Program latihan keselamatan kebakaran di Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bertujuan melatih pelajar menghadapi kebakaran. Pelajar mengikuti ceramah, lawatan ke makmal dan bahagian jabatan, serta aktiviti praktikal seperti bekerja dalam gelap dan memadam api. Mereka belajar teknik menyelamatkan diri dan membantu mangsa kebakaran.
Convert to study guideBETA
Transform any presentation into a summarized study guide, highlighting the most important points and key insights.
1 of 17
Download to read offline
More Related Content
Laporan amali pendidikan keselamatan r
1. LAPORAN AMALI PENDIDIKAN KESELAMATAN
TARIKH :12 JANUARI 2011
MASA : 8.00 PAGI 5.00 PETANG
TEMPAT :JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG,JALAN PERUSAHAAN,13600 PERAI PULAU PINANG
TUJUAN
Program ini bertujuan melatih pelajar mengahadapi situasi kebakaran sebenar.
PROSEDUR
Beberapa hari sebelum menjalankan program ini, Puan Rohaya selaku pensyarah bimbingan subjek ini mengadakan perjumpaan dengan semua pelatih guru yang terlibat. Perlatikan ahli jawatankuasa telah diadakan pada perjumpaan tersebut. Mohd Safran telah dilantik menjadi pengerusi program manakala Siti Haszirah telah dilantik sebagai naib pengerusi program. Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa pengangkutan. Puan Rohaya juga telah memberi penerangan tentang tugas masing-masing untuk memastikan kelancaran program. Saya telah berjumpa dengan En. Fadzil untuk menguruskan pengangkutan ke tempat tersebut. Beberapa hari kemudian permohonan bas telah diluluskan.
Segala keperluan program telah diuruskan dengan lancar. Kami berkumpul di hadapan kantin sebelum bertolak dan bas bergerak menuju ke balai bomba tepat jam lapan pagi. Perjalanan memakan masa selama setengah jam. Kami telah di jemput oleh pegawai bomba dan telah diberi taklimat program.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 1 SUASANA DI ATAS BAS
Rajah SEQ Rajah ARABIC 2 BERBARIS KE DEWAN
AKTIVITI
Ceramah pengenalan dan peranan jabatan bomba dan penyelamat malaysia
Ceramah berkenaan organisasi bahagaian bomba dan penyelamat telah diberikan oleh PKPgB Roslan Bin Hasnan. Beliau juga telah menerangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggujawab pegawai bomba. Selaian itu beliau menerangkan pencegahan dan keselamatan kebakaran dan akta bomba. Ceramah tersebut telah memakan masa selama satu jam setengah. Kami diberikan masa selama setengah jam rehat sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 3 SESI CERAMAH
Rajah SEQ Rajah ARABIC 4 SESI BERTANYA SOALAN
Rajah SEQ Rajah ARABIC 5 REHAT SEBELUM MENERUSKAN AKTIVITI
Lawatan ke bahagian/balai
Makmal penyiasatan
Kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Aktiviti seterusnya berjalan mengikut kumpulan masing-masing. Pada mulanya saya dan ahli kumpulan telah dibawa ke makmal penyiasatan. Terdapat lapan peralatan yang canggih dan mahal digunakan untuk menyelidik dan mengkaji punca dan pencetus kebakaran. Terdapat tiga orang pegawai yang ditugaskan di bahagian tersebut. Dua orang daripadanya pula adalah dari jabatan kimia yang dipinjam untuk membantu jabatan bomba. Penerangan yang lebih lanjut tentang alatan yang digunakan telah diberikan oleh Puan Shukriah binti Saad. Penyiasatan yang dibuat untuk menentukan punca kebakaran memakan masa yang agak lama dan rumit.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 6 BAHAN BUKTI KEBAKARAN
Rajah SEQ Rajah ARABIC 7 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEANALISI BUKTI
Rajah SEQ Rajah ARABIC 8 PERALATAN MAKMAL
Bahagian dakwaan dan elektrik
Selepas itu kami telah dibawa ke bahagian dakwaan. Bahagian ini berhubung dengan undang-undang. Sebarang bukti yang berkaitan dengan kebakaran akan dihantar ke makhamah setelah siasatan dilakukan. Kami juga telah dibawa ke bahagian elektrik. Bahagian ini menggunakan teleskop untuk menyiasat punca kebakaran. Bukti punca kebakaran yang berkaitan dengan elektrik akan dikumpul disini dan disiasat. Bukti kebakaran akan ditunjukkan di dalam komputer dan pegawai bomba akan mengenalpasti punca kebakaran tersebut.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 9 BAHAGIAN PENYIASATAN
Rajah SEQ Rajah ARABIC 10 BUKTI PUNCA KEBAKARAN
BBP Perai(jentera bomba)
