Dokumen tersebut membahas tentang pengurusan seni muzik dalam Islam, lagu dan muzik yang dibolehkan, serta perkara-perkara yang menyebabkan nyanyian diharamkan menurut syariat Islam. Secara umum, muzik dibolehkan asalkan memenuhi syarat-syarat tertentu seperti tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama.
1 of 10
Downloaded 16 times
More Related Content
Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat
1. DEFINISI
Pengurusan: Perihal kerja mengurus sesuatu.
Seni: Karya(sajak,lukisan,muzik,dll) yang dicipta dengan bakat
(kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Muzik: Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama
yang indah serta menyenangkan,bunyi-bunyian.
Kesimpulannya, pengurusan seni muzik dalam Islam bermaksud
perihal mengurus sesuatu karya berteraskan bunyi-bunyian
berdasarkan hukum yang telah ditetapkan oleh syarak.
2. LAGU DAN MUZIK YANG
DIBOLEHKAN OLEH SYARIAT
* Di antara toleransi syariat Islam kepada penganutnya adalah pertimbangan terhadap
kelemahan yang terdapat pada manusia.
* Sebagai contoh : Bangkai, darah dan babi diharamkan secara mutlak, TETAPI Islam
membolehkannya apabila dalam keadan darurat.
* Surah An-Nahl ayat 115, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai,
darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama
selain Allah. Tetapi, barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan
tidak menganaiya dan tidak pula melampaui batas, sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
* Setelah secara mutlak syariat mengharamkan bangkai, darah, daging babi dan
binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah, syariat Islam membolehkan orang
yang terpaksa memakannya sekadar untuk mempertahankan hidupnya tanpa melampaui
batas.
3. * Begitu juga Islam melarang seseorang mengucapkan lafaz kekafiran
dengan lafaz apapun dalam sebarang bentuk, tetapi membolehkan
seseorang mukmin yang dipaksa dengan syarat lafaz kekafiran yang
diucapkannya secara terpaksa itu tidak datang dari hati.
* Puasa diwajibkan oleh Islam kepada setiap mukmin, TETAPI sekalipun
demikian, syariat Islam mempertimbangkan faktor kelemahan yang ada
pada setiap mukmin. Maka, dibolehkan berbuka bagi orang yang dalam
perjalanan (musafir) atau sakit dengan syarat menggantikannya di hari lain
setelah hilang uzur tersebut.
* Berdasarkan kaedah-kaedah dan prinsip umum dalam syariat Islam
inilah hukum muzik dan nyanyian ditetapkan.
* Nas-nas dari al-Quran dan as-Sunnah secara umumnya mengharamkan
muzik kerana menurut dasarnya, perbuatan ini akan memalingkan
manusia dari jalan Allah, menjauhkan setiap mukmin dari kebenaran dan
menyeretnya kepada hal-hal yang tidak patut baginya.
* Berdasarkan hal inilah, Imam Hanafi, Imam Syafie, Imam Hambali dan
Imam Maliki menetapkan hukum fasik dan bodoh bagi para penyanyi dan
pendengarnya.
4. * Sedangkan para penganut Islam adalah umat pilihan Allah yang
diamanahkan untuk berdakwah tentang kebenaran, mensyiarkannya,
menegakkan keadilan di muka bumi, meninggikan panji-panji Islam dan
menyebarkan prinsip-prinsipnya kepada segenap umat manusia.
* Allah telah berfirman dalam surah Al-Haj ayat ke 78 yang bermaksud:
"Dia (Allah) telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan
untuk kamu dalam agama ini suatu kesempitan."
* Oleh itu, pada satu bahagian syariat mengharamkan muzik dan nyanyian,
tetapi pada satu bahagian lain telah memberikan keringanan mengenai
masalah ini dalam keadaan tertentu, iaitu dibolehkan TETAPI dengan
beberapa syarat tertentu.
* Antaranya ialah:
1. Kandungan nyanyian itu hendaklah selari dengan akhlak yang diajar oleh
syariat Islam. Oleh itu, lirik-lirik yang menyalahi ajaran Islam tidak
diharuskan.
5. 2. Cara penyampaian juga perlu diberi perhatian. Ini kerana ada ketikanya
kandungan ataupun isi sesebuah lagu tidak terdapat langsung unsur-unsur
keji dan salah, tetapi cara penyanyi menyampaikan lagu tersebut adalah
salah.
