Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang konsep pengurusan. Ia menjelaskan definisi pengurusan, sejarah awal pengurusan, dan konsep-konsep pengurusan utama seperti pengurusan Islam, Barat, dan Jepun. Dokumen ini juga membincangkan unsur-unsur penting pengurusan seperti pengurus, organisasi, dan proses pengurusan.
1 of 17
Downloaded 557 times
More Related Content
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
1. ISI KANDUNGAN
No. Kandungan Muka surat
1 Pendahuluan 1
2 Pengurusan
1) Takrif Pengurusan 3
2) Sejarah Awal Pengurusan 4
3) Konsep Pengurusan
i. Konsep Pengurusan Islam 6
ii. Konsep Pengurusan Barat 7
iii. Konsep Pengurusan Jepun 8
4) Fungsi-fungsi Pengurusan
i. Proses Penyusunan 9
ii. Proses Pengarahan 9
iii. Proses Pengawalan 10
3 Organisasi
1) Sektor Awam 11
2) Sektor Swasta 11
3) Perbezaan Sistem Pengurusan Sektor Awam Dengan Sektor Swasta 12
4 Kesimpulan 15
5 Bibliografi / Rujukan 16
0
2. PENDAHULUAN
Dalam dunia yang semakin maju dengan teknologi maklumat kini, pengurusan adalah salah
satu perkara yang sukar untuk dipisahkan dari manusia. Hal ini kerana, pengurusan adalah
salah satu aspek penting yang mampu mengurus, menyelaras serta mengimbangi pelbagai
aspek sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan
juga sering dikaitkan dengan pengurusan sistem paling ringkas iaitu keluarga hinggalah
pengurusan system paling kompleks iaitu pengurusan sesebuah negara.
Pengurusan juga dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila seseorang membicarakan tentang
konsep pengurusan sudah tentu 3 elemen utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau
garis panduan pengurusan turut disertakan.
Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai hubungkait yang
seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang adakalanya bertindak sebagai
master-mind dan pada satu keadaan yang lain pengurus juga akan turut bertindak sebagai
pelaksana.
Sebagai seorang master-mind, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat
dibawahnya untuk merancang segala tindakan serta aktiviti agar selaras dengan visi, misi dan
objektif yang telah ditetapkan serta jadual perancangan yang digariskan. Usaha untuk
mengarah dan memantau perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus
dengan pendekatan yang subjektif atau pelbagai berdasarkan gaya kepimpinan dan
kemampuan memanipulasikan serta kebolehan berkomunikasi seseorang pengurus.
Sebagai pelaksana pula, pengurus akan bertindak sebagai pembimbing dan pada masa yang
sama bergerak seiring bersama subordinatnya untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang
telah ditetapkan.
1
3. Sama ada sebagai master-mind mahupun pelaksana pengurus perlu bertindak berdasarkan
tatacara dan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang negara dan organisasi. Garis
panduan atau tatacara berkenaan tidak kira sama ada yang berasaskan contoh dan garis
panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu sendiri, ataupun ia digubal dengan
persetujuan kolektif antara pengurus dan subordinat perlu sentiasa dipatuhi.
Pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan
tanggungjawabnya memimpin organisasi di samping menjalankan fungsinya sebagai ketua
subordinatnya. Kuasa diperolehi samada daripada sumber perundangan sepertimana yang
ditetapkan oleh perlembagaan yang digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa
diberikan dengan persetujuan kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada
pada pengurus secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baik
dan menghormati the spirit of ethic akan menjadikan pengurus dilihat mengemudi
organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.
2
4. PENGURUSAN
1) TAKRIF PENGURUSAN
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses
kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai
garis panduan tertentu.
Menurut Jaafar Muhamad (1992) kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa
Itali maneggiare iaitu menangani dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin
manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis mesnagement telah banyak mempengaruhi
perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris management pada abad-abad ke 17 dan
18.
