際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI
SEKOLAH RENDAH
1. MATLAMAT
Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat
persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif
dan inovatif.
2. OBJEKTIF
2.1Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui
permainan alat muzik tradisional.
2.2Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta
pengalaman sesama mereka.
2.3Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.
2.4Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.
2.5Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama.
2.6Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.
2.7Memperluaskan integrasi nasional.
3. PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN
FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN.
Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk
paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.
3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni
budaya tradisional.
3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan
kebangsaan.
4. PENYERTAAN
4.1Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan
sekolah rendah bantuan kerajaan.
4.2Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8
orang dan maksimum seramai 16 orang.
4.3Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2
kaum). 2 markah bonus akan diberi seandainya pasukan terdiri daripada
pelbagai kaum. Namun, markah tidak akan ditolak seandainya gagal berbuat
demikian.
5. PERSEMBAHAN
5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan
sendiri oleh pasukan masing-masing.
5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam
pasukan).
5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .
5.4 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana
kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang
pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.
5.5 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari
1 minit dan tidak melebihi 2 minit.
5.6 Irama adalah bebas.
5.7 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan
iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.
5.8 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.
5.9 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.
5.10 Sebarang bentuk penggunaan suara, nyanyian atau dikir tidak
dibenarkan setelah pasukan berada di dalam kawasan pertandingan.
5.11 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah
tidak dibenarkan.
6. PAKAIAN
6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan sopan.
7. SISTEM PERMARKAHAN
7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :
7.1.1 Paluan Kompang
a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) : 15 markah
b. Bentuk Paluan (Kreativiti) : 10 markah
c. Tempo : 10 markah
d. Kualiti ton : 10 markah
e. Paluan Statik : 10 markah
f. Dinamik & Ekspressi : 5 markah
7.1.2 Formasi
a. Kreativiti : 15 markah
b. Keseragaman : 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah
d. Ketrampilan : 5 markah
7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka
pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan
pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di atas dan keputusan hakim
adalah muktamad.
7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah
akan ditolak bagi setiap minit selepas itu.
7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah.
8. HADIAH PEMENANG
8.1 Johan :
8.2 Naib Johan :
8.3 Ketiga :
9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN
Peringkat Negeri : 24 Julai 2015
: SMK Undang Rembau.
10. HAL-HAL LAIN
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata dalam syarat-syarat pertandingan, pihak
Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan
adalah muktamad.
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

More Related Content

Kompang formasi rendah

  • 1. PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH RENDAH 1. MATLAMAT Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. 2. OBJEKTIF 2.1Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melalui permainan alat muzik tradisional. 2.2Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea serta pengalaman sesama mereka. 2.3Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif. 2.4Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid. 2.5Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama. 2.6Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan. 2.7Memperluaskan integrasi nasional. 3. PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain. 3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional. 3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.
  • 2. 4. PENYERTAAN 4.1Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan. 4.2Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum seramai 16 orang. 4.3Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum). 2 markah bonus akan diberi seandainya pasukan terdiri daripada pelbagai kaum. Namun, markah tidak akan ditolak seandainya gagal berbuat demikian. 5. PERSEMBAHAN 5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing. 5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam pasukan). 5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit . 5.4 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter. 5.5 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit. 5.6 Irama adalah bebas. 5.7 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG. 5.8 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang. 5.9 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan. 5.10 Sebarang bentuk penggunaan suara, nyanyian atau dikir tidak dibenarkan setelah pasukan berada di dalam kawasan pertandingan. 5.11 Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalah tidak dibenarkan.
  • 3. 6. PAKAIAN 6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan sopan. 7. SISTEM PERMARKAHAN 7.1 Markah dibahagikan seperti berikut : 7.1.1 Paluan Kompang a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) : 15 markah b. Bentuk Paluan (Kreativiti) : 10 markah c. Tempo : 10 markah d. Kualiti ton : 10 markah e. Paluan Statik : 10 markah f. Dinamik & Ekspressi : 5 markah 7.1.2 Formasi a. Kreativiti : 15 markah b. Keseragaman : 10 markah c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah d. Ketrampilan : 5 markah 7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta, maka pemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunan pemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di atas dan keputusan hakim adalah muktamad. 7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah akan ditolak bagi setiap minit selepas itu. 7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah. 8. HADIAH PEMENANG 8.1 Johan : 8.2 Naib Johan : 8.3 Ketiga :
  • 4. 9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN Peringkat Negeri : 24 Julai 2015 : SMK Undang Rembau. 10. HAL-HAL LAIN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia