Kertas kerja ini merangkum rancangan untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka Belia 1 Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 10 Julai 2011 di Muar, Johor dengan anggaran kos sebanyak RM15,300. Kejohanan ini bertujuan untuk mempromosikan budaya sukan dan perpaduan di kalangan belia.
1 of 7
Downloaded 276 times
More Related Content
Krtas kerja futsal terbuka 1malaysia piala haron hj jaffar 2011
1. KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
CONTOH KERTAS KERJA
Bersempena Bulan Keputeraan DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong
Tarikh
10 hb Julai 2011
Tempat
REAL SOCCER FUTSAL CENTRE JERAM,BAKRI MUAR
Tema
BELIA PEMANGKIN KEGEMILANGAN SUKAN
Anjuran
PERSATUAN BELIA PERPADUAN PERDANA
Dengan Kerjasama
JKKK SG.ABONG MUKIM BANDAR MUAR
KAWASAN RUKUN TETANGGA KKTDI 2,SG.ABONG
KERTAS KERJA
2. KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
BERSEMPENA BULAN KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG
1.0 Tujuan
Kertas Kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari Kementerian
Belia Dan Sukan Negara.
2.0 Objektif
2.1 Objektif perlaksanaan Kejohanan Futsal Terbuka Belia 1 Malaysia 2011
adalah seperti berikut :
2.1.1 Memupuk budaya bersukan dan meningkatkan kesinambungan
mental serta fizika amnya dikalangan para belia;
2.1.2 Sebagai alat bagi membantu membentuk jaringan hubungan
dikalangan belia seluruh negara yang dapat menerapkan nilai-nilai
perpaduan sebagai amalan hidup sehari-harian ;
2.1.3 Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta futsal; dan
2.1.4 Memperkasakan sukan futsal di setiap peringkat negeri ; serta
2.1.5 Mempertahankan gelaran sang juara yang unggul serta mampu mengekalkan
kecemerlangan setiap tahun.
3.0 Kumpulan Sasar
3.1 Belia yang berumur dari 18 hingga 40 tahun yang mempunyai tahap kesihatan
yang baik serta cergas.
4.0 Kaedah perlaksanaan
4.1 Peringkat pertandingan
4.1.1 Kejohanan ini terbuka kepada semua belia di seluruh negara
4.2 Kategori
4.2.1 Satu(1) kategori iaitu kategori lelaki sahaja yang dibuka
4.2.2 Kategori wanita akan dipertandingkan sekiranya
jumlah penyertaan melebihi daripada 20 pasukan.
4.3 Syarat pertandingan
4.3.1 Syarat pertandingan adalah seperti di Lampiran A(Tidak disertakan disini)
4.4 Yuran penyertaan
4.4.1 Setiap pasukan yang bertanding akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00
4.4.2 Kaedah pembayaran yuran penyertaan adalah melalui tunai atau melalui cek berpalang atas
nama PBPP No.Akaun Bank Islam Malaysia :01234567890
4.4.3 Yuran penyertaan hanya akan diterima seminggu sebelum tarikh kejohanan.
3. KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
4.5 Jawatankuasa pelaksana
4.5.1 Jawatankuasa pelaksana program adalah seperti di Lampiran B.
5.0 Tentatif program
5.1 Tarikh penganjuran yang dicadangkan adalah pada 10 Julai 2011
5.2 Lokasi penganjuran Kejohanan adalah di Gelanggang Real Soccer Futsal Centre,Jeram,
Jalan Bakri Muar Johor.
6.0 Angaran kos
6.1 Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM13,000.00 bagi penganjuran ini.
Perincian adalah seperti di Lampiran C
7.0 Rasional program ini
7.1 Keberkesanan program ini akan membantu Negeri Johor amnya, untuk
mendapatkan pelapis baru bagi sukan futsal Negeri.
7.2 Dapat membantu Pejabat Belia Dan Sukan Daerah mendapatkan data maklumat
belia yang menyertai pertandingan ini melalui borang penyertaan.