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia pula pengurusan terdiri daripada pengarahan
dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk
tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Ia juga merangkumi sumber sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga
sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang
yang menjalankan fungsi pengurusan.
Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan adalah sebagai seni untuk
mencapai sesuatu melalui orang lain. Free-Content Encyclopedia Wikipedia menyatakan
pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai tindakan untuk mengukur sesuatu
kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai
rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang.
James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa pengurusan adalah proses
merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan
3
5. menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang
ditetapkan. Mohammad Fauzi (2008).
Wan Azmi Ramli pula merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan
atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-
kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.
2) SEJARAH AWAL PENGURUSAN
Umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah
keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan
pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara
bangsa.
Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan
kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan
kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan
mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara,
mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke
atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.
Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan, rekod lain dan
peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar. Tamadun Sumeria mempunyai
sistem demokrasi yang amat tersusun berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash)
dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan
dalam pelbagai badan awam. Sivachandralingam & Ayadurai (2001)
4
6. Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285
undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan
pengurusan, perdagangan dan kewangan.
Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Firaun dan
pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan
pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan
piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem
pengurusan yang cekap dan sistematik untuk menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja
setiap masa.
Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem
pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya Law,
bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah
satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan
Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri.
Sivachandralingam & Ayadurai (2001)
Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran Rom bagi
membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan terbentang dari Asia
Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya, beliau membahagi-bahagikan
empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai oleh seorang gabenor. Gabenor ini
diberikan kuasa pemerintahan yang melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan
model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. Jaafar Muhamad (1992).
Pihak pengurusan pula merupakan gabungan individu yang mengendalikan sesebuah
organisasi. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. Oleh kerana
pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu, maka untuk tujuan kita, ia boleh
5
7. didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan
penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Mohammad Fauzi
(2008).
3) KONSEP PENGURUSAN
Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti
zamanMesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya, konsep pengurusan
yangmenjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu
i. Konsep Pengurusan Islam
ii. Konsep Pengurusan Barat
iii. Konsep Pengurusan Jepun
Konsep Pengurusan Islam
Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik
dimana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya
jelas,penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh
dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan
Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah
mengutarakandefinisi pengurusan. Di antaranya:
a) Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta
kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus.
6
8. b) Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-
sumberkewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat
organisasisama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
c) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai
matlamat sebagaimakhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
Konsep Pengurusan Barat
Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana iabergantung
kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia menjurus kearah
memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau
pengurusan Barat dari aspek definisi, Sistem danciri-ciri nya.
Definisi Pengurusan Barat
Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah:
a) Hilgert dan Leonard
Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan
denganmengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi
kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
b) Boone dan Kurtz
Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber
manusia dansumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
7
9. c) Gitman dan McDaniel
Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan
sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat
organisasitersebut.
d) Wagner dan Hollenback
Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan
kawalanperlakuan organisasi
Konsep Pengurusan Jepun
Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih
mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat, bergantung
kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan
membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai
kemajuan korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.
Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-
a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu
pekerjaanadalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan
kepadamereka yang paling lama berkhidmat.
b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak pengurusan
mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama.
Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat keputusan.
c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif,
ketaatandan etika.
8
10. 4) FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN
Proses perancangan oleh sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada
tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program. Tujuan dan
objektif tertentu adalah merujuk kepada matlamat penubuhan organisasi pendidikan yang ingin
dicapai.
Perancangan juga melibatkan strategi yang akan digunapakai sepanjang program yang akan
berlangsung bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ringkasnya proses perancangan
ialah berusaha mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat
organisasi.
PROSES PENYUSUNAN
Proses penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
Dalam sesebuah struktur organisasi merupakan perkara penting di mana maklumat tentang
pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan. Disamping itu pengurusan
staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan
program kebajikan.
PROSES PENGARAHAN
Proses pengarahan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi
berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni. Beberapa faktor yang terlibata
dalam proses ini ialah motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi.
