際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras
Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu
memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun
kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di
kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada
jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa..
1.Kesan dari segi Kesihatan:
Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan
pergerakan usus dan menggeletar selama 8  12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai
selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati
atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan
vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap
pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser,
keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.
2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan:
a) Kesan pada otak
1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke
jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus
meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang
dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan
dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan
peminumnya.
2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan
disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya
pula agak tidak terkawal.
3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat
pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas
sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.
b) Kesan pada hati
1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka).
Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi
dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan
ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.
2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya
ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan
darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak
lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis
mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut
(gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser
perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.
c) Kesan pada saraf
1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan
sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami
halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.
d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:
1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-
ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang
penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.
2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran
tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi
kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat
seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka
mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.
3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan
kencing.
4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan
vitamin.
5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.
6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun
yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.
7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan menganggu alat
pernafasan.
8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah
dalma perut.
9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh menyebabkan serangan
mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung.
10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan hilang harga
diri.
Ad

Recommended

Askep stroke
Askep stroke
Operator Warnet Vast Raha
Folio koordinasi badan
Folio koordinasi badan
Shazwan Zafran
Darah
Darah
Dira Oktavia Yusvina
Ganggua1
Ganggua1
Warnet Raha
Al cohol1a
Al cohol1a
bbawor aji
Bahaya minuman keras
Bahaya minuman keras
Operator Warnet Vast Raha
Leaflet stroke akper pemkab muna
Leaflet stroke akper pemkab muna
Operator Warnet Vast Raha
Leaflet stroke akper pemkab muna2
Leaflet stroke akper pemkab muna2
Operator Warnet Vast Raha
Kel 6 maju ke gangguan sist peredaran darah
Kel 6 maju ke gangguan sist peredaran darah
Widdy Antara
Penyakit jantung koroner
Penyakit jantung koroner
Valentina Frebianti
Indyyyyyyyyyyyyyyy
Indyyyyyyyyyyyyyyy
Operator Warnet Vast Raha
Leaflet stroke
Leaflet stroke
Operator Warnet Vast Raha
Laporan pendahuluan akut miokard infark
Laporan pendahuluan akut miokard infark
Operator Warnet Vast Raha
Makalah penyakit jantung.doc2
Makalah penyakit jantung.doc2
anuan anuan
Leaflet stroke edit
Leaflet stroke edit
askep33
Gagal jantung
Gagal jantung
ranianggrainihikmah
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
Briliant Nissa
Aterosklerosis
Aterosklerosis
Febri Andriani
bahaya alkohol.docx
bahaya alkohol.docx
kuoklinkuok
BAHAYA MINUMAN KERAS BAGI KESEHATAN.pptx.
BAHAYA MINUMAN KERAS BAGI KESEHATAN.pptx.
dana730605
Presentasi Forensik klp.4
Presentasi Forensik klp.4
Wida Yanti
MIRAS
MIRAS
Hello_Yus
Dampak psikotropika
Dampak psikotropika
Yadhi Muqsith
Bahaya Narkoba DanNNN Minuman Keras.pptx
Bahaya Narkoba DanNNN Minuman Keras.pptx
muhammadfathun33280
kespro remaja.pptx
kespro remaja.pptx
penymiaaudia
BAHAYA MINUMAN KERAS.pptx
BAHAYA MINUMAN KERAS.pptx
HotrinSaleh2
Amaklah bahaya miras bagi remaja
Amaklah bahaya miras bagi remaja
Operator Warnet Vast Raha
Zat Adiktif dan Psikotropika
Zat Adiktif dan Psikotropika
VERGITA HANDOKO
Penelitian maraknya penggunaan miras di kabupaten muna 3
Penelitian maraknya penggunaan miras di kabupaten muna 3
Operator Warnet Vast Raha
Mengenal stroke
Mengenal stroke
Pranowo Budi Sulistyo

More Related Content

What's hot (10)

Kel 6 maju ke gangguan sist peredaran darah
Kel 6 maju ke gangguan sist peredaran darah
Widdy Antara
Penyakit jantung koroner
Penyakit jantung koroner
Valentina Frebianti
Indyyyyyyyyyyyyyyy
Indyyyyyyyyyyyyyyy
Operator Warnet Vast Raha
Leaflet stroke
Leaflet stroke
Operator Warnet Vast Raha
Laporan pendahuluan akut miokard infark
Laporan pendahuluan akut miokard infark
Operator Warnet Vast Raha
Makalah penyakit jantung.doc2
Makalah penyakit jantung.doc2
anuan anuan
Leaflet stroke edit
Leaflet stroke edit
askep33
Gagal jantung
Gagal jantung
ranianggrainihikmah
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
(364342723) penyakit jantung-koroner.ppt
Briliant Nissa
Aterosklerosis
Aterosklerosis
Febri Andriani

