3.
Kesihatan manusia terjejas
Air kumbahan mengandungi banyak
mikroorganisma yang menyebabkan
penyakit, dan disebarkan melalui air
dan makanan yang tercemar.
Bahan toksik yang disingkirkan oleh
kilang ke kawasan perairan sampai
kepada manusia melalui siratan
makanan dan menjejaskan kesihatan
manusia.
Pencemaran udara menyebabkan
alergi dan penyakit yang berkaitan
dengan sistem pernafasan.
Pencemaran bunyi merosakkan
sistem pendengaran, meningkatkan
kegelisahan, mengganggu kadar
denyutan jantung serta proses
pencernaan.
5.
Pemusnahan habitat
Hujan asid menjejaskan
pertumbuhan tumbuhan dan
memusnahkan banyak jenis
pokok. Akibatnya, organisma
hilang habitat.
Pencemaran air menyebabkan
pertumbuhan alga yang pesat,
mengakibatkan kandungan
oksigen di dalam air menjadi
rendah, menjadikan tempat
tersebut tidak sesuai untuk
kemandirian organisma
akuatik.
7.
Kepupusan spesies
Pemusnahan habitat
menyebabkan banyak
organisma hilang
tempat berlindung dan
sumber makanan,
akhirnya banyak
spesies yang pupus.
10.
Suhu purata bumi telah meningkat kira-kira 0.7属C
dan aras laut juga meningkat sebanyak 10cm hingga
25cm sejak tahun 1860.
Gas-gas rumah hijau meningkatkan suhu Bumi.
Karbon dioksida merupakan punca utama yang
mengakibatkan kesan rumah hijau.
Pemanasan global
13.
Penipisan lapisan ozon
Pada tahun 1995,
lapisan ozon di
kawasan Antartika
menipis sebanyak 95%.