1. KONSEP DAN CARA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI
1. Mengapa Pembelajaran Masteri?
2. Apakah Dia Pembelajaran Masteri?
3. Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan?
4. Apakah Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri?
5. Apakah Peranan dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri?
6. Rumusan
Pentingnya Pembelajaran Masteri
1. Sekiranya anda mengkaji keputusan peperiksaan awam setiap tahun seperti UPSR, PMR, SPM
dan STPM anda akan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan pelajar yang belum
mencapai tahap yang minimum dalam beberapa mata pelajaran.
2. Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah itu ialah
melalui pembelajaran masteri.
3. Jadi, anda harus melaksanakan pembelajaran masteri kerana:
a. anda hendak meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya
rendah
b. sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah
mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang tinggi
itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu
perkara yang diajar.
Konsep Pembelajaran Masteri
1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar
dapat menguasai apa yang diajar.
2. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu
prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar
sekiranya:
a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti
3. Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai
perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit
pembelajaran atau tajuk yang lain.
4. Rajah 1 meringkaskan proses pembelajaran masteri.
Rajah 1
5. Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:
a. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;
b. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
c. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
d. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
menjadi pelajar berdikari.
2. 6. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
anda:
a. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar
b. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
c. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan
menghayati sesuatu perkara;
d. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai
perkara yang telah diajar; dan
e. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri
1. Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk
melaksanakannya.
2. Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
a. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran;
b. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
c. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
d. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
3. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat
sekurang-kurangnya markah 80%
4. Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu harus
dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.
Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri
1. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
2. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri
kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara
tersirat.
3. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
a. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
b. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
pembelajaran masteri;
c. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat
menjadi pelajar berdikari;
d. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian
diagnostik;
e. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
f. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
4. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan
tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
5. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan
sejawat dalam panitia mata pelajaran.
3. 6. Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
7. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu
perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru,
masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.
Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri
1. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk
belajar dan menguasai apa yang diajar.
2. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara
satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan
sebaya dalam kumpulan.
3. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
a. tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
b. belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
c. betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
d. memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
e. membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
4. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
dapat menjadi pelajar berdikari.
Rumusan
1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
2. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu
prinsip iaitu semua pelajar boeh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan
pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
3. Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk:
a. menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai;
b. mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;
c. mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di kalangan pelajar;
d. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;
e. menilai secara formatif dan sumatif; dan
f. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
4. Pembelajaran masteri menggalakkananda menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga
menggalakkan anda mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pelajar anda dapat menguasai apa yang diajar.
5. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati
bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan
memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain.
6. Pencapai pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar
untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.