Majlis berbuka puasa dan solat hajat bersama murid, ibu bapa dan guru diadakan untuk memohon kejayaan cemerlang bagi murid UPSR dan mengeratkan silaturahim. Acara termasuk ceramah, berbuka puasa bersama dan solat maghrib, isya' dan tarawih. Kehadiran murid dan ibu bapa kurang memberangsangkan.
1 of 7
Downloaded 59 times
More Related Content
Laporan berbuka puasa solat hajat 2014
1. LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT MURID UPSR
BERSAMA IBUBAPA DAN GURU
ANJURAN:
UNIT BINA INSAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SESI 2014 / 1435 H
TARIKH :
17 JULAI 2014 ( KHAMIS )
19 RAMADHAN 1435 H
TEMPAT :
SK LKTP LURAH BILUT
TEMA :
IBADAH CEMERLANG MURID GEMILANG
1
2. LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT MURID UPSR
BERSAMA IBUBAPA DAN GURU
1. TARIKH: 17 JULAI 2014
2. HARI: KHAMIS
3. TEMPAT: SK LKTP LURAH BILUT
4. ANJURAN: BINA INSAN UNIT & PANITIA AGAMA ISLAM
5. PEGAWAI PERASMI: TIADA
6. PEGAWAI PENYELARAS: USTAZAH FARIDAH BT MUSTAPHA
7. URUSETIA: GPI & j.QAF
8. KEHADIRAN:
PESERTA Pegawai/Penceramah/Fasilitator/Urusetia
L P
KPM
JPN PPD SEK
BPG
SEBENAR 85 99 16
UNJURAN 113 117 32
PERATUS 80 % 50 %
9. TUJUAN PROGRAM/ KURSUS : RUJUK LAMPIRAN 1
10. PENGISIAN PROGRAM : RUJUK LAMPIRAN 2
11. BUTIRAN LAPORAN :
2
3. 11.1 Kekuatan Program
11.1.1 Mengambil peluang kepada semua pihak ibubapa, guru dan murid-murid untuk
sama-sama menyatukan tekad, berdoa memohon kepada Allah SWT agar
kecemerlangan itu menjadi satu realiti.
11.1.2 Membina tautan ukhuwwah yang berkesan dalam hubungan ibubapa
guru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan agar
dengan hubungan itu dapat menjana satu kekuatan dari segala aspek.
11.1.3 Merealitikan konsep Usaha Doa dan Tawakkal.
11.2 Kelemahan Program
a. Ramai murid Tahun 4 tidak hadir
b. Murid datang lewat
c. Hampir sebahagian Ibubapa murid Tahun 6 tidak hadir
11.3 Penambahbaikan
11.3.1 Memastikan promosi dilakukan dengan kerjasam AJK PIBG sekolah supaya kehadiran ke
majlis memberangsangkan.
11.3.2 Murid yang tidak hadir diberikan surat tunjuk sebab ketidakhadiran.
12. Gambar Program/Kursus.
3
6. TUJUAN PROGRAM/ KURSUS
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat diadakan bagi memohon restu Allah
S.W.T. agar murid-murid tahun 6 akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR di samping dapat merapatkan silaturahim dalam kalangan guru dan
ibubapa.
TUJUAN PROGRAM
1. Mengambil peluang kepada semua pihak ibubapa, guru dan murid-murid untuk
sama-sama menyatukan tekad, berdoa memohon kepada Allah SWT agar
kecemerlangan itu menjadi satu realiti.
2. Membina tautan ukhuwwah yang berkesan dalam hubungan ibubapa guru yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan agar dengan hubungan itu
dapat menjana satu kekuatan dari segala aspek.
3. Merealitikan konsep Usaha Doa dan Tawakkal.
LAMPIRAN 2
PENGISIAN PROGRAM
6
7. Unit Bina Insan dan Panitia Agama Islam bagi Tahun 2014 telah mengambil inisiatif
menjalankan program Ceramah Nuzul Quran, Majlis Berbuka Puasa dan juga Solat Hajat
untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Majlis bermula sekitar jam 5.00 petang bertempat di dewan peperiksaan
dengan kehadiran murid Tahun 6 dan murid Tahun 4 dan 5. Majlis ini juga dihadiri oleh
ibubapa/ penjaga murid Tahun 6. Majlis dimulakan dengan Ceramah Nuzul Al-Quran yang
disampaikan oleh Ustaz Junaidi Bin Mohammad dari SJKC Lurah Bilut.
Sejurus Azan Maghrib berkumandang, murid-murid dan hadirin berbuka puasa dengan
kuih muih, sebiji kurma dan sebotol air mineral. Seterusnya hadirin Solat Maghrib
berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Junaidi. Seelepas solat hadirin menjamu selera di
kantin sekolah.
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Solat Isya berjemaah yang diimamkan oleh
Ustaz Fathi, manakala solat Hajat diimamkan oleh Ustaz Asif Pahmi. Seterusnya, hadirin
bersama-sama mendirikan solat Tarawih 8 rakaat sehingga itu sahaja majlis berakhir.
Sekian terima kasih.
7
Disahkan Oleh:
..
PN. ZAINAH BT ABU BAKAR
GURU BESAR,
SK LKTP Lurah Bilut.
Disemak Oleh:
PN. ROSMINA BT KASSIM
GPK HEM,
SK LKTP Lurah Bilut.
Disediakan oleh:
...........................................
ASIF PAHMI BIN MOKHTAR
Setiausaha,
SK LKTP Lurah Bilut.