1. Kuiz ELM3023 Semester 2 Sesi 2014
20% daripada keseluruhan Kerja Kursus
Kuiz Kursus ELM3023E Semester 2 Sesi 2014
Nama:____________________________ Angka Giliran:______________
Kumpulan:________________________
Markah: /20
Arahan: Sila jawab kesemua soalan Bahagian A pada Jadual Jawapan Objektif yang
disediakan pada halaman keempat kertas soalan ini. Bagi jawapan untuk Bahagian B,
sila jawab pada ruangan yang disediakan.
Bahagian A (10 %)
Soalan Objektif
1. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk menguasai
kemahiran tertentu seperti
A kemahiran berniaga
B kemahiran penyelesaian konflik
C kemahiran seni mempertahankan diri
D kemahiran membentuk sebuah negara
2. Salah satu objektif utama yang terdapat dalam Kurikulum Pendidikan
Moral adalah bagi membolehkan murid
A menjadi lebih berdisiplin
B mahir dalam proses sosialisasi
C mengetahui peraturan boleh wujud dengan sendirinya
D memahami dan menghayati nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia
3. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam
melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, rohani, intelek dan
sosial. Antara prinsip tersebut adalah
A bersemangat satu Malaysia
B sentiasa menghormati hak orang lain
C menerapkan nilai keprihatinan kepada alam sekitar
D bersemangat patriotik, hormati hak asasi manusia, bertanggungjawab
kepada diri, keluarga, orang lain dan alam sekitar
4. Pendidikan Moral adalah satu program yang mendidik murid supaya
menjadi insan yang bermoral dengan menekankan aspek perkembangan
I. pemikiran moral
II. perasaan moral
III. penjagaan alam
IV. tingkah laku moral
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV sahaja
2. Kuiz ELM3023 Semester 2 Sesi 2014
20% daripada keseluruhan Kerja Kursus
5. Tujuan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral disediakan adalah
untuk
A membantu murid belajar Pendidikan Moral
B memudahkan guru mengisi laporan prestasi murid
C menjadi bahan rujukan murid di Pusat Sumber sekolah
D membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan
pengajaran yang sesuai denga kematangan murid.
6. Antara teknik-teknik yang paling sesuai bagi melaksanakan Pendekatan
Analisis Nilai adalah
A lakonan, permainan dan nyanyian
B perbincangan, forum, kajian kes dan perbahasan
C bercerita, lakonan, permainan, menyoal dan nyanyian
D main peranan, permainan, perbincangan dan simulasi
7. Kaedah main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah
yang dianggap penting.Tindakan atau lakonan tersebut perlu
A menggambarkan perasaan dan nilai yang terlibat atau berkaitan
B menyerupai keadaan sebenar yang sepenuhnya dalam kehidupan
C menambah kefasihan dan keyakina dalam diri di dalam menghayati
situasi
D merangsang interaksi verbal murid di dalam memainkan peranan
dalam sesi lakonan diberikan
8. Semasa pengajaran Pendidikan Moral tahun lima, Cikgu Lim memberi
arahan supaya murid-muridnya membaca dan meneliti sekeping surat
kiriman, seterusnya beliau menggalakkan semua murid mengemukakan
idea mereka tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam isi kandungan
surat tersebut.
Apakah kaedah yang digunakan oleh Cikgu Lim dalam situasi diatas
A Simulasi
B Perbincangan
C Sumbang saran
D Soal jawab dua hala
9. Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik dalam
pengajaran Pendidikan Moral adalah berdasarkan hasil pembelajaran
yang ditentukan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A hasil pembelajaran yang perlu dicapai dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran
B pendekatan bersepadu yang digunakan oleh guru semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran
C strategi yang diambil oleh guru untuk memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran
D aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru
dan murid untuk mencapai hasil pembelajaran
3. Kuiz ELM3023 Semester 2 Sesi 2014
20% daripada keseluruhan Kerja Kursus
10. Dalam aktiviti perbincangan, guru bertindak sebagai fasilitator untuk
A memberikan pendapat yang sebanyak-banyaknya
B menjadi ahli yang aktif dalam perbincangan yang dijalankan
C menyokong setiap jawapan ahli kumpulan dalam perbincangan
D memulakan dan memimpin topik yang dibincangkandi dalam
perbincangan yang dijalankan.
Bahagian B (10 %)
Soalan Subjektif (Menyenarai dan menyatakan secara ringkas sahaja)
1. a. Senaraikan tiga contoh objektif eksplisit (dapat dinilai dan nyata) dalam hasil
pembelajaran harian
(i)___________________________________________________
___________________________________________________
(ii)___________________________________________________
___________________________________________________
(iii)___________________________________________________
___________________________________________________
[3 markah]
1. b. Senaraikan dua contoh objektif implisit (dalaman) dalam hasil
pembelajaran harian
(i)___________________________________________________
___________________________________________________
(ii)___________________________________________________
___________________________________________________
[2 markah]
2. a. Nyatakan tiga garis panduan dalam kemahiran bercerita
(i) ____________________________________________________
____________________________________________________
(ii) ____________________________________________________
____________________________________________________
4. Kuiz ELM3023 Semester 2 Sesi 2014
20% daripada keseluruhan Kerja Kursus
(iii) ____________________________________________________
_____________________________________________________
[3 markah]
2. b. Nyatakan dua kebaikan bercerita terhadap murid-murid
(i) ____________________________________________________
____________________________________________________
(ii) ____________________________________________________
____________________________________________________
[2 markah]
WKWY/mri
Jadual Jawapan Objektif (Bahagian A)
Bil Jawapan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10