Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya terus belajar bagi seorang pemimpin. Pemimpin sejati adalah orang yang senantiasa belajar untuk meningkatkan diri. Usaha memperbaiki diri merupakan perjalanan panjang tanpa akhir. Kekalahan kadang-kadang hanyalah awal dari keberhasilan baru.
1 of 12
Download to read offline
More Related Content
Kuliah Maghrib
1. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
PERANCANGAN STRATEGIC
30 Mei 1 Jun 2014
Thisle, Port Dickson
Mumin Profesional
Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh
27 Mei 2014
3. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
Singgahlah Di Taman Syurga
愕惡 悋ル 抂忰悋惘忰悋惘
悋悖抂悵悋悋悄悋悵悋悒忰悋愕惠 抂悴悋 愕忰悋愕悋忰愕 悋ル悵悋悒慍悋愆悋
慍悋愆悋惺惘 悋ル悵悋悋悄悋悵悋 悋惠悖惺悋惠 抂悴惘惆 悋ル 悋惡惺惠
リ惘悽鏨靭』¥款(11)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi
lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu.
Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa
darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa
yang kamu lakukan. (al-Mujadilah : 11)
4. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
Singgahlah Di Taman Syurga
惘 悋悄悋悽惘悵忰悋悧悋 悋惆 愕悋悴悋悄悄悋悋惠抂 悖ル惡 惘悸忰惘悴悋惘 ル悸
悋悒惺悋悵悋 惺悵悋惠愕惡抂惡悖悋悋悖惘悵惠鏨靭鏨
Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada
waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat
serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya):
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang
tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil
pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar : 9)
5. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
Singgahlah Di Taman Syurga
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani, Rasulullah
bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di
situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah,
apa taman surga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu."
Dalam hadits lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah
majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok; dimana yang pertama
sedang berzikir, sementara yang kedua sedang mempelajari ilmu.
Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik.
Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok
kedua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah
membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian Baginda memilih
duduk bersama kelompok majlis ilmu.
6. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
When You Stop Learning, You Stop Leading
Apabila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin.
Setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada
diri kita sendiri.
Leaders are learners!
Pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.
Tidak ada noktah dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik.
Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung.
Sering kali penghujung suatu jalan, membuka satu jalan lain yang
lebih luas.
What sometimes appears to be the end is really a new beginning.
7. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
BERJAYA, CELAKA ATAU TERPEDAYA?
Dalam hidup, kadangkala sesuatu yang kelihatan seperti satu pengakhiran
atau penghujung sebenarnya adalah satu permulaan yang baru! Berbanding
malaikat yang secara tabiinya baik dan kebaikannya statik, manusia pula
sebaliknya mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa
dinamik.
Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (destiny) tetapi satu kembara
(journey) yang berterusan. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan
perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long
breath war). Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih
baik atau sebaliknya. Jika kita tidak menaik, kita pasti sedang menurun.
8. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
JANGAN BIARKAN INGIN MENJADI DINGIN
Kata hukama: Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik
daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama
seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih
buruk daripada semalam.
Kita di golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita
untuk memilihnya. Justeru, sudikanlah buku ini sebagai panduan untuk
membuat pilihan dan tindakan. Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu
hati kita untuk mencari dan mendapatkan kekuatan dengan membacanya.
Amin.
9. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
Cont.
Keinginan untuk menjadi lebih kuat adalah satu modal besar. Tanpa
keinginan walau mempunyai bakat, minat dan kecerdasan yang hebat pun
tidak akan membawa kita ke mana-mana. Jadi, jangan biarkan ingin
menjadi dingin. Fikirkan tentang kuasa keinginan itu berdasarkan kata-
kata ini:
Its not how good you are, its how good you want to be. soalnya bukan
sejauh mana kebaikan awak tetapi sejauh mana keinginan awak untuk
menjadi baik.
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan
seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"
10. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
Cont.
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana
semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang
akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus.
Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi
bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.
Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum
kamu selesaikan.
11. FACULTY OF BUSINESS
Nurturing professionals with high moral and ethical values.
Cont.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian.
Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat
bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk
turun ke bawah.
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk
mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap
setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak
semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.