Pantun dan seloka ini menyindir masyarakat yang bersikap luar biasa dan tidak rasional serta mengagungkan orang luar berbanding tanggungjawab terhadap keluarga. Pantun menyentuh topik tanggungjawab isteri, kepentingan ilmu, kehilangan kuasa pemimpin, dan perasaan hairan terhadap perkara luar biasa. Seloka pula mengisahkan Emak Si Randang yang melayan tetamu berlebihan sehingga mengabaikan anaknya sendiri.
1 of 22
Downloaded 39 times
More Related Content
KOMSAS: Pantun empat kerat (Jenaka dan Sindiran) dan Seloka Emak Si Randang
2. RANGKAP 1
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Seseorang isteri dianggap tidak sempuna
walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak
tahu melakukan kerja-kerja dapur
3. RANGKAP 2
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.
Jika seseorang yang tidak berilmu cuba
menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia
akan ditertawakan
4. RANGKAP 3
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.
Seorang pemimpin tidak akan dapat
berbuat apa-apa setelah kuasanya hilang
5. RANGKAP 4
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.
Perasaan bimbang seseorang yang
melakukan sesuatu di luar kemampuan
6. RANGKAP 5
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.
Perasaa hairan yang timbul apabila orang
bawahan berjaya mengambil alih kuasa
daripada seseorang pemimpin yang
berpengaruh.
8. PERSOALAN
Persoalan tanggungjawab seorang isteri
terhadap urusan rumah tangga.
Persoalan kepentingan memiliki ilmu
pengetahuan.
Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
Persoalan kebimbangan melihat sesuatu
perkara yang luar biasa .
Persoalan musibah yang berlaku akibat
kelalaian.
9. BENTUK
Terdiri daripada lima rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat
baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara
3 hingga 5.
Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali
rangkap kedua, abac
Pantun ini adalah puisi terikat.
10. GAYA BAHASA
Asonansi - Kalau tidak memakai capal pengulangan
vokal a
Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu pengulangan
konsonan m
Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal
Personikasi
Ikan kering lagi ketawa
Mendengar tupai membaca kitab
Unsur alam
Haiwan ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu
Tumbuhan rotan,saga
11. NILAI
Nilai bertanggungjawab
Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan
rumah tangga dengan baik.
Nilai kegigihan
Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai
matlamatnya.
Nilai rasional
Seseorang yang rasional dalam melakukan
sesuatu perkara.
12. PENGAJARAN
Kita haruslah bertanggungjawab
menguruskan rumah tangga agar kehidupan
lebih harmoni.
Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran
diri agar tidak dipandang rendah.
Kita haruslah berfikir dan bertindak secara
rasional agar tidak mendatangkan masalah
kepada orang lain.
14. Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi
15. MAKSUD
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang
yang baik hati. Dia rela memasakkan
makanan untuk membantu orang dagang
yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang
sanggup berhabis-habisan bagi melayan
tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan
rumah jika tidak berkayu. Namun demikian,
Emak Si Randang mengabaikan anaknya
sendiri. Setelah orang dagang itu pergi,
Emak Si Randang terpaksa menanggung
hutang kerana kehabisan beras sedangkan
padi yang ditanamnya tidak menjadi.
17. PERSOALAN
Persoalan rasional ketika melakukan
sebarang tindakan
Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
Persoalan tanggungjawab seorang ibu
terhadap keluarga.
18. BENTUK
Terdiri daripada satu rangkap.
Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah
8 baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara
3 hingga 4.
Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
Seloka ini berbentuk bebas.
19. GAYA BAHASA
1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6
kali
2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4
kali
3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4. Anafora-
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan
20. NILAI
1. Nilai kebijaksanaan
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal
fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.
2. Nilai bertanggungjawab
Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap
kebajikan anak-anak.
3. Nilai berbudi
Kita disarankan berbudi kepada semua orang
tetapi mestilah berpada-pada.
21. PENGAJARAN
Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar
dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
Kita mestilah menggunakan akal fikiran
yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.
Kita hendaklah melayan tetamu dengan
berpada-pada agar tidak berlakunya
pembaziran.