1. Kesalahan Umum Imbuhan
Pengenalan
Penggunaan imbuhan ialah salah satu aspek yang dapat mengelirukan pengguna BM.
Penggunaan imbuhan yang paling banyak mengelirukan ialah akhiran +kan dan +i serta +per
dalam pembentukan kata kerja transitif. Begitu juga penggunaan bentuk imbuhan peN,
khususnya perbezaan antara pe+ dengan per+, dalam pembentukan kata nama.
Pelaksanaan atau Perlaksanaan?
Salah satu kekeliruan yang sering dihadapi oleh pengguna BM adalah berhubung dengan
penggunaan bentuk imbuhan peN+ dalam penjanaan kata nama. Kekeliruan ini menyebabkan
kesalahan ejaan perkataan berkenaan. Misalnya, pelaksanaan dieja sebagai perlaksanaan,
pemohonan dieja sebagai permohonan dan peletakan dieja sebagai perletakan.
Sebenarnyanya, kekeliruan ini boleh diatasi dengan mudah sekiranya pengguna mengetahui
panduan dan rumus penjanaan kata nama dengan menggunakan imbuhan ini. Panduannya adalah
dengan melihat bentuk imbuhan awalan pada kata kerja yang daripadanya kata nama itu
diterbitkan (Jadual 1).
2. (1) Bentuk imbuhan peN+ pada kata nama
Bentuk imbuhan pada kata kerja Bentuk imbuhan pada kata nama
Melaksanakan projek Pelaksanaan projek
Membasmi kemiskinan Pembasmian kemsikinan
Mentadbir negara Pentadbiran negara
Menggalakkan pelaburan Penggalakan pelaburan
Mengebumikan jenazah Pengebumian jenazah
Berkembang pesat Perkembangan pesat
Penggunaan Imbuhan meN+ dalam Pembentukan Kata Kerja
Dua masalah berkaitan penggunaan bentuk imbuhan meN+ akan dibincangkan dalam bahagian
ini. Masalah pertama terlihat dalam penerbitan kata kerja memperkasakan (*memerkasakan).
Masalah kedua pula terlihat dalam pembentukan kata kerja
mengetengahkan (*mengenengahkan) dan mengetepikan (*mengenepikan).