7.3 Dapat memupuk minat belia dengan sukan futsal dan menjadikannya sebagai
aktiviti lepak yang sihat bersama rakan sebaya.
8.0 Penutup
Dianggarkan kehadiran semasa perasmian adalah seramai seribu ahli belia (1,000).
Ini berdasarkan penyertaan 60 pasukan x 10 = 600 dan Jawatankuasa pengelola serta
kehadiran penyokong dan peminat futsal seramai 400 orang.
Kertas Kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Jabatan Belia Dan
Sukan Negara serta sokongan dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor serta Pejabat
Belia Dan Sukan Daerah Muar.
Disediakan oleh :
..
( QHAIZZAN HAQQIEM )
SETIAUSAHA KEJOHANAN
4. KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
LAMPIRAN B
STRUKTUR ORGANISASI
AHLI JAWATANKUASA INDUK
1)PENAJA RASMI KEJOHANAN : Y.BHG Encik To Chai Meng
02)PENAUNG KEJOHANAN : Y.Bhg Encik Haron bin Haji Jaffar
03)PENASIHAT KEJOHANAN: Haji Ab.Kahar bin Mashuri
04)PENGERUSI KEJOHANAN: Hamizan Bin Maspar
05)NAIB PENGERUSI KEJOHANAN: Zulkifli bin Abd.Ghani
06)SETIAUSAHA KEJOHANAN: QHAIZZAN HAQQIEM
07)SETIAUSAHA KERJA : Mohd Halim bin Abd.Ghani
08)BENDAHARI : Hairol bin Abu Bakar
09)PENYELARAS URUSETIA : Masrizam bin Abd.Ghani
10)PENYELARASAN IT & MULTIMEDIA :Azminizam bin Omar
11)PENYELARAS FOTO & SESI BERGAMBAR: Faizol Haiza bin Abu Bakar
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Perpaduan Perdana
Ahli-ahli Biro Sukan Persatuan Belia Perpaduan Perdana
Ahli Jawatankuasa JKKK Sg.Abong Mukim Bandar
Ahli Jawatankuasa KRT KKTDI2 Sg.Abong
Jumlah Keseluruhan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seramai 50 orang .
5. KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN
PERKARA BUTIRAN JUMLAH
Perbelanjaan Membabitkan Kejohanan Futsal Terbuka Belia 1Malaysia 2011
1) Hadiah
Tempat Pertama - RM1,500 beserta Piala Pusingan + Piala Iringan+
Medal+ Sijil
Tempat Kedua - RM1,000 beserta Piala Iringan +Medal + Sijil
Tempat Ketiga - RM500 + Medal + Sijil
Tempat Keempat - RM250 + Medal + Sijil
Tempat ke5 ~ ke8 - Medal+ Sijil
JUMLAH Wang Tunai - RM3,250
Piala Pusingan
Piala Iringan / Medal RM1,000
Jumlah Keseluruhan - RM4,250
2) Kos Pengendalian Kejohanan
2) Pengadil RM130 x 10 Orang - RM1,300
3) Sewa Gelanggang 1 hari - RM1,500
6. KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
JUMLAH - RM2,800
3) Makanan
a) Jamuan Perasmian ( Pagi )
200 orang x RM3.00 - RM600
b) Makan tengahari
100 orang x RM 5 - RM500
c)Jamuan Majlis Penutup (Malam)
300 orang x RM 10 -RM3,000
JUMLAH PERBELANJAAN - RM4,100
Lain-lain Perbelanjaan
7) Banner 5 x RM100 - RM500
8) Khemah 2 unit x RM200 - RM400
9) Pakaian Urusetia Kejohanan
T-Shirt dan topi 50 orang x RM30 - RM1,500
10) P.A System 1hari - RM500
11) RELA / Keselamatan - RM250
12) Duit Runcit (Urusetia) - RM1,000
7. KERTAS KERJA KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA BELIA 1 MALAYSIA 2011
JUMLAH PERBELANJAAN - RM
4,200
TOTAL KESELURUHAN -
RM 15,300