際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Komsas
Komsas
Kemumu di dalam semak,
  Jatuh melayang selaranya,
Meski ilmu setinggi tegak,
  Tidak sembahyang apa gunanya.

Asam kandis asam gelugur,
  Ketiga asam riang-riang,
Menangis di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang
Kemumu di tengah pekan,
  Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan,
  Bagai pohon tidak berbuah.
Banyaklah bulan antara bulan,
  Tidak semulia bulan puasa,
Banyaklah tuan serupa tuan,
  Tidak semulia Tuhan Yang Esa.
Bendahara Datuk Seri Paduka,
  Memerintah kota dan negeri,
Sengsara masuk dalam neraka,
  Hendaklah kita ingatkan diri.
Pokok di kebun habis berbuah,
 Disambut masak buah rembega,
Mohonkan ampun dosa yang sudah,
  Hendak masuk dalam syurga.

 (Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung,
                      Dewan Bahasa dan Pustaka.)
Komsas
Rangkap 1:Hidup akan sia-sia
sekiranya tidak menunaikan
tuntutan agama.

Rangkap 2:Kekesalan setelah
meninggal dunia sebagai akibat
tidak menunaikan solat sewaktu
hidup.
Rangkap 3:Ilmu yang ada tidak
bermanfaat jika tidak dipraktikkan.

Rangkap 4:Kekuasaan tuhan tiada
tolok bandingnya.
Rangkap 5:Sentiasa muhasabah diri
dan insaf akan balasan pada hari
kemudian.

Rangkap 6:Insaf dan bermohon
ampun akan dosa yang pernah
dilakukan agar memperoleh
syafaatnya.
Kesedaran dan kepercayaan
Terhadap pegangan agama.
Persoalan


(a) Berdoa dan memohon
    ampun akan dosa daripada
    Tuhan.
 (b) Tanggungjawab manusia
     kepada Tuhan Yang Esa.
(c) Balasan setimpal kepada
     orang yang tidak
     menunaikan perintah
     agama.
(d) Kesedaran akan azab
    seksaan api seksaan oleh
    mereka yang tidak
    bersolat.
Bentuk

(a) Pantun ini terdiri daripada enam
    rangkap.
(b) Setiap rangkap mempunyai empat
    baris.
(c) Setiap baris mempunyai tiga hingga
    lima patah kata.
(d) Setiap baris terdiri daripada lapan
    hingga sepuluh suku kata.
(e) Rima akhir rangkap pertama
    hingga rangkap keenam ialah
abab.
Unsur-unsur
              bunyi



(a) Aliterasi - banyaklah bulan
   antara bulan (pengulangan
   konsonan n).
(b) Asonansi - jatuh melayang
    seleranya. (pengulangan
    vokal a).
(c) Jedanya, iaitu hentian sejenak di
    tengah baris semasa
    mendeklamasikan pantun.
    Contohnya:
Asam kandis/ asam gelugur,
      Ketiga asam/riang-riang,
   Menangis/ di pintu kubur,
       Teringat badan/ tidak
sembahyang.

(d) Rima akhir pantun terikat dengan
    struktur rima sengkelang, iaitu
abab.
    Contohnya:
Pohon kebun habis berbuah;
   Disambut masak buah rembega;
Mohonkan ampun dosa yang sudah;
   Hendak masuk dalam syurga.
             (abab)
Gaya Bahasa


(a) Imej alam  semak, pohon, bulan,
    asam gelugur.
(b) Simile - bagai pohon tidak berbuah .
(c) Repetisi  (pengulangan kata dalam
    baris). Contohnya: banyaklah bulan
    antara bulan.
(d) Perlambangan. Contohnya: syurga dan
    neraka (syurga melambangkan
    kebaikan dan neraka melambangkan
     kejahatan).
Keinsafan



Mulia      nilai

                   Ketaatan

        Tanggungjawab
Pengajaran


(a)Janganlah melakukan
   perbuatan yang ditegah
   agama.
(b) Kita wajib bersolat dan
   menunaikan perintah
agama.
(c)Janganlah terlalu
   mementingkan ilmu
   dunia,tanpa
   diseimbangkan dengan
   ilmu agama.
(d) Kita haruslah insaf dan
    sentiasa berdoa kepada
    Tuhan agar diampunkan
    segala dosa.
TAMAT