9
11. PROSES PENGAWALAN
Proses pengawalan pula mesti berjalan dengan teratur dan tersusun di sepanjang
program berjalan bagi memastikan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan.
Proses ini membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam
penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil. Pengawasan
aspek kemanusiaan juga merupakan perkara penting yang mesti diberi perhatian seperti sifat
kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku.
10
12. ORGANISASI
Organisasi sektor awam kerap dikaitkan dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan
dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri
Bagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasi-
organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan
atau barangan mereka
Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah
negara adalah sama penting
1) SEKTOR AWAM
Gordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan proses, organisasi
dan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan peranan masing-masing) yang
melaksanakan undang-undang dan perintah yang diisukan oleh badan perundangan,eksekutif,
dan kehakiman
Fungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan Kuasa
Basu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apa bentuk pentadbiran demi memenuhi
kepentingan awam
2) SEKTOR SWASTA
Definisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi,
mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi.
Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut
cara atau pilihan masing-masing
11
13. Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dan
satu pihak lagi ialah pekerja.
3) PERBEZAAN SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM DENGAN SEKTOR SWASTA
KEUNTUNGAN
Keuntungan yang dimiliki oleh sektor awam adalah bertujuan untuk pembangunan serta
kemajuan negara secara keseluruhannya
Keuntungan yang dimiliki atau diperolehi oleh sektor swasta pula adalah milik individu
tersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungannya untuk
kepentingan diri sendiri.
KAWALAN KUASA
Kawalan kuasa dalam sector awam bergantung kepada konsep pemusatan kuasa yang
tersedia dalam undang-undang negara.
Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula bergantung kepada konsep pembahagian
kuasa pemilik sesebuah organisasi tersebut.
HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI BERKAITAN YANG LAIN
Dalam organisasi awam, setiap organisasi akan saling membantu antara satu sama lain
iaitu untuk menyediakan kemudahan yang optimum kepada rakyat serta menjamin kelancaran
pembangunan serta pentadbiran negara.
Dalam organisasi swasta pula, setiap organisasi beroperasi bagi mencapai matlamat
persendirian tanpa melibatkan organisasi yang lain.
12
14. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Aktiviti-aktiviti organisasi daripada sektor awam dirangka mengikut kehendak kerajaan
yang memerintah dan mengikut keperluan dan kehendak rakyat dalam sesebuah negara.
Aktiviti-aktiviti organisasi dalam sector swasta pula dirangka mengikut jenis operasi serta
terarah kepada keuntugan kewangan organisasi.
STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI
Dalam pengurusan struktur organisasi awam banyak berlaku pertukaran kakitangan
disebabkan oleh pelbagai factor seperti kenaikan pngkat, persaraan dan pertukaran ke
organisasi awam yang lain sekiranya organisasi awam yang lain tidak mempunyai kakitangan
yang mencukupi.
Dalam pengurusan struktur organisasi swasta pula kebyakkan jawatan adalah tetap
terutamanya pemilik organisasi swasta tersebut, sentiasa berada di hierarki utama organisasi
sepanjang hayat mereka sehinggalah organisasi tersebut bertukar hak milik ataupun muflis.
FAKTOR YANG MENDORONG PEMBANGUNAN ORGANISASI
Sebarang pembangunan dalam organisasi awam bergantung kepada peruntukan atau
bajet dalam belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memrintah negara tersebut.
Berlainan pula dengan pembangunan organisasi swasta yang dipengaruhi oleh
keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan atau perkhidmatan merupakan sumber
utama kepada pembangunan organisasi sektor swasta.
PENYEDIAAN BELANJAWAN
Penyediaan belanjawan untuk organisasi awam dirangka mengikut peruntukan yang
disediakan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.
13
15. Penyediaan belanjawan bagi organisasi daripada sektor swasta pula dirangka
bergantung kepada keuntungan yang diperolehi.
