2. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Pengisytiharan & Undang2 Darurat
-Perak & Johor pada 18 Jun 1948 oleh Pesuruhjaya Tinggi
British Sir Edward Gent
-Seluruh Tanah Melayu pada 19 Jun 1948 kesan daripada
PKM membunuh 3 orang peladang Eropah, Arthur
Walker, John Allison dan Ian Christian di Sg. Siput Perak
pada 16 Jun 1948
-23 Julai 1948 PKM serta pertubuhan lain di bawah
naungannya diharamkan
-Pada 15 Julai 1948, kerajaan British menguatkuasakan
Undang-undang Darurat di seluruh Tanah Melayu
3. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Pengisytiharan & Undang2 Darurat
-Antara peraturan dalam Undang2 Darurat 1948:
1. Menahan sesiapa yang disyaki, tanpa bicara dlm
tempoh 2 thn
2. Membuat kawalan ke atas jalan raya
3. Menguatkuasakan perintah berkurung
4. Menangkap semua penduduk yang kawasannya disyaki
menjadi tempat persembunyian, tempat menyalur
makanan, tenaga kerja dan maklumat keselamatan
kepada komunis
4. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Rancangan Briggs
-Oleh Leftenan General Sir Harold Rowdon Briggs
-Kampung-kampung Baru:
1. Penempatan semula penduduk di satu kawasan dengan
pelbagai keperluan dan kemudahan sosial
2. Dipagar dan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan
3. Dijalankan selama 4 thn melibatkan antara 4 ratus ribu
orang Cina di petempatan baru
4. Orang Cina di pinggir hutan, pekerja lombong dan
ladang terlibat dalam rancangan ini
5. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Langkah Ketenteraan
-Menjelang akhir tahun 1949, bilangan anggota polis bertambah kepada
48 ribu iaitu 18 ribu polis biasa dan 30 ribu Polis Khas (Special
Constable)
-Pasukan Polis Hutan (Jungle Squad) ditubuhkan utk bantu polis dlm
operasi di pinggir hutan
-Pasukan polis dikenali sbg ‘Mata-mata Tambahan’ juga dibentuk
-3 batalion Pasukan Pengawal dari England dibawa utk kuatkan kawalan
keselamatan
-Membesarkan Rejimen Askar Melayu dan melengkapkan pasukan
meriam
-Pasukan tentera di bawah naungan Komanwel spt British,Australia dan
New Zealand dibawa masuk
-Pasukan Infantri Gurkha dari Hong Kong
6. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Perang Saraf-Sir Gerald Walter Templer
-Tujuan-menawan hati dan fikiran penduduk tempatan bekerjasama
dengan kerajaan British banteras kegiatan komunis
-Melonggarkan syarat kerakyatan utk memberi peluang kpd org bkn
Melayu terutama kaum Cina
-1952-Sir Gerald Templer meminda peraturan kewarganegaraan bg
membolehkan ramai org bkn Melayu menjadi warganegara
-Memberi pengampunan/tawaran pengampunan secara beramai-ramai kpd
pengganas komunis yang menyerah diri secara sukarela
-Tawaran dilakukan dengan menggugurkan risalah dari udara ke dalam
hutan belantara
-Memberikan hadiah wang tunai yang lumayan kpd org ramai yg memberi
maklumat utk membolehkan kerajaan menangkap komunis mulai April
1955
7. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
-Ganjaran yg ditawarkan berbeza mengikut kedudukan
pengganas dlm hierarki jawatan PKM
Jawatan dalam PKM Hadiah Wang Tunai
S/U Agung (Chin Peng)
Ahli Biro Politik
AJK Pusat
AJK Negeri & Daerah
Anggota Biasa
$250 000
$200 000
$150 000
$120 000
$2500-$2000
8. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Rundingan Baling
-Diadakan di Baling,Kedah di sebuah sekolah kerajaan pada
28-29 Disember 1955
-Wakil Kerajaan Persekutuan TM & PKM
Wakil Kerajaan Wakil PKM
Tunku Abdul Rahman
(KM PTM)
David Marshall (KM
Singapura)
Tan Cheng Lock
(Presiden MCA)
Chin Peng (S/U Agung)
Chen Tien (Ketua
Propaganda)
Rashid Mydin (AJK
Pusat)
9. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
-Chin Peng dan anggota rombongannya menginap di sebuah
rumah kembar kuarters guru sekolah itu dan ditemani
John L.Davis Pegawai Daerah Butterworth yg bertindak
sbg Conducting Officer
-Tunku mencadangkan PKM meletakkan senjata dan
menyerah diri tanpa syarat dan menerima tawaran
pengampunan drpd pihak kerajaan
-Chin Peng enggan menerima cadangan itu dan menuntut
PKM dibenarkan bergerak sbg parti politik yang sah
-Tuntutan itu tidak dpt dipenuhi oleh kerajaan dan
Rundingan Baling berakhir tanpa sebarang keputusan
muktamad
10. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
-Surat Chin Peng kpd Tunku meminta diadakan rundingan semula
Tanggal 12 October, 1957.