More Related Content

Komsas

  • 3. Kemumu di dalam semak, Jatuh melayang selaranya, Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya. Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam riang-riang, Menangis di pintu kubur,
  • 4. Teringat badan tidak sembahyang Kemumu di tengah pekan, Dihembus angin jatuh ke bawah, Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah.
  • 5. Banyaklah bulan antara bulan, Tidak semulia bulan puasa, Banyaklah tuan serupa tuan, Tidak semulia Tuhan Yang Esa.
  • 6. Bendahara Datuk Seri Paduka, Memerintah kota dan negeri, Sengsara masuk dalam neraka, Hendaklah kita ingatkan diri.
  • 7. Pokok di kebun habis berbuah, Disambut masak buah rembega, Mohonkan ampun dosa yang sudah, Hendak masuk dalam syurga. (Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
  • 9. Rangkap 1:Hidup akan sia-sia sekiranya tidak menunaikan tuntutan agama. Rangkap 2:Kekesalan setelah meninggal dunia sebagai akibat tidak menunaikan solat sewaktu hidup.
  • 10. Rangkap 3:Ilmu yang ada tidak bermanfaat jika tidak dipraktikkan. Rangkap 4:Kekuasaan tuhan tiada tolok bandingnya.
  • 11. Rangkap 5:Sentiasa muhasabah diri dan insaf akan balasan pada hari kemudian. Rangkap 6:Insaf dan bermohon ampun akan dosa yang pernah dilakukan agar memperoleh syafaatnya.
  • 13. Persoalan (a) Berdoa dan memohon ampun akan dosa daripada Tuhan. (b) Tanggungjawab manusia kepada Tuhan Yang Esa.
  • 14. (c) Balasan setimpal kepada orang yang tidak menunaikan perintah agama. (d) Kesedaran akan azab seksaan api seksaan oleh mereka yang tidak bersolat.
  • 15. Bentuk (a) Pantun ini terdiri daripada enam rangkap. (b) Setiap rangkap mempunyai empat baris. (c) Setiap baris mempunyai tiga hingga lima patah kata.
  • 16. (d) Setiap baris terdiri daripada lapan hingga sepuluh suku kata. (e) Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap keenam ialah abab.
  • 17. Unsur-unsur bunyi (a) Aliterasi - banyaklah bulan antara bulan (pengulangan konsonan n).
  • 18. (b) Asonansi - jatuh melayang seleranya. (pengulangan vokal a). (c) Jedanya, iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa mendeklamasikan pantun. Contohnya:
  • 19. Asam kandis/ asam gelugur, Ketiga asam/riang-riang, Menangis/ di pintu kubur, Teringat badan/ tidak sembahyang. (d) Rima akhir pantun terikat dengan struktur rima sengkelang, iaitu abab. Contohnya:
  • 20. Pohon kebun habis berbuah; Disambut masak buah rembega; Mohonkan ampun dosa yang sudah; Hendak masuk dalam syurga. (abab)
  • 21. Gaya Bahasa (a) Imej alam semak, pohon, bulan, asam gelugur. (b) Simile - bagai pohon tidak berbuah . (c) Repetisi (pengulangan kata dalam baris). Contohnya: banyaklah bulan antara bulan.
  • 22. (d) Perlambangan. Contohnya: syurga dan neraka (syurga melambangkan kebaikan dan neraka melambangkan kejahatan).
  • 23. Keinsafan Mulia nilai Ketaatan Tanggungjawab
  • 24. Pengajaran (a)Janganlah melakukan perbuatan yang ditegah agama. (b) Kita wajib bersolat dan menunaikan perintah
  • 25. agama. (c)Janganlah terlalu mementingkan ilmu dunia,tanpa diseimbangkan dengan ilmu agama.
  • 26. (d) Kita haruslah insaf dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar diampunkan segala dosa.
  • 27. TAMAT