2. kriteria mengadili sesuatu tindakan sejarah ialah niat
yang mencetuskannya.
tetapi, juga mempunyai keadaan yang niat yang suci
murni tidak disusuli oleh tindakan yang dari segi
lahiriah boleh disifatkan sebagai baik.
Contoh
3. Pada tahun 1875, J.W.W. Birch memberi perlindungan
kepada tiga orang hamba yang melarikan diri ke
rumahnya. Beliau membantu hamba-hamba itu untuk
berpindah ke Pangkor, sebuah tanah jajahan British.
Sebelum itu, Birch berjanji kepada Sultan Abdullah untuk
menyerahkan semua hamba yang melarikan diri sehingga
selesainya satu penyiasatan rapi terhadap institut
perhambaan di Perak. Beliau sedar bahawa pengembalian
hamba-hamba itu akan mendedahkan mereka kepada
hukuman berat dan di atas pertimbangan ini, beliau
sanggup memungkiri janjinya.
4. Tindakan Birch ini adalah berniat baik , kerana
menunjukkan belas kasihan kepada 3 orang hamba
yang jika kembali kepada Sultan dan Syahbandar akan
dihukum berat.
Selain itu, beliau juga mensifatkan kejadian ini
sebagai malang kerana Birch telah memungkiri
jinjinya dan membawa kepada pembunuhannya.
5. Walaupun jelas bahawa niat Birch itu memang baik, namun
ahli sejarah tetap boleh melihat tindakan lahiriahnya sebagai
tidak baik.
ini bukan sahaja Birch memungkiri janjinya bahkan pula
beliau telah berbohong kepada wakil-wakil Sultan Abdullah
dan Syahbandar yang datang ke rumahnya untuk mencari
hamba-hamba yang melarikan diri itu.
6. Kerumitan bagi ahli sejarah juga berpunca dalam
usahanya mengadili tindakan-tindakan tertentu yang
dilakukan dalam keadaan paksaan. Walaupun pada
lazimnya si pelaku dalam sejarah mempunyai
kebebasan untuk mengambil sesuatu tindakan, yang
mana pemilihan akan dibuat dari beberapa alternatif
yang wujud, namun terdapat keadaan-keadaan
tertentu yang mana kebebasan ini disekat.
Contoh
7. Peristiwa ini berlaku semasa Perang Dunia Kedua yang
berkaitan dengan nasib kaum Yuhudi di bawah
kekejaman pemerintahan Nazi. Para pengkaji yang
meninjau peristiwa sedih ini telah mencetuskan satu
perbahasan hangat berkenaan peranan para pemimpin
Yuhudi yang dikatakan telah berkerjasama dengan
Nazi.
8. Beliau menyatakan gagasan kerjasama tidak boleh
digunakan untuk memaparkan tindakan para pemimpin
Yuhudi kerana ia bukanlah sesuatu yang dilakukan secara
rela tetapi melalui paksaan dan takutan.
Walaupun mereka cuba menentang secara passif iaitu
melarikan diri dalam hutan ataupun membunuh diri,
namun mereka tidak mempunyai kemampuan rohani
untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan
nyawa kaun mereka.
Beliau berpendapat bahawa orang Yuhudi telah berusaha
setakat yang mampu untuk menggurangkan kesusahan
mereka
9. Beliau menyatakan bahawa para pemimpin Yuhudi
telah berkerjasama dengan Nazi untuk keselamatan
diri mereka.
Unit-2 khas yang dipanggil Sonderkommandos dan
dianggotai oleh pemimpin Yuhudi telah dituduh oleh
Arendt sebagai ditugaskan oleh Nazi untuk
melibatkan secara langsung dalam pembunuhan
orang-2 Yuhudi.
10. Oleh kerana para pemimpin Yuhudi tanpa pengecualian
telah bekerjasama dengan Nazi, maka nasib orang Yuhudi
telah menjadi lebih teruk sehingga 6 juta orang telah
dibunuh.
Sungguhpun beliau mengakui bahawa keupayaan orang
Yuhudi adalah rendah kerana kaum itu tidak memiliki
tentera dan senjata yang dihendaki, namun beliau
menyatakan bahawa pertubuhan-2 Yuhudi tetap wujud,
baik di negeri Jerman mahu di negara-2 lain, yang
barangkali boleh digerakkan untuk menentang kekejaman
Nazi itu.
11. Setiap ahli sejarah mempunyai pandangan yang
berlainan
mereka memandangkan peristiwa itu daripada
beberapa aspek yang berlain
Inilah menjadi kerumitan dalam pengadilan moral