1. Komsas tingKatan
5 (1400)
SINOPSIS 1:SINOPSIS 1:
Drama dimulai dengan lantunan berlagu kisah Dolah Capik dan
Siti Rahimah (berpenyakit kusta) yang telah lama berlaku, tetapi
mereka berdua "muncul" semula setiap kali remang senja di tepi
laut. Imbas kembali cerita perbualan Dolah dengan Soud tentang
nasib dirinya, sambil menyatakan tekadnya untuk menjadi kaya
denagn apa-apa cara pun. Seterusnya, Dolah sanggup
membantah Maulana yang sedang mengajar di surau bahawa
orang batil (pembohong) begitu kaya dan berkuasa. Dolah
kemudiannya mendapatkan khidmat pawang dan jin tanah.
Dolah tega (sanggup) mengheret mayat ibunya sendiri untuk
ditanam di bawah rumah sebagai syarat jin membawa harta
karun dan emas permata curi kepadanya. Setelah kaya, Dolah
menempah kaki palsu, pakaian mewah, khidmat jurusolek dan
arkitek. Namun, usaha Dolah meminang anak menteri dan anak
wakil rakyat gagal justeru mereka mempersoalkan sumber
kekayaannya. Akhirnya, Dolah menerima Doli yang berjaya
memujuk Dolah menceritakan rahsia kekayaannnya.
2. 2:
Dolah membeli semua tanah orang kampung
untuk memelihara kuda. Sungai tercemar teruk,
dan sekalian penduduk kampung menderita
penyakit bawaan kuda, khususnya anak-anak
kecil yang cacat dan dungu. Dolah berkahwin
pula dengan Intan Siti Rahimah yang rajin ke
surau dan mengambil berat tentang nasib
orang kampung walaupun ditegah oleh Dolah.
Siti yang hamil mengidam udang galah, ikan
sungai dan pucuk paku kampung walaupun
Dolah mahu mendapatkannya dari luar negeri.
3. 3:
Dalam mesyuarat orang kampung, Pak Sudin
tidak mahu semua masalah yang menimpa
penduduk disalahkan sepenuhnya kepada
Dolah, dan konconya Abu Lahab, kerana
mereka sendiri yang sanggup menjual tanah.
Sedang mereka berhujah, masuk Tipah (isteri
Leman) yang sarat mengandung dirasuk hantu
kuda yang tidak kelihatan kepada orang lain.
Romli menyokong Leman apabila Pak Sudin
tidak mahu Dolah dibabitkan. Romli menuduh
Pak Sudin tali barut Dolah menyebabkan Pak
Sudin dan orang-orangnya marah dan keluar.
Haji Sabri cuba menenangkan Romli dan
Leman supaya orang kampung tidak berpecah
4. 4:
Di tempat berburu, Dolah disondol seekor
binatang seakan-akan babi. Dukun berusaha
memulihkan Dolah dengan menyeru-nyeru
Moyang Sungai, moyang Hutan dan Moyang
Binatang. Sementara itu, di mahkamah terbuka
orang-orang kampung, Abu Lahab dan isterinya
dimasukkan ke dalam guni, kecuali bahagian
muka. Hakim menolak tuntutan supaya
tertuduh ditanam hidup-hidup hingga ke
pangkal leher di dalam sebuah busut.
Sebaliknya, apabila Abu Lahab dan isteri
menyatakan rasa insaf, serta sanggup
menebus tanah orang-orang kampung denga n
kekayaan yang dikumpul sebelumnya.
5. 5:
Mak Som Bidan menceritakan perihal Intan Siti
Rahimah melahirkan anak yang mirip babi hutan. Mak
Som tidak percaya bahawa Siti Rahimah yang begitu
baik dan rapat dengan orang-orang kampung
menerima nasib demikian. Sebaik sahaja memandang
anaknya, Dolah terus mengamuk, lalu menghalau
Intan keluar dari kampung dalam kepekatan malam
dan hujan lebat. Kemudian Dolah mengigau
ternampak jin tanah membawa harta karun. Dolah
mengejutkan Doli untuk mengambil periuk emas yang
penuh harta karun. Tiba-tiba masuk mayat ibu Dolah
yang tidak kelihatan pada Doli. Mayat ibunya meminta
Dolah bertaubat dan berhijrah dari kampung itu. Dolah
memohon ampun Ilahi sambil membaca surah al-
Falaq. Sekonyong-konyong, Doli dan periuk emas
lesap. Dolah mendukung mayat ibunya.
6. 6:
Arkitek, tukang pinang, jurusolek dan doktor menagmbil
semula barang masing-masing daripada Dolah kerana
mendakwa diberi cek palsu. Anehnya, Dolah sudah tidak
capik lagi. Dolah berhijrah dan bekerja menjual air, dan
sebelah malamnya bersolat, serta membaca kitab. Dolah
tidak dapat mengecam Siti Rahimah yang bersentung
(berkain sarung menutupi muka), kini anak angkat Pak
Imam dan bekas pesakit kusta. Dolah merapati Siti
Rahimah, tetapi Siti Rahimah menafikan dia Intan Siti
Rahimah. Dolah menyatakan hasrat untuk menjadikan
anyaman Siti Rahimah sebagai reka bentuk hiasan ukiran
masjid di seberang sungai. Dolah menghadiahi Siti
Rahimah purdah, dibalasi senaskhah al-Quran.
7. 7:
Pak Long membawa berita Dolah karam di
sungai. Siti Rahimah kemudian keluar dengan
beg kecil untuk mencari Dolah. Pak Long yang
tidak pernah bertanya asal usul Siti Rahimah
tidak mampu menahan Siti Rahimah pergi,
melainkan mendoakan keselamatan Siti
Rahimah dan Dolah. Drama diakhiri dengan
lantunan berpuisi sang pengucap (pencerita,
narrator) kononnya beratus-ratus tahun
lamanya, setiap kali senja di tepi sungai, Siti
Rahimah yang berpurdah, tetapi tidak
berpenyakit kusta, setia menunggu Dolah yang
menghias masjid di seberang. Nelayan tidak
bernai menyapa, datuk nenek menegah...
8. NILAI:
1. Nilai kesabaran
Contoh:
Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan
orang kampung.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung
mengajar mengaji.
3. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang
mengandung dengan baik.
9. PENGAJARAN:
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta
yang halal. Abu Lahab mengumpul harta
dengan menipu orang kampung dan akhirnya
mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang
lemah atau miskin. Dollah dihina oleh
masyarakat kampung sehingga tidak ada orang
yang mahu menerima pinangannya kerana dia
capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.
Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis
kuda yang dipeliharanya.
10. PENGAJARAN:
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta
yang halal. Abu Lahab mengumpul harta
dengan menipu orang kampung dan akhirnya
mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang
lemah atau miskin. Dollah dihina oleh
masyarakat kampung sehingga tidak ada orang
yang mahu menerima pinangannya kerana dia
capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.
Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis
kuda yang dipeliharanya.