1. SEJARAH STPM KERTAS 1 (940/1)
KOLEKSI SOALAN TAHUN-TAHUN (1998 2011)
Bahagian A: Tamadun Dunia
Tema 1: Manusia dan Masyarakat
Takrifkan konsep tamadun dan bincangkan faktor-faktor yang
1998 mengwujudkan tamadun-tamadun awal seperti Mesir, Mesopotamia,
Mohenjo-Daro dan China
Bincangkan faktor-faktor yang membawa perubahan kebudayaan
1999 Paleolitik kepada kebudayaan Neolitik dengan memberikan contoh
contoh yang sesuai.
Bincangkan kepentingan Zaman Neolitik kepada perkembangan
tamadun manusia.
2000 Jelaskan ciri-ciri utama masyarakat bertamadun dengan merujuk kepada
tamadun-tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho dan
Mohenjo-Daro yang muncul di kawasan lembah sungai besar
Huraikan tiga ciri utama peradaban Paleolitik dan tiga ciri utama
2001
peradaban Neolitik
Huraikan bagaimana ahli kaji purba membezakan corak kehidupan
2002
manusia dan masyarakat pada zaman Neolitik
Bandingkan ciri-ciri kepercayaan dan agama antara masyarakat Mesir
2003
dengan Mesopotamia
2004 Bincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik
Zaman Prasejarah Akhir menyaksikan kemunculan petempatan-
petempatan kekal yang berkembang pesat dan menjadi bandar.
2005
Berdasarkan penyataan ini, huraikan ciri-ciri utama perbandaran
Mesopotamia
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan tujuh faktor
2006
yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia
Huraikan ciri-ciri utama sistem politik dan sistem ekonomi tamadun Mesir
Awal.
2007
Bandingkan corak kehidupan masyarakat prasejarah antara zaman
Paleolitik dengan zaman Neolitik
2008 Huraikan ciri-ciri tamadun awal India di Tapak Mohenjodaro dan Harappa
Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh
2009
masyarakat pada zaman tamadun awal manusia.
2010 Huraikan ciri-ciri kebudayaan paleolitik dan kebudayaan neolitik
Huraikan faktor yang menyebabkan tamadun-tamadun awal muncul di
2011
sekitar lembah sungai.
1
2. Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
Jelaskan faktor-faktor utama yang membawa kepada kelahiran konsep
dan amalan negara kota di dunia yunani dan huraikan ciri- ciri perbezaan
antara Sparta dengan Athens.
1998
Dengan merujuk kepada sistem pemerintahan empayar di India, China
dan Rom, bincangkan langkah-langkah yang telah diambil oleh
pemerintah untuk mengekalkan empayar-empayar tersebut
Huraikan perkembangan sistem pemerintahan yang berbentuk republik
di Eropah Barat pada zaman pertengahan tinggi ( kurun ke- 11 hingga
ke- 13 masihi ) dan kesan-kesannya terhadap masyarakat Eropah.
1999
Bandingkan peranan agama dalam proses memperkukuhkan asas
kekuatan pemerintahan Islam antara zaman Kesultanan Melayu Melaka
dengan zaman Khalifah ar-Rasyidin.
Dengan merujuk kepada sistem empayar Maurya di India dan empayar
2000 Islam di Tanah Arab, jelaskan bagaimana kedua-dua pemerintahah
dapat mempertahankan empayar masing-masing
Bincangkan tiga faktor yang membawa kepada kelahiran sistem politik
2001 negara kota Yunani dan dua faktor yang membawa kepada kejatuhan
sistem politik negara kota tersebut
Bandingkan sistem pemerintahan empayar Rom pada zaman Octavius
2002 Augustus dengan sistem pemerintahan empayar Abbasiyyah sehingga
pemerintahan khalifah Harun al- Rashid
Sejauhmanakah penubuhan negara bangsa mempengaruhi kedudukan
2003
dan kekuasaan pemerintah beraja di England dan di Perancis
Dengan memberikan cantoh-contoh yang sesuai daripada tamadun
2004
manusia, huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar
Dengan merujuk kepada tamadun Mesir, huraikan konsep ketuhanan
raja (divine kingship) dan peranannya dalam pemerintahan.
2005
Bincangkan perkembangan sistem pemerintahan di China pada zaman
Dinasti Han.
Perihalkan sejauh mana ketokohan Asoka membawa kepada
2006
pengukuhan empayar Maurya
Huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar Srivijaya.
2007 Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah Rom dalam
usaha mengukuhkan empayar Rom pada zaman Pax Romana.
