2. DEFINISI KOORDINASI & KUASA
Koordinasi
Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas
dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik. Jika
seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap
bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada
sasarannya. Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam
pergerakan tubuh badan seseorang. Ianya melibatkan penggunaan kesemua anggota
badan serta kebolehan menggunakan pancaindera dan hubungannya dengan minda
akan menghasilkan pergerakan yang sempurna.
3. Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa merujuk kepada kebolehan
individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat
dengan kecekapan yang tinggi. Contohnya, dalam aktiviti melompat sarjan, anda
memerlukan kuasa kaki anda untuk menghasilkan lompatan yang paling tinggi.
4. CONTOH LATIHAN
Koordinasi
A. Ujian menggelecek bola sepak
Ujian ini mengukur koordinasi kaki.
Peralatan : Bola sepak, Jam randik, kon, Wisel.
Prosedur :
• Peserta dikehendaki menggelecek bola keliling kon dan membuat hantaran dinding
(wall pass) sebelum menggelecek bola semula untuk menamatkan litar
• Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.
6. B. Ujian menggelecek bola keranjang
Ujian ini mengukur koordinasi tangan
Peralatan : Bola keranjang, Kon, Wisel
Prosedur :
• Peserta mula menggelecek dari garisan permulaan selepas isyarat ‘mula’ diberi oleh
penguji. Peserta dikehendaki bermula dengan
tangan bukan dominan (guna tangan kiri sekiranya tangan yang selalu digunakan ialah
tangan kanan dan sebaliknya)
• Peserta dikehendaki menggelecek mengelilingi kon.
Kiraan :
• Tiga percubaan diberikan kepada setiap peserta.
• Percubaan pertama dikira sebagai latihan.
• Dua percubaan yang berikutnya direkodkan dan dijumlahkan. Jumlah ini menjadi skor
peserta.
• Peserta terpaksa mengulang percubaan jika melanggar peraturan menggelecek seperti
bergerak dengan bola, melantun bola guna dua belah tangan dan melanggar kon.
8. C. Ujian lompatan heksagon.
Ujian ini menilai ketangkasan, imbangan dinamik dan koordinasi.
Peralatan : Pita pelekat, Jam randik, Wisel
Prosedur :
• Lukis satu heksagon dengan panjang 66cm setiap sisi dan satu
petak segi empat di tengah heksagon cukup untuk kedua-dua belah kaki berdiri di
dalam.Peserta mula dengan berdiri dalam petak segi empat.
• Apabila penguji beri isyarat ‘mula’ dan memulakan jam randik, peserta dikehendaki
melompat dengan kedua-dua belah kaki ke A dan seterusnya ke B, C,D, E dan F.
• Peserta dikehendaki membuat tiga litar lengkap (A-F) sebelum penguji menghentikan jam
randik.
• Tiga kali percubaan diberikan. Masa untuk percubaan ketiga dibahagikan dengan masa
percubaan pertama dan didarabkan dengan100.
10. Kuasa.
A. Ujian Lompat Menegak (Sargent Jump)
Ujian ini mengukur kuasa kaki.
Peralatan : Serbuk kapur, papan pengukur yang dipasang pada dinding.
Prosedur :
• Peserta pegang kapur atau sapu jari sebelah tangan dengan serbuk kapur.
• Sebelah tangan yang telah disapu kapur diangkat tegak di tepi papan tersebut.
• Jari tangan tegak membuat tanda pada papan dan tanda itu adalah tanda
permulaan.
• Peserta dibenarkan membengkokkan lutut dan mendekam sebelum melompat
setinggi yang mampu.
• Peserta tidak dibenarkan menghayun tangan sebelum lompatan.
12. B. Ujian Lompat Jauh Berdiri (Standing Broad Jump)
Ujian ini mengukur kuasa kaki.
Peralatan : Permukaan yang rata, kapur/penanda, pita pengukur.
Prosedur :
• Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Peserta dibenarkan menghayunkan
kedua-dua belah tangan sambil membengkokkan lututsebelum melompat.
• Ukuran akan dikira dari garisan permulaan ke bahagian badan yang terdekat dengan
garisan permulaan.
• Tiga percubaan diberikan dengan skor terbaik dari tiga percubaan itu diambil kira.