Kami juga telah dibawa melihat jentera bomba yang digunakan oleh ahli bomba. Terdapat pelbagai peralatan yang digunakan oleh ahli bomba seperti hos,tangga dan tali. Pegawai bomba menerangkan fungsi alatan tersebut.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 11 BERGAMBAR DI HADAPAN JENTERA
Rajah SEQ Rajah ARABIC 12 PERALATAN KETIKA KEBAKARAN BERLAKU
Pusat kawalan
Kami juga telah dibawa ke pusat kawalan oleh PgKB Aazelan. Di sini adalah jantung kepada balai bomba. Sebarang maklumat kecemasan akan dihantar ke pusat kawalan. Pusat kawalan pula akan mengadakan pengumuman kepada ahli bomba. Pegawai bomba telah menerangkan bagaimanakah untuk mengenal panggilan palsu melalui lenggok suara. Menurut beliau jentera bomba akan di hantar juga ke tempat kejadian untuk memastikan panggilan yang di buat adalah betul-betul palsu. Terdapat juga pelbagai maklumat yang berkaitan dengan kilang di simpan di pusat kawalan.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 13 PUSAT KAWALAN
Praktikal
Selepas itu kami mengadakan praktikal bekerja di tempat cerah mata di tutup , bekerja di tempat gelap mata terbuka dan OIFF selama satu jam. Pada mulanya kami di beri mask yang di tutup pada bahagian mata. Kami di bawa ke satu tempat yang di sediakan tali sebagai petunjuk arah. Kami bergerak berpandukan tali tersebut. Terdapat beberapa simpulan tali yang menandakan arah masuk atau arah keluar. Terdapat pelbagai halangan sepanjang laluan. Kami terpaksa masuk ke celah palang dan celah-celah kerusi untuk meneruskan perjalanan. Kami disuruh menggunakan anggota badan seperti tangan dan kaki untuk memastikan keaadaan sekitar selamat.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 14 TEMPAT AMALI DILAKSANAKAN
Rajah SEQ Rajah ARABIC 15 AMALI BEKERJA DI TEMPAT CERAH MATA TERTUTUP
Rajah SEQ Rajah ARABIC 16 KERJASAMA DIANTARA RAKAN ADALAH PENTING
Selepas aktiviti tersebut kami dibenarkan untuk rehat selama satu jam. Aktiviti yang seterusnya ialah memasuki bangunan yang rekaan dalamannya sempit dan gelap. Pada mulanya kami di suruh memasuki bangunan tersebut dalam keaadaan cerah. Selepas itu kami disuruh memasuki sekali lagi bangunan tersebut dalam keaadaan gelap. Laluan untuk keluar bangunan tersebut agak sukar. Kami terpaksa merangkak dan mencari arah yang betul untuk keluar. Terdapat juga laluan yang mempunyai lubang ditutup. Ahli yang berapda paling hadapan akan membuka pintu lubang tersebut dan terjun ke dalam lubang tersebut untuk meneruskan perjalanan keluar. Ahli-ahli yang lain pula akan mengikuti perbuatan tersebut dan ahli yang berada paling belakang pula akan menutup semula pintu lubang tersebut untuk mengelakkan kecederaan pada ahli kumpulan lain. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara ahli kumpulan. Ahli kumpulan perlu berkomunikasi untuk berjaya ke pintu keluar bangunan tersebut.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 17 AMALI BEKERJA DI TEMPAT GELAP MATA TERBUKA
Aktiviti seterusnya adalah memadam kebakaran dan menyelamat. Kami di bawa ke bahagian latihan kebakaran. Terdapat bangunan yang digunakan oleh ahli bomba untuk berlatih memadamkan kebakaran. Jurulatih bomba menunjukkan cara untuk memadamkan kebakaran. kami diminta untuk mencuba proses memadamkan kebakaran. Sebelum memulakan aktiviti tersebut kami dikehendaki memakai uniform lengkap iaitu baju dan seluar kalis api, but dan sarung tangan sebagai langkah keselamatan. Proses memadamkan api dimulakan dengan mengukur darjah kepanasan. Pegawai bomba menggunakan perkataan tem check sebagai simbol untuk mengukur darjah kepanasan. selepas itu baharulah pegawai bomba akan memadamkan api sedikit demi sedikit.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 18 MEMADAM API
Rajah SEQ Rajah ARABIC 19 CARA YANG BETUL
Rajah SEQ Rajah ARABIC 20 DEMO MENYELAMATKAN MANGSA
Aktiviti pada hari itu di akhiri dengan dengan rumusan dan program penutupan oleh PgKB II Khiruddin Bin Saip.
Rajah SEQ Rajah ARABIC 21MAJLIS PENUTUPAN
Carta alir atau garis panduan ketika berlakunya kebakaran
Menutup pintuPintu yang terbuka akan mempercepatkan api, asap dan haba merebak ke dalam bilik. Digalakkan untuk menutup pintu ketika tidur agar mempunyai lebih masa untuk menyelamatkan diri.
