際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
SYAIR POHON BULUH
KOMSAS TING 1
Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara
Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya
Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam
MAKSUD RANGKAP
 Rangkap 1
 Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi yang bertingkat-
tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat (merujuk
kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-mata (merujuk kepada miang
buluh). Secara realiti, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat.
Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling
menghormati antara satu sama lain.
 Rangkap 2
 Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai
kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Menggambarkan
kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang
hidup aman, sentosa dan sejahtera.
MAKSUD RANGKAP
 Rangkap 3
 Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa
mengira kekuatan atau saiz. (Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh).
Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat,
kedudukan atau status. Barulah boleh hidup dengan harmoni.
 Rangkap 4
 Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang
licin. Bahagian dalam batangnya gelap (umpama malam), boleh menakung
air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang bersatu
padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota
masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu unit yang kuat.
TEMA
 Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh dengan subur
menggambarkan kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat.
PERSOALAN
1.Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan ruas-ruasnya yang banyak.
Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan yang adil
dan saksama.
2.Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara pepohonnya. Sikap cinta
akan negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat penting
untuk membina masyarakat yang bersatu padu.
3.Keindahan lambaian dedaun buluh umpama bendera-bendera yang berkibar
megah. Kepentingan sikap saling menghormati dalam masyarakat yang
berbilang kaum akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni.
4.Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin dan mampu menampung
air. Perpaduan amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum.
NILAI
1.Perpaduan  Masyarakat yang berbilang kaum hanya boleh hidup
aman dan harmoni seandainya mengamalkan nilai perpaduan.
Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang aman sejahtera
akan terbina dengan kukuhnya.
2.Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang hidup dalam satu
rumpun saling bergantungan antara satu sama lain, membentuk
rumpunan yang kuat. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu saling
menolong antara satu sama lain.
3.Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup bermuafakat dan bersatu
padu tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan kedudukan.
4.Semangat patriotik/Cinta akan negara - Masyarakat yang
bersemangat patriotik akan sentiasa hidup harmoni dan bersatu
padu.
PENGAJARAN
1.Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan
(termasuk komuniti/masyarakat) tanpa mengira
pangkat, agama, darjat dan keturunan.
2.Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan kerana
kita hidup saling memerlukan dalam membentuk satu
unit kumpulan yang kuat.
3.Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan
negara agar dapat hidup dengan aman dan harmoni.
4.Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan dan
hidup bermuafakat.
SOALAN:
BACA SYAIR DI BAWAH INI DENGAN TELITINYA, KEMUDIA JAWAB SOALAN-SOALAN YANG BERIKUTNYA DENGAN
MENGGUNAKAN AYAT SENDIRI
Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara
Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya
Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam
i) Berdasarkan syair di atas, nyatakan dua ciri yang terdapat pada pohon buluh. (3
markah)
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh ( 3 markah)
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
iii) Perpaduan amat penting bagi mengelakkan berlakunya perpecahan antara
kaum di negara ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menyatupadukan masyarakat
yang berpecah belah? (4 markah)
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

More Related Content

komsas tingkatan 1 syair pohon buluh antologi kuingin berterima kasih

  • 2. Menara tinggi banyak bertingkat Di sana tiada bilik bersekat Tiada bertangga naik melekat Mata-mata menjaga segenap pangkat Yang ada sedia panji-panji bendera Hingga sampai ke kemuncak menara Banyak ada ia bersaudara Yang ada pula bersama gara
  • 3. Selalu dipandang dilihat adanya Tinggi rendah dijerat pangkatnya Besar kecil ikat binanya Terlalu kuat pula asasnya Ikatnya licin di luar di dalam Gelapnya di dalam seperti malam Air tak tiris seperti kolam Ikat tingkatnya tak nampak alam
  • 4. MAKSUD RANGKAP Rangkap 1 Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi yang bertingkat- tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat (merujuk kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-mata (merujuk kepada miang buluh). Secara realiti, rumpunan buluh menggambarkan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara bermuafakat, saling menghormati antara satu sama lain. Rangkap 2 Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan sebagai kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Menggambarkan kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang hidup aman, sentosa dan sejahtera.
  • 5. MAKSUD RANGKAP Rangkap 3 Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz. (Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh). Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status. Barulah boleh hidup dengan harmoni. Rangkap 4 Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam batangnya gelap (umpama malam), boleh menakung air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu unit yang kuat.
  • 6. TEMA Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh dengan subur menggambarkan kepentingan hidup bersatu padu dalam masyarakat.
  • 7. PERSOALAN 1.Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan ruas-ruasnya yang banyak. Kepentingan hidup bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan yang adil dan saksama. 2.Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara pepohonnya. Sikap cinta akan negara dan bersemangat patriotik dalam kalangan masyarakat penting untuk membina masyarakat yang bersatu padu. 3.Keindahan lambaian dedaun buluh umpama bendera-bendera yang berkibar megah. Kepentingan sikap saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang kaum akan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni. 4.Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin dan mampu menampung air. Perpaduan amat penting dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.
  • 8. NILAI 1.Perpaduan Masyarakat yang berbilang kaum hanya boleh hidup aman dan harmoni seandainya mengamalkan nilai perpaduan. Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang aman sejahtera akan terbina dengan kukuhnya. 2.Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang hidup dalam satu rumpun saling bergantungan antara satu sama lain, membentuk rumpunan yang kuat. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu saling menolong antara satu sama lain. 3.Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup bermuafakat dan bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, pangkat dan kedudukan. 4.Semangat patriotik/Cinta akan negara - Masyarakat yang bersemangat patriotik akan sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu.
  • 9. PENGAJARAN 1.Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan (termasuk komuniti/masyarakat) tanpa mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan. 2.Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan kerana kita hidup saling memerlukan dalam membentuk satu unit kumpulan yang kuat. 3.Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara agar dapat hidup dengan aman dan harmoni. 4.Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan dan hidup bermuafakat.
  • 10. SOALAN: BACA SYAIR DI BAWAH INI DENGAN TELITINYA, KEMUDIA JAWAB SOALAN-SOALAN YANG BERIKUTNYA DENGAN MENGGUNAKAN AYAT SENDIRI Menara tinggi banyak bertingkat Di sana tiada bilik bersekat Tiada bertangga naik melekat Mata-mata menjaga segenap pangkat Yang ada sedia panji-panji bendera Hingga sampai ke kemuncak menara Banyak ada ia bersaudara Yang ada pula bersama gara Selalu dipandang dilihat adanya Tinggi rendah dijerat pangkatnya Besar kecil ikat binanya Terlalu kuat pula asasnya Ikatnya licin di luar di dalam Gelapnya di dalam seperti malam Air tak tiris seperti kolam Ikat tingkatnya tak nampak alam
  • 11. i) Berdasarkan syair di atas, nyatakan dua ciri yang terdapat pada pohon buluh. (3 markah) _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Pohon Buluh ( 3 markah) _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ iii) Perpaduan amat penting bagi mengelakkan berlakunya perpecahan antara kaum di negara ini. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menyatupadukan masyarakat yang berpecah belah? (4 markah) _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________