Jelaskan faktor-faktor kemunculan Sirivijaya srbagai sebuah empayar
2008 yang dominan di Alam Melayu dari awal abad ke- 7 hingga abad ke- 13
Masehi
Bincangkan usaha yang dilakukan oleh pemerintah Majapahit untuk
mengukuhkan empayarnya.
2009
Bandingkan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara negara kota
Athens di Yunani dengan negara kota Madinah di Tanah Arab.
Sejauh manakah faktor ekonomi bertanggungjawab terhadap keruntuhan
empayar Rom pada kurun ke-5 Masihi?
2010
Bandingkan peranan firaun dengan peranan maharaja dalam sistem
pemerintahan di Mesir dan di China.
Bincangkan kesan pembentukan negara bangsa terhadap kedudukan
2011
raja di England.
2
3. Tema 3: Ketahanan dan Pertahanan
1998 Tiada
Perang Salib telah banyak meninggalkan kesan posistif dan negatif
terhadap masyarakat Kristian di Eropah dan masyarakat Islam di Asia
1999
Barat. Bincangkan kesan peperangan itu terhadap kedua-dua
masyarakat
Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak
2000
zaman tamadun awal manusia
Huraikan struktur pentadbiran ketenteraan dalam tamadun India sebelum
Islam.
2001 Penaklukan Constantinopel pada tahun 1453 oleh tentera Turki
Othmaniyah telah banyak mencetuskan perubahan dalam sejarah dunia.
Bincangkan kesan penaklukan tersebut kepada dunia Islam dan Barat.
Jelaskan idea pemikir-pemikir ketenteraan ternama China tentang
2002
strategi peperangan
Sejauh manakah pengukuhan empayar Maurya dan empayar Gupta di
2003
India disebabkan oleh kekuatan organisasi ketenteraannya.
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan sebab- sebab
2004 yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal
manusia.
2005 Huraikan objektif dan strategi peperangan pada zaman Rom.
2006 Bincangkan strategi peperangan yang dikemukakan oleh Sun Tzu
2007 Tiada
Bincangkan idea Nicolo Machiavelli dalam karya The Prince tentang cara
2008
pemerintah mengukuhkan kekuasaan.
Bincangkan organisasi ketenteraan dalam tamadun China pada zaman
2009
klasik
Jelaskan perubahan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di
2010
Eropah
2011 Bincangkan organisasi ketenteraan dalam tamadun Mesopotamia
3
4. Bahagian B: Tamadun Islam
Tema 1: Manusia Dan Masyarakat
Terangkan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan
antara pandangan Arab Jahiliah dengan pandangan Islam.
Huraikan sejarah perkembangan Islam di Madinah, dan jelaskan
bagaimana nabi Muhammad s.a.w menyatukan pelbagai golongan
1998
masyarakat yang berada di kota tersebut.
Huraikan pandangan sarjana Islam dan Barat tentang sebab-sebab
bangun dan jatuhnya sesuatu tamadun dengan mengemukakan contoh-
contoh
Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat arab pada
1999
zaman Jahiliah
Tamadun Islam telah dapat mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah
2000 dalam berbagai-bagai aspek. Huraikan perubahan- perubahan yang
berlaku dalam masyarakat Jahiliah selepas kelahiran Islam.
Huraikan latar belakang masyarakat Makkah dan Kota Madinah ( Yatrib )
2001
sebelum kedatangan Islam
Jelaskan struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.
2002 Bandingkan konsep ketuhanan dan keagamaan antara pandangan Islam
dengan tamadun-tamadun awal manusia.
Masyarakat yang terdapat pada zaman Khulafa A l-Rasyidin
2003
terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan.
Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan
2004
masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
Jelaskan konsep manusia mengikut pansangan Islam dan Arab Jahiliah.
Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menangani masalah yang
2005
ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda
berhijrah ke kota tersebut.
Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke
2006
arah pembentukan negara Islam di Madinah.
Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w
2007
dalam menyatupadukan masyarakat di Madinah.
Bincangkan pelbagai kelompok masyarakat Quraisy dalam bidang
2008
ekonomi dan politik pada zaman Jahiliah
Huraikan perkembangan masyarakat Islam di China hingga abad ke-15
2009
Masihi.
Bincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir
2010
zaman Khulafa Al-Rasyidin
Jelaskan peranan golongan Ansar dalam perkembangan Islam pada
2011
zaman Nabi Muhammad s.a.w
4
5. Tema 2: Pemerintahan Dan Pentadbiran
Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia.
1998 Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan piagam
tersebut.
Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga
seorang negarawan. Bincangkan pernyataan ini.