3. Hendaklah dipastikan nyanyian itu tidak disetai dengan perkara-perkara
haram spt meminum arak, berhias-hias secara melampau ataupun
berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebarang
batas dan sempadan.
4. Hendaklah tidak keterlaluan dalam berhibur dengannya.
* Imam al-Ghazali walaupun menyokong pendapat yang mengharuskan,
namun beliau telah menggariskan beberapa perkara yang menggambarkan
tentang kesederhanaan syariah Islamiah serta menunjukkan kesempurnaan
& kesesuaian Islam untuk semua zaman & keadaan.
* Pendapatnya ini tidak terikat dengan mana2 mazhab, TETAPI pendapat
seorang mujtahid yang melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut.
6. PERKARA YANG MENYEBABKAN
NYANYIAN DIHARAMKAN
Jika pendengar adalah seorang lelaki, manakala penyanyi adalah
seorang wanita yang bukan muhrimnya dan ditakuti dengan
mendengar nyanyian tersebut ia akan menimbilkan fitnah. Jadi
pengharaman di sini disebabkan fitnah yang akan timbul bukannya
disebabkan oleh nyanyian tersebut.
Jika alat yang digunakan merupakan simbol kumpulan peminum arak
ataupun golongan pondan seperti seruling(alat muzik yang ditiup), alat
muzik yang bertali dan tabla yang berkubah.Inilah tiga jenis alat muzik
yang ditegah. Alat-alat muzik selain daripada tiga jenis alat muzik
yang disebutkan ini, tetap kekal dalam hukum asalnya iaitu harus. Ini
adalah seperti kompang walaupun mempunyai loceng, rebana,alat-
alat muzik yang diketuk dengan kayu dan seumpamanya.
7. PERKARA YANG MENYEBABKAN
NYANYIAN DIHARAMKAN
Jika terdapat perkataan yang keji,menghina serta pendustaan ke
atas Allah dan Rasul-Nya ataupun menghina para sahabat dalam
seni kata lagu tersebut.
Mendengar seni kata tersebut merupakan satu keharaman sama
ada ia menggunakan alat muzik ataupun tidak.Ini kerana orang
yang mendengar dikira bersubahat dengan orang yang berkata.
Begitu juga dengan nyanyian yang menggambarkan diri seorang
perempuan tertentu.
Sekiranya pendengar merupakan seorang yang tidak dapat
mengawal nafsu syahwatnya dan ini mungkin terjadi kepada
seseorang yang berada di peringkat remaja, kerana pada
kebiasaannya diri mereka dikuasai oleh keghairahan syahwat.Oleh
itu mereka tidak boleh mendengar nyanyian yang menyifatkan
tentang raut wajah dan pipi seorang perempuan ataupun nyanyian
yang menceritakan tentang pertemuan dan perpisahan dikhuatiri
nafsu syahwat mendorong kepada melakukan perkara-perkara keji.
8. PERKARA YANG MENYEBABKAN
NYANYIAN DIHARAMKAN
Sekiranya nyanyian menjadi kebiasaan dan adatnya, sehingga
menghabiskan banyak masanya dengan nyanyian. Ini kerana
berterusan dalam hiburan merupakan suatu jenayah seperti juga
berterusan dalam dosa kecil membawa kepada dosa besar dan
melazimi atau berterusan dalam sesetengah perkara yang
diharuskan membawa kepada dosa kecil.Setiap sesuatu yang
diharuskan tidak bererti ia juga diharuskan apabila berlebih-lebih
dalam menggunakannya, tetapi apabila berlebih-lebihan ia
menjadi haram.
9. KESIMPULAN
Penggunaan muzik dalam kehidupan manusia merupakan
satu tabiI dan kita tidak mendapati bahawa agama
menghalangnya.
Ia juga mengganbungkan aspek rohani & jasmani di
samping mengandungi nilai keimanan yang terserlah
apabila seni katanya dipenuhi dengan menyebut nama
ALLAH, doa-doa, berselawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad dan sebagainya.
10. KESIMPULAN
Penggunaan muzik dalam kehidupan manusia merupakan
satu tabiI dan kita tidak mendapati bahawa agama
menghalangnya.
Ia juga mengganbungkan aspek rohani & jasmani di
samping mengandungi nilai keimanan yang terserlah
apabila seni katanya dipenuhi dengan menyebut nama
ALLAH, doa-doa, berselawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad dan sebagainya.