Masyarakat Orang Asli umumnya mempercayai animisme, di mana setiap benda hidup memiliki roh. Mereka percaya dunia dihuni oleh berbagai dewa dan makhluk gaib yang memiliki kekuasaan. Dewa tertinggi adalah Tok Pendin yang menciptakan alam semesta. Masyarakat memiliki aturan pantang untuk menghindari hukuman dari dewa, seperti larangan membunuh binatang buas atau memaku rumah sembarangan.
1 of 6
Downloaded 13 times
More Related Content
Kuliah 10-native
1. Kepercayaan Animisme
Secara umum masyarakat Orang Asli masih
mengamalkan Animisme, suatu amalan yang
menyatakan setiap benda hidup atau makhluk
mempunyai roh tersendiri.
Kebanyakan suku Negrito mengamalkan animisme
dan percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa dan
makhluk yang mempunyai kuasa dan dikenali sebagai
Orang Hidup kerana tidak akan mati dan sentiasa
mendiami dunia ini sampai bila- bila.Ini berbeza
dengan manusia biasa yang akan mati kelak.
Orang Hidup yang paling berkuasa dan mampu
melakukan apa-apa sahaja ialah
Tok Pendin yang menjadikan alam ini, termasuk alam,
binatang, gunung ganang dan tumbuh-tumbuhan.
2. Negrito percaya dewa-dewa seperti Chinoi dan
Halak sentiasa menjaga kebajikan manusia
supaya tidak melakukan kesalahan yang
terkeluar daripada norma-norma kemanusiaan.
Tok Pendin mempunyai seorang pembantu
bernama Karei yang mempunyai peranan yang
paling penting kerana lebih ramai orang di
kalangan Orang Asli yang mempercayainya.
Karei telah menggalurkan beberapa adat dan
pantang larang untuk dijadikan panduan mereka
dan kan menurunkan beberapa bencana
sebagai balasan masyarakat yang
menyalahinya- hujan lebat, ribut, hariamau atau
binatang-binatang liar yang lain.
3. Suku kaum Senoi mempunyai seorang
dewata yang maha kuasa. Dewata ini
bermacam-macam bentuk. Empat dewata
utama ; tiap-tiap nama berkaitan
dengan satu bidang kuasa:
Engku
Karei
Hilok
Hiwoh
Dewata-dewata ini mempunyai kuasa dan
berlaku adil.Sesiapa yang melanggar adat
akan dihukum dengan kecelakaan manakala
yang baik akan dibalas dengan kebaikan juga.
4. Senoi juga percaya dengan kewujudan jin-jin yang
nerperanan penting dalam menjaga kehidupan mereka.
Suku Melayu Asli ramai yang menganuti Islam -85%.
Ada sebilangan yang masih mengamalkan animisme
dan juga mempercayai wujudnya hantu, dewa-dewa dan
roh yang mendiami dunia ini. Oleh itu suku Melayu Asli
mempunyai beberapa peraturan untuk menghindari diri
dari melakukan kesalahan seperti pembunuhan atau
sebagainya kerana mereka percaya setiap kesalahan
akan dibalas Tuhan dengan kecelakaan.
Secara umum boleh dikatakan tiap-tiap kumpulan Orang
Asli mempunyai sistem kepercayaan yang hampir
sama.Mereka menganggap kepercayaan sebagai satu
peraturan yang membataskan mereka dari melakukan
kejahatan dan tidak boleh melakukan kesalahan diluar
norma-norma kemanusiaan dan masyarakat.
5. Taboo/ Pantang Larang(Nilai Moral)
1. Tidak dibenarkan memaku dinding rumah
sesuka hati
2. Tidak dibenarkan membunuh binatang buas di
dalam hutan kerana binatang ini dikatakan
mempunyai perasaan dan akibtnya binatang
sejenis yang tinggal boleh datang dan
membalas dendam
3. Sekiranya telah melakukan kesalahan dan
melanggar perintah dewa hendaklah
mengambil darah dari tulang kaki kiri dan
mempersembahkan kepada dewa untuk
mengelakkan kemarahan dewa.
6. Taboo/ Pantang Larang(Nilai Moral)
1. Tidak dibenarkan memaku dinding rumah
sesuka hati
2. Tidak dibenarkan membunuh binatang buas di
dalam hutan kerana binatang ini dikatakan
mempunyai perasaan dan akibtnya binatang
sejenis yang tinggal boleh datang dan
membalas dendam
3. Sekiranya telah melakukan kesalahan dan
melanggar perintah dewa hendaklah
mengambil darah dari tulang kaki kiri dan
mempersembahkan kepada dewa untuk
mengelakkan kemarahan dewa.