1. Kesalahan tatabahasa sering dilakukan
oleh murid. Jumlah kesalahan
tatabahasa yang banyak menunjukkan
anda tidak mahir menulis karangan.
Kesalahan ini akan menjejaskan
markah anda. Oleh itu, jangan
memandang enteng terhadap
kesalahan-kesalahan
berikut:-
2. 1. Penggunaan kata hubung pada awal
ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu,
(Penanda wacana)
..manakala, malah. (ditulis
untuk menghubungkan dua ayat)
3. 2. Ayat tergantung. ( Bak kata
pepatah..) ditulis pada awal
ayat.
sepatutnya ..bak kata
pepatah.(ditulis di dalam ayat)
4. 3. Kesalahan ejaanbah kata
peribahasa.
sepatutnya bak kata
peribahasa. bah membawa
maksud banjir.
5. 5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini
menunjukkan..
sepatutnya Hal/ Perkara ini
menunjukkan
6. Ini kerana
sepatutnya Hal ini demikian kerana
6. 7. Justeru itu, digunakan sebagai penanda
wacana.
justeru ialah kata hubung yang membawa
maksud malahan atau bahkan.
7. 8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja
transitif.
mempunyai banyak pilihan.. banyak
bukannya objek. banyak ialah kata bilangan
tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan
: .. mempunyai pilihan yang banyak
8. 9. Kata pemeri ialah dan adalah
digunakan sesuka hati.
ialah perlu diikuti kata nama nama.
adalah perlu diikuti kata adjektif atau
kata sendi nama.
9. 10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri.
Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata
pemeri adalah. Sebagai contoh: Langkah-langkah
yang perlu diambil adalah menguatkuasakan
undang-undang sepatutnya .adalah dengan
menguatkuasakan/ adalah untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan antara kata
sendi nama yang dapat digunakan ( adalah
untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
10. 11. Bentuk lewah. Sebagai contoh :
Antara faktor-faktor sepatutnya
Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah
.. sepatutnya . Pelbagai langkah
11. 12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata
adjektif.
Hanya dua imbuhan sahaja digunakan.
Sebagai contoh:
memperbaiki..sepatutnya membaiki
atau memperbaik.
12. 13. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ia
untuk benda atau perkara.
Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk
mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu
diadakan secara besar-besaran. ia sepatutnya
digantikan dengan subjek perbincangan iaitu,
kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan
13. 14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ia
untuk benda atau perkara.
Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk
mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu
diadakan secara besar-besaran. ia sepatutnya
digantikan dengan subjek perbincangan iaitu,
kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu
diadakan
14. 15. Masih terdapat murid yang masih
menulis di kalangan
sepatutnya dalam kalangan. Kata
sendi di berfungsi untuk menyatakan
arah.
15. 16. Pada masa kini.
sepatutnya Pada masa ini, atau
Kini,.
16. 17. Kesalahan penanda wacana.
Sebagai contoh : Selain daripada itu/
Selain dari itu , sepatutnya Selain itu,
Sehubungan itu sepatutnya.
Sehubungan dengan itu,
18. 19. Kesalahan pengejaan kata
majmuk.
Ibubapa sepatutnya ibu bapa
Semulajadi sepatutnya
semula jadi.
19. Hal ini demikian kerana ...
Dalam satu perbincangan di Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) yang lalu, iaitu semasa sesi pemurnian
Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga kali kedua, panel
penulis telah membuat persetujuan bahawa ungkapan
`Hal ini demikian kerana... tidak lagi gramatis.
Ketidakgramatisan ini berpunca daripada keputusan
untuk memasukkan unsur adverba dalam buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Oleh sebab adverba
dimasukkan sebagai kata tugas, maka adverba tidak
boleh menjadi inti dalam frasa subjek atau predikat.
Kehadiran adverba hanyalah membawa tugas tertentu
dalam ayat. Oleh itu, ungkapan Hal ini demikian
kerana... perlulah diubah seperti yang berikut:
20. (i) Hal ini berlaku demikian kerana....
(ii) Perkara ini terjadi demikian kerana...
(iii) Hal ini dikatakan demikian kerana...
Dengan berdasarkan ayat-ayat di atas, kata
adverba `demikian bertugas sebagai penerang
kepada kata kerja `berlaku, `terjadi,
`dikatakan, dan sebagainya.