Similar to Kesan (20)

bahaya alkohol.docx
bahaya alkohol.docx
kuoklinkuok
BAHAYA MINUMAN KERAS BAGI KESEHATAN.pptx.
BAHAYA MINUMAN KERAS BAGI KESEHATAN.pptx.
dana730605
Presentasi Forensik klp.4
Presentasi Forensik klp.4
Wida Yanti
MIRAS
MIRAS
Hello_Yus
Dampak psikotropika
Dampak psikotropika
Yadhi Muqsith
Bahaya Narkoba DanNNN Minuman Keras.pptx
Bahaya Narkoba DanNNN Minuman Keras.pptx
muhammadfathun33280
kespro remaja.pptx
kespro remaja.pptx
penymiaaudia
BAHAYA MINUMAN KERAS.pptx
BAHAYA MINUMAN KERAS.pptx
HotrinSaleh2
Amaklah bahaya miras bagi remaja
Amaklah bahaya miras bagi remaja
Operator Warnet Vast Raha
Zat Adiktif dan Psikotropika
Zat Adiktif dan Psikotropika
VERGITA HANDOKO
Penelitian maraknya penggunaan miras di kabupaten muna 3
Penelitian maraknya penggunaan miras di kabupaten muna 3
Operator Warnet Vast Raha
Mengenal stroke
Mengenal stroke
Pranowo Budi Sulistyo
BAHAYA ROKOK, NAPZA DAN NARKOLEMA TERHADAP GENERASI.pptx
BAHAYA ROKOK, NAPZA DAN NARKOLEMA TERHADAP GENERASI.pptx
AsviandriIbrahim
Indyyyyyyyyyyyyyyy
Indyyyyyyyyyyyyyyy
Operator Warnet Vast Raha
alkoholisme
alkoholisme
Putrii Permatasarii
Hipertensi & strok punya orang
Hipertensi & strok punya orang
Junior Junior
Bahaya narkoba
Bahaya narkoba
Arly Hidayat
penyuluhan-hipertensi.pptx
penyuluhan-hipertensi.pptx
PkmBontomatene
Inilah 4 organ yang rusak akibat merokok
Inilah 4 organ yang rusak akibat merokok
Operator Warnet Vast Raha
EDUKASI HIPERTENSI PENYEBAB STROKE 14 JULI 2024.pptx
EDUKASI HIPERTENSI PENYEBAB STROKE 14 JULI 2024.pptx
KlinikPertiwiMedika
bahaya alkohol.docx
bahaya alkohol.docx
kuoklinkuok
BAHAYA MINUMAN KERAS BAGI KESEHATAN.pptx.
BAHAYA MINUMAN KERAS BAGI KESEHATAN.pptx.
dana730605
Presentasi Forensik klp.4
Presentasi Forensik klp.4
Wida Yanti
Dampak psikotropika
Dampak psikotropika
Yadhi Muqsith
Bahaya Narkoba DanNNN Minuman Keras.pptx
Bahaya Narkoba DanNNN Minuman Keras.pptx
muhammadfathun33280
kespro remaja.pptx
kespro remaja.pptx
penymiaaudia
BAHAYA MINUMAN KERAS.pptx
BAHAYA MINUMAN KERAS.pptx
HotrinSaleh2
Zat Adiktif dan Psikotropika
Zat Adiktif dan Psikotropika
VERGITA HANDOKO
Penelitian maraknya penggunaan miras di kabupaten muna 3
Penelitian maraknya penggunaan miras di kabupaten muna 3
Operator Warnet Vast Raha
BAHAYA ROKOK, NAPZA DAN NARKOLEMA TERHADAP GENERASI.pptx
BAHAYA ROKOK, NAPZA DAN NARKOLEMA TERHADAP GENERASI.pptx
AsviandriIbrahim
Hipertensi & strok punya orang
Hipertensi & strok punya orang
Junior Junior
penyuluhan-hipertensi.pptx
penyuluhan-hipertensi.pptx
PkmBontomatene
EDUKASI HIPERTENSI PENYEBAB STROKE 14 JULI 2024.pptx
EDUKASI HIPERTENSI PENYEBAB STROKE 14 JULI 2024.pptx
KlinikPertiwiMedika
Ad

Kesan

  • 1. Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.. 1.Kesan dari segi Kesihatan: Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 12 jam kemudian Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri. 2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan: a) Kesan pada otak 1) Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya. 2) Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. 3) Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian. b) Kesan pada hati 1) Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. 2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk. c) Kesan pada saraf 1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.
  • 2. d) Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan: 1) Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri- ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi. 2) Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu. 3) Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing. 4) Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. 5) Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak. 6) Apabila diminum dengan banyak arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang. 7). Meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang akan menganggu alat pernafasan. 8). Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut. 9). Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh menyebabkan serangan mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung. 10). Boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan hilang harga diri.