Tanda-tanda besar kiamat meliputi 10 peristiwa utama seperti munculnya kabut, dajjal, turunnya Nabi Isa, kemunculan Imam Mahdi, keluarnya Ya'juj dan Ma'juj, terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang melata, hilangnya agama dan orang-orang mukmin, api yang menghimpun manusia, dan tiupan sangkakala pertama. Kiamat pasti akan terjadi berdasarkan al-
1 of 24
Downloaded 19 times
More Related Content
Kronology Hari Kiamat
1. KRONOLOGI HARI KIAMAT
DISEDIAKAN OLEH :
SYAMIDA BINTI OTHMAN (033100)
NUR AFIFAH BINTI ABD LATIF (032188)
WAN NUR SOFIYYAH BINTI WAN SUHAMI (032202)
TENGKU NUR AMALINA BINTI TENGKU AZIZ (032959)
NAMA PENSYARAH :
MAHADI BIN MOHAMMAD
2. PENDAHULUAN
Tanda-tanda besar kiamat tidak mempunyai dalil yang
jelas dalam menerangkan secara urutan tanda-tanda
besar kiamat berdasarkan kejadian. Semuanya hanya
diungkapkan dalam berbagai hadis tanpa urutan.
Rasulullah S.A.W bersabda:Sesungguhnya kiamat
itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh
tanda. (Riwayat Muslim)
3. (1) Munculnya Kabut
Kabut adalah bencana kekeringan yang sangat
dahsyat yang melanda kaum Quraisyi, sehingga
mereka melihat sebentuk kabut antara mereka dan
langit.
Huzaifah meriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa
kabut itu akan berada di bumi selama 40hari.
4. Hadis Abu Malik al-Syaari r.a bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda :
Sesunguhnya tuhanmu memperingatkan tiga
perkara kepadamu. Pertama, kabut yang menimpa
kaum mukmin dan kaum kafir. Kabut itu mengepul
sehingga keluar dari pendegarannya, kedua haiwan
melata dan ketiga dajjal.
5. (2) Munculnya Dajjal yang
Mengaku Nabi
Sebuah hadis yang panjang diriwayatkan oleh
Muslim, Tarmizi, Ibn Majah dan Ahmad seorang
sahabat bertanya kepada nabi Ya Rasulullah,
bagaimanakah dajjal berjalan di muka bumi? Nabi
menjawab lajunya seperti hujan yang ditiup
angin,lalu dia datang kepada sesebuah kaum lalu
kaum tersebut menyahut seruan dajjal dan beriman
dengannya sehinggalah Allah mengutuskan nabi Isa
bin Mariam. Nabi Isa akan mengejar sehinggalah
ditangkap di pintu Ludda lalu membunuhnya.
6. .. sehinggalah Allah mengutuskan nabi Isa
bin Mariam..
Berdasarkan ayat dari hadis diatas jelas
menunjukkan munculnya dajjal terlebih dahulu dari
nabi Isa.
7. (3) Turunnya Nabi Isa
Terjadi ketika orang islam bersiap-siap untuk
memerangi dajjal.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
ketika mereka bersiap-siap menghadapi peperangan
dan meluruskan sofuntuk melakukan solat, turunlah
Isa bin Mariam lalu menimami mereka. (Riwayat
Muslim).
8. Kemudian, Nabi Isa menuju ke Baitul maqdis
(tempat dajjal dikepung oleh pasukan muslim)
riwayat Abu Umamah bahawa Rasulullah bersabda
Isa a.s berseru, bukakan pintu! Mereka lalu
membukanya..ketika dajjal memandang Isa a.s,
dia luluh laksana garam mencair di air, lalu
melarikan diri. Isa a.s mengejarnya sampai di
gerbang ludd timur, kemudian membunuhnya dan
Allah mengalahkan Yahudi (sunan Ibn Majjah,
soheh Ibn Huzaimah dan Mustadrak al- Hakim).
9. (4) Kemunculan Al- Mahdi
Sheikh Abdul Aziz Ibn Baz berkata, bahawa Ibn
Kasir berkata dalam kitab Al- Fitan wa al- malahim,
Aku menduga al- Mahdi ada ketika Isa a.s turun.
Hadis diriwayatkan oleh al- Haris Ibn Abi Usamah
menunjukkan perkara ini, lewat ungkapan
pemimpin mereka Al- Mahdi Jadi hadis ini
menunjukkan bahawa al-Mahdi ada ketika Isa Ibn
Mariam turun.
10. Daripada Jabir bin Abdullah di mana dia telah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Sentiasa ada
segolongan daripada umatku yang berjuang atas jalan
kebenaran secara berterus terang sehingga hari
qiamat. Sabdanya lagi : Lalu turunlah nabi Isa bin
Maryam maka berkatalah pemimpin daripada
kalangan mereka (Imam Mahdi) : Silalah
bersembahyang bersama kami sebagai imam. Lalu
sabda Nabi Isa : Tidak! Sesungguhnya di kalangan
kamu menjadi pemimpin sebagai suatu
penghormatan terhadap umat ini.
