3. Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar taqwa. Dan
janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
Marilah kita sama-sama meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya.
4. Aidilfitri di negara kita pada tahun ini
masih disambut dalam suasana sambutan
hari ulang tahun kemerdekaan negara.
Maka kemerdekaan negara dan
kegembiraan hari raya aidilfitri ini wajib
kita pertahankan selagi hayat dikandung
badan.
5. Mempertahankan kemerdekaan
memerlukan keikhlasan dalam membuang
segala punca kemurkaan Allah yang
mungkin menyebabkan Allah menarik
kembali kemerdekaan yang telah
diberikannya kepada kita.
Meraikan aidilfitri mesti berlandaskan
syariat Allah serta membuang segala
punca laknat Allah yang akan menjadi
sebab untuk kita tercampak ke neraka
Allah.
6. KISAH NABI YUSUF
i. Beliau menjadi mangsa hasad
dengki,dendam kesumat dan iri hati adik
beradiknya sendiri.
ii. Dicampak kedalam perigi sehingga
diselamatkan oleh kabilah pedagang lalu
dibawa ke negara mesir dan dijual
kepada keluarga Alziz.
iii. Akibat rupa parasnya yang menawan
isteri Alziz telah gagal mengawal
nafsunya dan cuba menggoda nabi
yusuf.
7. SURAH YUSUF (AYAT 24)
Dan sebenarnya perempuan itu telah
berkeinginan sangat kepadanya, dan
Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya
kepada perempuan itu kalaulah ia tidak
menyedari kenyataan Tuhannya (tentang
kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah
(takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf
perkara-perkara yang tidak baik dan
perbuatan-perbuatan yang keji, kerana
sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami
yang dibersihkan dari segala dosa.
8. SURAH YUSUF (AYAT 25)
Dan mereka berdua pun berkejaran ke
pintu, serta perempuan itu mengoyakkan
baju Yusuf dari belakang; lalu
terserempaklah keduanya dengan suami
perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba
perempuan itu berkata (kepada
suaminya): Tidak ada balasan bagi orang
yang mahu membuat jahat terhadap
isterimu melainkan dipenjarakan dia atau
dikenakan azab yang menyiksanya".
9. Allah menjelaskan bahawa keikhlasan
hambanya terhadap Allah adalah faktor
terpenting yang mampu menghalang
manusia daripada terjebak kedalam
kemurkaan Allah.
Apabila akal sudah menguasai nafsu
manusia sanggup melakukan apa sahaja.
10. Adakalanya kita perlu memilih kesukaran
dan penderitaan untuk mendapatkan
keredhaan Allah.
Contohnya: Nabi Yusuf telah memilih
penjara bagi menyelamatkannya dari
godaan nafsu wanita-wanita di banbar
Mesir.
11. SURAH YUSUF (AYAT 33)
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala
dengan) berkata: "Wahai Tuhanku ! Aku
lebih suka kepada penjara dari apa yang
perempuan-perempuan itu ajak aku
kepadanya. Dan jika Engkau tidak
menjauhkan daripadaku tipu daya
mereka, mungkin aku akan cenderung
kepada mereka, dan aku pasti akan
tergolong dikalangan orang-orang yang
bodoh".
12. Pada hari raya aidilfitri yang mulia ini, kita
berkumpul di rumah Allah untuk
membesarkan Allah, bertahmid dan
bertakbir menandakan kesyukuran yang
tidak terhingga kepada Allah yang telah
mengurniakan nikmat iman dan islam.
Bersyukur dan gembira kerana berjaya
menjalankan satu ibadah, iaitu ibadah
puasa yang penuh dengan ujian.
13. Amanah sebagai khalifah Allah dimuka
bumi, wajib memastikan bahawa dunia ini
ditakbir mengikut ketentuan Allah dan
ianya hanya boleh dilaksanakan oleh
mereka yang memahami dan menyakini
syariat Allah.
Nafsu sentiasa akan mengajak manusia
melakukan kejahatan.
Manusia yang berjaya dan mampu
memimpin manusia kearah kejayaan
adalah mereka yang diberi rahmat oleh
Allah kerana kejayaan mereka mengekang
hawa nafsu.