Yang Berhormat Perdana Menteri,
Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan hormatnya saya maa’lomkan bahawa saya bersedia berunding semula dengan
Tengku untuk menchapai suatu persetujuan yang a’dil dan menasabah bagi menamatkan
peperangan.
Dalam hal ini,agar perundingan kita pada kali ini dapat menchapai persetujuan dengan
lunaknya,maka saya menchadangkan hendaknya diadakan terlebih dahulu pertemuan
pendahuluan diantara wakil2 dari pehak saya dengan pehak Tengku.
Sekian terimakaseh.
Yang benar,
………………………..
(Chen Ping)
S/U Agong,
Party Komunist Malaya
11. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Undang-undang Darurat (Emergency Regulations)
-Pendaftaan penduduk di TM
-Berumur 12 thn ke atas mesti didaftarkan dan wajib miliki kad
pengenalan
 Pengisytiharan kawasan hitam dan kawasan putih
-Kawasan yg bebas dr ancaman komunis dan kawasan yg masih menjadi
sarang komunis
-Melaka merupakan negeri pertama yg diisytiharkan sbg kawasan putih
pd 3 September 1953
-Pahang,N.Sembilan,Selangor dan Perak masih diisytiharkan sbg
kawasan hitam terutamanya Temerloh-Mentakab yg menjadi markas
kegiatan Chin Peng dan J/kuasa Pusat PKM
12. Langkah-langkah Mengatasi
Komunis
 Pasukan Kawalan Keselamatan
-Pasukan keselamatan dibahagikan kpd unit-unit kecil utk
digerakkan di peringkat daerah dan kampung
-Ditempatkan di kawasan penting di luar bandar spt ladang
getah,lombong bijih timah dan kampung2
-Kerajaan menubuhkan Pasukan Pengawal Kampung (Home
Guards) yg dianggotai penduduk kampung berkenaan
-Setiap anggota pasukan diberi latihan menggunakan
senapang patah dna latihan menembak
-Senjata api dibekalkan oleh kerajaan
13. Kesan-kesan Darurat
 Kesan Politik
-Melambatkan proses politik dan perlembagaan di TM krn kerajaan
British terpaksa memberi lebih tumpuan utk banteras kegiatan
komunis
-British mempercepatkan langkah-langkah memberi taraf berkerajaan
sendiri kpd penduduk tmptan
-Kerajaan British mengambil tindakan keras terhadap parti-parti politik
berhaluan kiri yg bersimpati dgn perjuangan PKM seperti Ahmad
Boestamam,Ishak Hj.Muhammad,Parti Kebangsaan Melayu
Malaya,Angkatan Pemuda Insaf,Angkatan Wanita Sedar,PUTERA
-Kegiatan politik mula dilonggarkan dan ini membawa kpd kelahiran
beberapa buah parti politik spt Parti Islam Se-Malaya (PAS),dan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP)
14. Kesan-kesan Darurat
 Kesan Ekonomi
-Kerajaan memikul beban perbelanjaan yg besar utk membanteras
pemberontakan bersenjata PKM
-Banyak ladang getah dan lombong bijih timah menjadi sasaran serangan
komunis utk melumpuhkan ekonomi TM
-Serangan ke atas landasan kereta api dna kenderaan awam memberi
kesan kpd sistem perhubungan dan menjejaskan kegiatan perdagangan
-Kegiatan ekonomi yg sering tergendala menjejaskan pengeluaran hasil
bumi dan eksport TM
-Banyak kerja dan hasil pertanian di pinggir hutan terbiar apabila
penduduknya dipindahkan ke kawasan lain
-Catuan makanan krn masalah kekurangan beras disebabkan banyak
kawasan sawah ditinggalkan petani tanpa diusahakan akibat perintah
berkurung
15. Kesan-kesan Darurat
 Kesan Sosial
-Menimbulkan kesusahan dan penderitaan ke atas kehidupan rakyat akibat
keganasan komunis
-Kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan bergerak akibat pelbagai
sekatan oleh kerajaan
-Undang-undang darurat memberi kuasa kpd kerajaan utk mengambil
tindakan yg perlu bg menentang komunis
-Kerajaan British longgarkan syarat kerakyatan
-Masalah hubungan kaum terutama di antara org Melayu dan Cina
-Penubuhan J/Kuasa Perhubungan Antara Kaum 1949,diketuai oleh Dato’
E.E.C.Thuraisingham
-Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) Februari 1949 utk
menarik minat org Cina bergiat dlm pertubuhan politik berhaluan
kanan dan mengubah sikap mereka terhadap ideologi komunisme
-Dasar Pelajaran Kebangsaan