1. Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010
LawatanBenchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
1.0 Tujuan
Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapat kelulusan daripada Pengarah IPG KBA
dan memohon peruntukkan kewangan bagi menjayakan Lawatan Benchmarking ke
SK Paya Rumput, Melaka pada 24 Februari 2012. Program ini merupakan
sebahagian daripada keperluan kurikulum pelajar PISMP Sem 5.
2.0 Latar belakang
Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam
usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan
spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat
pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu
dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta
kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat
negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah
pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Program ini melibatkan semua pelajar PISMP. Program ini direalisasikan melalui satu
pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester pembelajaran.
Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional
yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan
arus globalisasi.
1
2. Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010
LawatanBenchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
3.0 Asas-asas Pertimbangan
3.1 Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu kehendak
kurikulum yang perlu dilalui oleh setiap pelajar PISMP, iaitu selama enam
semester.
3.2 Butiran program ini adalah seperti di bawah.
Nama program : Lawatan Benchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
Tarikh cadangan : 24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi 2.00 petang
Bil. pelajar : 47 orang
Bil. pensyarah : 3 orang
3.3 Struktur jawatankuasa peringkat induk seperti di Lampiran 1.
3.4 Struktur jawatankuasa peringkat pelajar seperti di Lampiran 2.
3.5 Anggaran belanjawan seperti di Lampiran 3.
3.6 Tentatif program seperti di Lampiran 4.
4.0 Objektif program.
4.1 Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan,
4.2 Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah,
4.3 Mengenali dan menilai potensi diri insan guru,
4.4 Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan,
4.5 Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti,
4.6 Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
bertanggungjawab, dan
4.7 Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.
5.0 Syor
Oleh yang demikian, kami memohon pihak tuan untuk mempertimbangkan segala
aktiviti dan perbelanjaan yang telah dinyatakan seterusnya meluluskan Program Bina
Insan Guru. Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
2
3. Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010
LawatanBenchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
6.0 Penutup
Aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam melahirkan guru-guru yang berdisiplin dan cemerlang, tabah
menghadapi cabaran serta beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar
permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti-aktiviti yang dirancang
dapat dijalankan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(ISMAIL BIN IBRAHIM) (ENCIK BAHARUDIN BIN HASSAN)
Setiausaha BIG PISMP Ambilan Januari 2010. Penyelarasa Bina Insan Guru,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
Disahkan oleh,
(ENCIK BASENI BIN JANTRA)
Ketua Unit GERKO,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
Diluluskan oleh,
(YM RAJA AZIZAH HANIM BT RAJA ABDUL AZIZ)
Pengarah,
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
3
4. Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010
LawatanBenchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
Lampiran 1
Struktur Jawatankuasa Peringkat Induk IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Penaung
Pengarah IPG KBA
YM Hajah Raja Azizah Hanim Binti Raja Abdul Aziz
Pengerusi
Ketua Unit GERKO
Encik Baseni Bin Jantra
Setiausaha
Penyelaras Bina Insan Guru
Encik Baharudin Bin Hassan
Ahli jawatankuasa
Mentor PISMP Matematik Ambilan Januari 2010
Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad
Mentor PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010
Puan Suguna A/P Sankaran
4
5. Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010
LawatanBenchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
Lampiran 2
Struktur Jawatankuasa Peringkat Pelajar
Pengerusi
Muhamad Imran Bin Ahmad
Timbalan Pengerusi
Saidatul Nadzrah Binti Shuib
Setiausaha
Ismail Bin Ibrahim
Naib Setiausaha
Khairul Ekmal Bin Roselee
Bendahari
Mohh Khairul Anuar Bin Khalid
Ahli Jawatankuasa
Makanan : Husin Hafiz Bin Abu Bakar
Pengangkutan : Muhammad Syamim Waqiyuddin Bin Ramli
Pengurusan Majlis : Athirah Binti Basri
Hadiah : Marina Binti Abu
5
6. Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010
LawatanBenchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
Lampiran 3
Anggaran Belanjawan Program Bina Insan Guru
Lawatan Benchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
Bil. Perkara Jumlah Catatan
1. Makanan pelajar RM 10 x 47 orang Disediakan oleh
Bil. pelajar : 47 orang = RM 470.00 IPG KBA
Harga makanan sehari : RM10
2. Cenderamata IPG KBA 5 set Disediakan oleh
5 Set IPG KBA
3. Pengangkutan bas - Disediakan oleh
IPG KBA
Jumlah keseluruhan RM 470.00
6
7. Kertas kerja BIG PISMP Sem 5, Ambilan Januari 2010
LawatanBenchmarking ke SK Paya Rumput, Melaka.
Lampiran 4
Tentatif Lawatan Benchmarking di SK Paya Rumput, Melaka.
Masa Perkara / aktiviti
7.00 am Sarapan Pagi
7.45 am Bengkel
8.30 am Bertolak ke SK Paya Rumput.
9.00 am Taklimat pengurusan pentadbiran sekolah
10.00 am Rehat
10.30 am Lawatan ke kawasan sekolah
12.00 pm Majlis Penutup Lawatan Benchmarking ke SK Paya Rumput
2.00 pm Pulang ke IPG KBA
7