy)
perlu diserahkan bersama. Seterusnya pihak JPN akan menyerahkan
data dan laporan kepada BPK.
Nota: Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Matematik Rendah, BPK
1. En. Mazlan bin Awi 3. En. Hoi Sim Min
03-88842032/013-3633835 03-88842354/016-3781492
mazawi238@yahoo.co.uk Smkl9092@yahoo.com
2. En. Mohd Ali Henipah bin Ali 4. En. Kumaresan a/l Subramaniam
03-88842355/019-6472217 03-88842393/017-6186032
mahba22@hotmail.com Kuma4551@yahoo.com
7. 666...000 PPPEEELLLAAANNN TTTIIINNNDDDAAAKKKAAANNN PPPrrroooTTTiiiMMM TTTAAAHHHUUUNNN 444,,, 222000111555
Tarikh Aktiviti Tindakan
12 – 17 Apr. Ujian PraProTiM Sekolah
29 – 24 Apr Maklumat Ujian PraProTiM: Sekolah ke PPD Sekolah/PPD
26 Apr – 1 Mei Maklumat Ujian PraProTiM: PPD ke JPN PPD/JPN
5 – 15 Mei Maklumat Ujian PraProTiM: JPN ke BPK JPN/BPK
19 Apr – 16 Jul Kelas ProTiM dilaksanakan Sekolah
12 Apr – 7 Ogos Pemantauan Pelaksanaan Program PPD/JPN/BPK
2 – 7 Ogos Ujian PascaProTiM Sekolah
9 – 14 Ogos Maklumat Ujian PascaProTiM: Sekolah ke PPD Sekolah/PPD
16 – 21 Ogos Maklumat Ujian PascaProTiM: PPD ke JPN PPD/JPN
23 Ogos – 4
Sept
Maklumat Ujian PascaProTiM: JPN ke BPK JPN/BPK
6