TAHAP HEBAHAN AKTIVITI ORGANISASI
Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor awam menjadi
perhatian media massa yang berfungsi sebagai pelapor kepada rakyat dalam sesebuah negara.
Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor swasta kurang diberi
liputan oleh media massa kerana tidak semua orang mempunyai kepentingan terhadap
sesebuah organisasi swasta.
PERANAN SERTA FUNGSI ORGANISASI
Setiap organisasi awam dalam sesebuah negara memainkan peranan serta fungsi
sebagai organisasi yang menyediakan keperluan rakyat bagi mengoptimumkan tahap kebajikan
rakyat dalam negara tersebut.
Manakala dalam organisasi sektor swasta pula berfungsi sebagai pengeluar produk-
produk atau perkhidmatan yang berguna kepada rakyat bagi memastikan pemilik organisasi
swasta mencapai keuntungan tertentu. Namun begitu, kewujudan sesetengah sektor swasta
juga amat penting bagi membantu kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat
contohnya Syabas serta Tenaga Nasional Berhad yang telah menyediakan kemudahan air
serta tenaga elektrik di dalam negara Malaysia.
14
16. KESIMPULAN
Pengurusan merupakan sesuatu yang sinonim bagi semua perkara yang melibatkan organisasi
sama ada kecil atau pun besar. Sesebuah pengurusan amat penting bagi memastikan
kecekapan sesebuah organisasi bagi menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang
berdaya saing serta mempunyai nilai yang dapat memajukan organisasi tersebut seterusnya
mnyubangkan kepada kemajuan sesebuah negara.
Organisasi yang dapat pula dikategorikan kepada sektor awam dan juga sektor swasta seperti
yang telah dijelaskan dalam bab-bab sebelum ini. Kedua-dua sektor ini memainkan peranan
yang penting dalam menjana sesebuah nagara yang maju dan harmoni. Walaupun kedua-dua
sektor datangnya dari dua entity yang berbeza, namunbegitu tidak menghalang kedua-dua
sektor ini untuk saling bergantung serta berkerjasama memandangkan kedua-dua sektor ini
berkongsi negara yang sama.
Di dalam tugasan ini telah dihuraikan perbezaan diantara system pengurusan sektor awam
serta sektor swasta. Perbezaan-perbezaan ini jelas menunjukkan tujuan serta pengurusan lain
yang ketara perbezaan di antara kedua-dua entiti. Tugasan ini juga dapat membantu pelajar
unuk lebih memahami dan mendalami tentang takrif dan konsep pengurusan serta perbezaan
pengurusan sektor awam dan swasta. Beberapa contoh yang relevan juga turut disertakan bagi
menambah kefahaman.
Kesimpulan daripada tugasan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk memahami isi tugasan
yang diberikan malahan turut menambah pengetahuan am yang lain bagi meningkatkan soft
skill pelajar-pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan.
15
17. Bibliography
1. Hasan, N. M. (2008, November 4). Keperluan Kebajikan dan Kebebasan Individu Perlu
Seimbang Kekalkan Pembangunan Negara. Retrieved August 23, 2012, from Berita
Harian On-Line: http://www.ibfim.com/index.php?option=com
content&task=view&id=1940<emid=179
2. Muhamad, J. (1988). Asas Pengurusan. Fajar Bakti.
3. Ramli, W. A. (1991). Dasar Awam di Malaysia Volume 1. University of Michigan:
Pustaka Cipta.
4. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Lectumanan. (2001). Tamadun Dunia. Fajar
Bakti.
5. Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Retrived on
September 26, 2008 from http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-
sejarah-dan-konsep-siri-1/
6. Mary Parker Follet (1868 -1933). Vocational Business: Training, Developing and
Motivating People oleh Richard Barrett - Perniagaan & Ekonomi - 2003. m.s. 51.
7. Retrived on August 21, 2012: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan#cite_note-2
16