Khalifah Harun al-Rashid dan anaknya al-Ma mun adalah diantara
1999
khalifah kerajaan Abbasiyah yang sangat berjaya dalam bidang
pembangunan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan.
Bincangkan pernyataan ini.
Huraikan perkembangan institusi wazir dari zaman Rasullah s.a.w
hingga zaman kerajaan Abbasiyah.
2000
Huraikan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w.
Terangkan tindakan kerajaan Bani Umaiyyah terhadap golongan Syiah
2001
dan Khawarij.
Sahifah Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama
2002 di zaman Islam. Huraikan perkara-perkara yang terdapat dalam Sahifah
Madinah
Huraikan konsep khalifah dan kaitannya dengan proses perlantikan abu
bakar al-Siddiq sebagai khalifah Islam yang pertama.
2003 Bandingkan dasar pemerintahan khulafa al-Rasyidin dengan
pemerintahan Bani Umaiyyah.
Huraikan peranan Sultan Lskandar Muda Mahkota Alam dalam
2004
meningkatkan perkembangan Islam di Nusantara
Jelaskan peranan keluarga Barmaki dalam pemerintahan kerajaan Bani
Abbasiyah.
2005 Bandingkan sistem pemerintahan antara negara Rom pada zaman
Augustus dengan Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Huraikan ciri-ciri utama sistem pentadbiran kerajaan Abbasiyah dari
2006 zaman pemerintahan Abu Abbas al-Saffah hingga zaman pemerintahan
Khalifah Harun al-Rashid
Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan
2007
Khulafa al-Rasyidin
Huraikan prinsip syura, keadilan, dan persamaan hak dalam
pemerintahan Islam di Madinah.
2008
Bandingkan peranan antara ketua kerajaan dalam empayar kesultanan
Melaka dengan pemerintahan pada zaman Khulafa al- Rasyidin.
Sejauh manakah unsur Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
2009
Bandingkan sistem politik dan kemasyarakatan antara zaman Jahiliyah
di Mekah dengan zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin
memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad s.a.w di
Madinah.
2010
Bandingkan dasar pemerintahan Maharaja Akbar dengan dasar
pemerintahan Maharaja Aurangzeb dalam mengukuhkan pemerintahan
Moghul di India.
Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada keutuhan politik pada
2011
zaman Nabi Muhammad s.a.w.
5
6. Tema 3: Ketahanan dan Pertahanan Islam
Huraikan sejarah pembentukan dan perkembangan angakatan tentera
1998 Islam dalam memenuhi tuntutan jihad dan keamanan negara pada abad
pertama Hijrah
1999 Tiada
2000 Tiada
Huraikan etika peperangan dalam Islam melalui empat ekspedisi penting
yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w.
2001 Penaklukan Constantinopel pada tahun 1453 oleh tentera Turki
Othmaniyah telah banyak mencetuskan perubahan dalam sejarah dunia.
Bincangkan kesan penaklukan tersebut kepada dunia Islam dan Barat.
Jelaskan sebab-sebab kota madinah diserang oleh tentera al-Ahzab dan
2002 huraikan peranan kumpulan-kumpulan utama yang terlibat dalam
peperangan tersebut.
T erangkan langkah-langkah yang diambil oleh khalifah Muawiyyah
2003 bin Abu Sufyan bagi meningkatkan kekuatan ketenteraan Islam pada
zamannya
Nilaikan kepentingan perang Badar kepada umat Islam.
2004 Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam
dengan tamadun Eropah.
Bincangkan organisasi dan pentadbiran ketenteraan Islam di Filipina dan
2005
Pattani pada abad ke- 17 Masihi
Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
ketika menghadapi peperangan.
2006
Bincangkan kesan peperangan Salib terhadap dunia Islam dan Eropah
Barat.
Huraikan kepentingan konsep Jihad dalam mempertahankan negara dari
zaman Nabi Muhammad s.a.w hingg zaman Khulafa al-Rasyidin
2007
Huraikan struktur dan pentadbiran ketenteraan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w dan zaman Bani Umayyah
2008 Jelaskan tujuan pembentukan angkatan tentera dalam tamadun Islam
Huraikan perkembangan organisasi tentera Islam dari zaman Nabi
Muhammad s.a.w hingga zaman Bani Umaiyah
2009
Bincangkan pengaruh tamadun Islam terhadap masyarakat Eropah
selepas Perang Salib
Bincangkan implikasi Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di
Madinah.
2010
Bandingkan sistem ketenteraan Islam padda zaman Nabi Muhammad
s.a.w dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom.
Jelaskan konsep dan jenis-jenis jihad menurut pandangan Islam.
2011 Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam
dengan zaman Jahiliyah.
6