Rasai kepanasan pintu sebelum di bukaSemasa membuka pinu di ruang yang terbakar, kita akan terdedah kepada bahaya haba, asap dan lidah api yang boleh mencederakan. Jika terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran,sebelum membuka pintu hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Jika terasa panas jangan buka dan carilah jalan alternatif. Sekiranya daun pintu tidak panas, kita hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang biasanya memenuhi bahagian atas ruang. Jika haba dan asap mula memasuki bilik,tutup pintu rapat-rapat dan tutup semua ruang atau lubang dibawah pintu dengan menggunakan tuala,cadar,selimut dan apa sahaja yang terdapat dalam bilik tersebut.
Menyelamatkan diri melalui tingkapSekiranya laluan utama terhalang oleh api dan asap, anda boleh berusaha menyelamatkan diri melalui tingkap. Sebelum membuka tingkap, pastikan pintu bilik tertutup rapat bagi api mengelakkan api dari merebak. Sekiranya anda berada di tingkat satu, cuba turun dengan cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan. Keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar melalui tingkap secara membelakangkan. Bergayut seketika pada sisi tingkap dan kemudian terjun. Anak-anak boleh dikeluarkan dengan cara menghulurkan mereka ke bawah sekiranya ada orang membantu. Jika tiada, cuba turunkan anak ke paras bawah sejauh yang mungkin dengan berhati-hati. Namun jangan anda pula terjun dahulu dan meninggalkan anak dengan anggapan mereka akan mengikut anda. Jika mereka enggan terjun tindakan susulan sudah terlewat.
Apakah yang patut di buat sekiranya terperangkap?Sekiranya anda berada di paras melebihi tingkat satu, anda tidak boleh menyelamatkan diri dengan terjun melalui tingkap kecuali turun dengan menggunakan tangga, melalui beranda,pokok, garaj kereta ataupun tunggu sehingga ketibaan anggota bomba untuk menyelamatkan anda. Sekiranya tingkap boleh di buka, cuba buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawah tingkap. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bahagian atas yang telah dibuka.
Merangkap di bawah asapSemasa kebakaran, udara panas dan asap akan memenuhi ruang atas dan gas beracun akan turun ke lantai. Udara yang bersih akan berada di zon selamat untuk bernafas iaitu satu hingga dua kaki dari paras lantai. Udara yang bersih akan berada di zon selamat untuk bernafas iaitu satu hingga dua kaki dari paras lantai. Semasa berusaha menyelamatkan diri,jika laluan utama telah dipenuhi asap, cuba cari laluan lain. Sekiranya tiada pilihan ikut laluan utama dengan cara merangkak dan pastikan kepala berada di paras zon selamat.
Sekiranya pakaian terbakarJika pakaian terbakar, berhenti dan jangan lari supaya tidak memarakkan api. Rebahkan diri, tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling di atas lantai bagi memadamkannya. Jika melihat orang lain terbakar bantulah mereka sekiranya mereka tidak merebahkan diri..
Bantuan kecemasan bagi kecederaan akibat kebakaranTubuh yang melecur akibat kebakaran perlulah di rawat dengan segera. Jangan sapukan minyak urut, kicap atau mentega kerana ini akan memburukkan lagi kecederaan itu.
REFLEKSI
Saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk mengadakan amali di jabatan bomba. Saya merasa sungguh teruja ketika berada di balai bomba kerana terdapat banyak aktiviti dan input yang sungguh berguna kepada saya. Amali di balai bomba ini sempurna dengan bantuan pegawai bomba yang berilmu da berwibawa. Saya telah mempelajari pelbagai perkara baru semasa berada di balai bomba. Perkara yang paling penting yang dapat saya contohi dari pegawai bomba ialah tidak kedekut ilmu dan berkongsi pengentahuan dengan orang lain. Pegawai bomba yang mengiring dan bertindak sebagi fasi kami telah memberi segala macam teknik dan cara untuk menyelamatkan diri sewaktu kebakaran terjadi. Ilmu yang di berikan oleh mereka sudah semesti dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian kelak. Pegawai bomba juga memberitahu punca kebakaran dan bagaimanakah cara untuk memadamkannya. Hal ini menunjukkan bahawa mereka berkongsi ilmu pengentahuan dan kepakaran dengan orang lain. Walaupun ahi bomba mempunyai ilmu pengentuan yang banyak, mereka tidak berlagak atau sombong. Saya sangat menyukai cara ahli bomba mendekati pelatih guru yang terlibat. Mereka tidak bongkak dengan ilmu di dada. Seperti resminya padi semakin berisi semakin tunduk. Begitulah yang boleh saya gambarkan dengan peribadi pegawai bomba. Sebagai bakal guru, kita hendaklah merendah diri dan mesra dengan masyarakat. Saya amat berharap aktiviti seperti dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.