1. PROSES PENYELENGGARAAN BANGUNAN
(KJ/P01)
Carta Alir
MULA
Senarai
6.1 Bangunan
Penyelengaraan
6.2 Bangunan
Pembaikan
6.3 Bangunan
Uji Guna
6.4
Penyerahan
6.5 Kerja
TAMAT
Isu : 06 No. Prosedur : KJ/P01
Tarikh : 15 Disember 2008 ms : 1
2. PROSES PENYELENGGARAAN BANGUNAN
(KJ/P01)
1.0 Tujuan
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan setiap bangunan yang terlibat
dalam proses utama MS ISO 9001 : 2000 MARDI sentiasa berada dalam
keadaan baik.
2.0 Skop
Prosedur ini merangkumi aktiviti penyelenggaraan di dalam dan luar
bangunan yang terlibat dalam proses utama MS ISO 9001 : 2000 MARDI.
3.0 Tanggungjawab
Semua kerja penyelenggaraan ini pada keseluruhannya diselaras oleh
Pengarah, Bahagian Pengurusan Kejuruteraan. Tanggungjawab secara
spesifik mengikut aktiviti adalah seperti tercatat di dalam prosedur.
4.0 Definisi
4.1 J - Jurutera
4.2 JT - Juruteknik
4.3 PKJ - Pengarah Bahagian Pengurusan Kejuruteraan
4.4 PP - Pegawai Penyelidik/Pemilik Proses Berkaitan
4.5 PT - Pembantu Teknik
4.6 T - Tukang
4.7 P - Pengarah Pusat/ Pengarah Bahagian/Pengurus
Stesen/Ketua Unit
5.0 Rujukan
5.1 Penyelenggaraan Bangunan
Isu : 06 No. Prosedur : KJ/P01
Tarikh : 15 Disember 2008 ms : 2
3. PROSES PENYELENGGARAAN BANGUNAN
(KJ/P01)
6.0 Prosedur
Tindakan Tanggungjawab
6.1 Senarai Bangunan
6.1.1 Bangunan yang terlibat direkodkan di dalam J,P
Borang Daftar Utama Bangunan pada Borang KJ/P01-(1)
dan disimpan oleh pegawai yang bertanggungjawab
ke atas penyelenggaraan bangunan tersebut.
6.1.2 Setiap fail dan rekod akan dibezakan mengikut J,P
Stesen/ Pusat .
6.2 Penyelenggaraan Bangunan
6.2.1 Pegawai bertanggungjawab akan J , PT
mengenalpasti bangunan yang perlu diselenggarakan
melalui proses berikut:
a) Aduan Pengguna
[Contoh borang seperti dalam Borang KJ/P01-(2)]
b) Pemeriksaan berjadual
[Contoh borang seperti Borang KJ/P01-(3)]
6.2.2 Bagi bangunan yang tidak ekonomikal untuk J , PT
diperbaiki, laporan hapuskira akan dibuat
dengan mengambil kira faktorfaktor berikut :
a) Bangunan Lama.
b) Kos penyelenggaraan/Pembaikan tidak ekonomi.
c) Bangunan yang tidak di guna akan dicadangkan
untuk pelupusan.
Isu : 06 No. Prosedur : KJ/P01
Tarikh : 15 Disember 2008 ms : 3
4. PROSES PENYELENGGARAAN BANGUNAN
(KJ/P01)
Tindakan Tanggungjawab
6.3 Pembaikan Bangunan
Semua bangunan yang terlibat akan diselenggara
berdasarkan pemeriksaan berjadual atau aduan
daripada pengguna.
6.3.1 Pegawai bertanggungjawab akan
mengenalpasti jenis penyelenggaraan yang perlu
dijalankan.
a. Pegawai bertanggungjawab dikehendaki J, PT, P
membuat pemeriksaan bagi elemen yang perlu
diperbaiki
b. Penggantian atau pembaikan akan dibuat oleh T
pegawai yang bertugas dengan menggunakan
sumber dalaman.
6.4 Ujiguna
Kerja yang telah siap dibaiki sekiranya ada akan J, PT, P
diujiguna prestasinya sebelum diterimapakai oleh
pegawai bertanggungjawab. Kerjakerja
penyelenggaraan yang telah selesai direkodkan
dalam Rekod Pembaikan Bangunan. [Contoh borang
dalam Borang KJ/P01-(4)].
6.5 Penyerahan Kerja
Setelah kerjakerja ujiguna dijalankan, pegawai yang J, P
bertanggungjawab akan menyerahkan kerja tersebut
kepada pemilik.
Isu : 06 No. Prosedur : KJ/P01
Tarikh : 15 Disember 2008 ms : 4
5. PROSES PENYELENGGARAAN BANGUNAN
(KJ/P01)
7.0 Rekod
Tempoh
Bil. Rekod/Fail Lokasi/ Simpanan
Tanggungjawab (Tahun)
7.1 Ibu Pejabat MARDI Serdang Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
7.2 MARDI Seberang Prai Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
7.3 MARDI Muadzam Shah Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
7.4 MARDI Pontian Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
7.5 MARDI Tanjung Karang Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
7.6 Borang Daftar Utama Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
Bangunan [Borang KJ/P01-(1)]
- Tarikh Kuatkuasa 21.12.2005
7.7 Borang Laporan Kerosakan Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
Utiliti Dan Infrastruktur
[Borang KJ/P01-(2)]
- Tarikh Kuatkuasa 01.06.2003
7.8 Borang Pemeriksaan Bhg.Peng.Kejuruteraan/J 5
Bangunan
[Borang KJ/P01-(3)]
- Tarikh Kuatkuasa 21.12.2005
5
7.9 Borang Rekod Pembaikan Bhg.Peng.Kejuruteraan/J
Bangunan
[Borang KJ/P01-(4)]
- Tarikh Kuatkuasa 01.06.2003
Isu : 06 No. Prosedur : KJ/P01
Tarikh : 15 Disember 2008 ms : 5