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
11. (5) Keluarnya Yajuj Wa Majuj
Yajuj dan Majuj adalah dua bangsa yang banyak
jumlahnya. Mereka muncul setelah Isa a.s
menghapuskan dajjal dan telah membuat kerosakan
di muka bumi dan bersifat sombong.
12. Sebuah hadis panjang riwayat an- Nuwwas Ibn
Saman, rasulullah s.a.w bersabda Allah
mengutuskn yajuj dan majuj dari tempat yang
tinggi. kemudian nabi Isa dan sahabatnya
dikepung Nabi Isa dan para sahabatnya berdoa
maka Allah mengirimkan ulat- ulat ke leher yajuj
dan majuj sehinggalah mereka mati sekaligus.
(Riwayat Muslim)
13. (6) Terbit matahari dari sebelah barat
Abdullah bin Amru berkata aku mendengar dari
rasulullah s.a.w menceritakan dan aku tidak lupa
mengenainya, aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat
ialah terbitnya matahari di sebalah barat, keluarnya
binatang melata di waktu dhuha
(Riwayat Muslim).
14. (7) Keluarnya Binatang Melata
Keluarnya binatang melata ini ketika kejahatan
bermahajarela dan kerosakan meluas sementara
kebaikan sangat sedikit.
Binatang tersebut dapat bercakap dengan manusia
dan membuat tanda pada manusia untuk
membezakan kafir dan mukmin.
15. Di dalam ayat al-Quran firman Allah S.W.T:
Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman
atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis
binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada
mereka, bahawa manusia telah tidak menyakini
ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.
(An-Naml: 82)
16. (8) Hilangnya Al- Quran dan Orang
Mukmin
Ketika bumi berpenghuni oleh makhluk-makhluk
yang paling jahat dan ketika itulah kiamat berlaku.
Riwayat daripada Abdullah bin Masud bahawa
rasulullah s.a.w bersabda, kiamat tidak terjadi
kecuali atas orang-orang yang paling jahat.
(Riwayat Muslim)
17. Dari Huzaifah bin al-yaman bahawa rasulullah s.a.w
bersabda islam dihapuskan seperti hilangnya warna
baju, sampai tidak diketahui apa itu puasa,apa itu solat,
dan sedekah.
Dalam sahih muslim yang disampaikan dari an-Nawas bi
saman, saat mereka dalam keadaan demikian Allah
mengirimkan angin yang sejuk, melewati angin di
bawah ketiak mereka, mencabut nyawa setiap mukmin
dan muslim, sehingga tinggallah orang-orang jahat yang
bersuka ria seerti keldai. Pada merekalah kiamat
berlaku. (H.R muslim, Ahmad dan al- Hakim)
18. (9) Api yang Menghimpunkan Manusia
Negeri yang menjadi tempat perhimpunan oleh api
itu adalah Syam (Damsyik).
Al-khitabi, ath.thubi,al-qadhi iyadh, al-qurtubi, ibn
kathir dan ibn hajar berpendapat bahawa
perhimpunan ini terjadi di akhit umur dunia, ketika
api dibangkitkan dari kawah Aden, dan manusia
dihimpunkan ke negeri Syam.
19. Umar Radhiyallahu anhuma meriwayatkan,
beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda, Akan keluar api dari Hadramaut
atau laut Hadramaut sebelum hari Kiamat yang
akan menggiring manusia.
(Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmidzi)
20. (10) Tiupan sangkakala pertama
Allah memerintahkan kepada Israfil a.s untuk
meniup sangkakala sebagai suatu tiupan yang
mengejutkan.
Tiupan ini merupakan tiupan yang mengejutkan
dan memebinasakan yang didengar oleh setiap
orang, sehingga mereka tidak lagi dapat
memberi wasiat sesuatu dan tidak mampu
kembali kepada keluarga dan orang-orang yang
dikasihinya.
21. dan mereka berkata, bilakah(berlakunya)
janji ini, jika kamu orang yang benar?
mereka tiada menanti, kecuali hanya satu
jeritan sahaja yang akan membinasakan
mereka, selagi mereka bertengkar. Maka
mereka tidak ada kesempatan membuat
wasiat dan tiada pula dapat kembali kepada
keluarga mereka. (Yassin : 48-50)
22. KESIMPULAN
Hari Kiamat pasti terjadi akan tetapi Allah merahsiakan
waktunya. Kepastian terjadinya telah ditetapkan berdasarkan
dalil-dalil al-Quran.
Firman Allah:
Dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada
sebarang syak padanya, dan bahawasanya Allah akan
membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Al-Hajj:7)
23. Rujukan
Dr. Muhammad Said Ramadhan Buthi. (2010).
Kubra Al-Yaqiniaat Al-Kauniyyah : Darul Fikri.
Solahudiin Ashani. (2013). Ensikoprdia Akhirat
Menyingkap Hakikat Kematian, Alam
Barzakh, Mizan, Shirat, Surga dan Neraka.
Selangor : Pustaka Al-Ehsan.
Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabal. (1404 H).
Ishradh As-Saah : Darul Ibnu Al-Jauzi.