2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 3 Bunga Raya ( 21 orang )
Masa : 8.00 9.00 pagi
Tema : Hari Kebangsaan
Tajuk : Bunga Raya
3. Standard Kandungan
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa
dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran
3.3.3 Membina dan menulis jawapan
pemahaman berdasarkan soalan yang
bertumpu dengan betul.
4. Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat:
Membina dan menulis jawapan berdasarkan
soalan pemahaman dengan betul.
Membaca petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
5. Aktiviti
Menyanyi lagu Bunga Raya.
Membaca petikan secara individu dan
berkumpulan.
Bersoal jawab.
Menjawab soalan pemahaman.
6. Sistem Bahasa :
Ayat penyata dan Sinonim
EMK :
Menghargai Alam Sekitar, menjana idea dan
Patriotisme.
Penilaian :
Fomatif
BBM :
Lembaran petikan, lembaran kerja, gambar bunga
raya dan seni kata lagu.
7. Refleksi :
Semua murid berjaya menjawab soalan
dengan betul.
* Belum di laksanakan bah
8. BUNGA RAYA
Bunga raya merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia.
Bunga raya dipilih sebagai lambang kebangsaan kerana
bunga ini memang telah dikenali oleh seluruh penduduk
Malaysia.
Bunga raya mempunyai banyak kegunaan terutama
dalam bidang perubatan. Dipercayai bahawa akar daripada
pokok bunga ini boleh menyembuhkan demam. Penyakit kulit
juga boleh disembuhkan dengan menyapukan jus yang
diambil daripada daun dan akarnya.
Pokok bunga raya senang ditanam sama ada di dalam
pasu atau di atas tanah. Bunga ini juga mudah di temui di
Negara kita dan juga mempunyai pelbagai warna. Bunga raya
yang mempunyai lima kelopak dan berwarna merah telah
dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga raya juga
melambangkan kedamaian dan kemakmuran bagi seluruh
rakyat di negara ini.
9. Soalan Pemahaman
1. Bunga apakah yang menjadi lambang kebangsaan?
_________________________________________________.
2. Apakah kegunaan akar pokok bunga raya?
__________________________________________________.
3. Apakah kegunaan Jus daun bunga raya?
___________________________________________________.
4. Berikan satu ciri bunga raya yang dipilih sebagai Bunga
kebangsaan.
____________________________________________________
5 Maksud perkataan kedamaian dalam petikan ialah?
____________________________________________________
10. BUNGA RAYA
Warna merah lambang keberanian
Setiap warga di Malaysia
Bersedia sepanjang masa
Berputih tulang Demi Negara
Warna merah lambang perpaduan
Semua bangsa di Malaysia
Sepakat sehati sejiwa
Rukun Damai Sentiasa
Bunga raya.
Menjadi kebangaan setiap warga di malaysia
5 kelopak lambang rukun negara
Pegangan kita semua
Bunga raya
Bunga Kebangsaan Seluruh warga Malaysia.