際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
1
PENGHARGAAN
Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa kerana di
atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan tugasan
laporan ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana tugasan ini bermula
dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar
sepertimana yang diharapkan. Tugasan ini merupakan satu syarat yang
diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil subjek kos MSP 3063
Kuirkulum Pendidikan Seni sesi 2014/2015 sebelum bermulanya peperiksaan
akhir semester 3, 2015.
2
1.0 PENDAHULUAN
Program ESE ART telah berjalan dengan lancar pada 15 oktober hingga 30
Oktober 2015, di Bitara Siswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Penyarah- pensyarah yang turut terlibat dalam anjuran ini adalah kebanyakannya
pensyarah dari jabatan seni dan reka bentuk, iaitu Prof Dr. Zakaria b Mohd Ali,
Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Husain dan Puan Jamilah binti Omar. Juga
tidak lupa,seniman dari luar iaitu prof. Krisnamurti dari Indonesia, yang telah
memberi penerangan mengenai New Art Media dalam karyanya. Program ini
merupakan satu program yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni
Kerjasama Persatuan Alumni Suluh Budiman untuk mewujudkan suasana
pembelajaran melalui motivasi secara langsung.
Pameran ini berfungsi sebagai sarana memotivasikan audien setelah
melihat dan menghayati kaarya seni. Pameran seni dapat dijadikan sebagai ajang
untuk menciptakan pelbagai jenis motivasi yang baik bagi pengunjung mahupun
pencipta karya seni untuk terus lebih aktif dalam berkarya sehingga
menghasilkan kualiti karya seni yang lebih tinggi. Seiring dengan kata-kata Mc.
Donald, motivasi ialah sebuah perubahan tenaga yang ada dalam diri seseorang
yang ditandakan dengan adanya rasa (feeling) dan didahului dengan respon
sebuah destinasi. Pendapat ini disokong oleh G. R. Terry, yang menjelaskan
bahawa motivasi ialah sebuah keinginan yang ada pada diri seseorang yang
merangsangnya untuk melakukan pelbagai tindakan. Oleh yang demikian
pameran Seni Rupa bukan sahaja memberi semangat kepada pengkarya seni
tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk berkarya.
Program pembelajaran yang berasaskan motivasi yang teliti untuk
membantu para mahasiswa/i mengenal dan memahami kemampuan diri mereka
sendiri secara dalam, dan memberi peluang kepada diri mereka untuk lebih
3
terlibat dalam pelbagai aktiviti seni rupa. Selain memperbaiki keyakinan diri
mereka, para mahasiswa/i akan memahami seni sebagai komunikasi serta
memiliki sikap mengaprisiasikan seni secara mendalam melalui kepekaan
pengamatan dan membuat pertimbangan estetika untuk pembangunan manusia.
Mahasiswa/i juga diberi pendedahan bahawa pentingnya bagi pelajar seni itu
untuk mengetahui dan mengaplikasikan konsep asas seni reka dan prinsip rekaan
dalam karya seni. Melalui program sedemikian, mahasiswa/i akan mengetahui
pelbagai jenis karya yang meliputi butiran karya, konsep asas seni reka dan
prinsip rekaan, estetik dalam sesuatu karya, dan kaedah kritikan seni yang
digunakan untuk mengkritik karya seni.
4
2.0 OBJEKTIF
Program motivasi ini dengan suasana yang ceria dan menyeronokkan akan
membantu para peserta membina keyakinan diri mereka serta meningkatkan
prestasi organisasi.
Objektif utama program ini adalah untuk :
1. Mempertingkatkan semangat apresiasi mahasiswa/i melalui karya seni
dalam program Ese Art.
2. Menerokai nilai-nilai estetika yang terdapat dalam karya seni melalui
Program Ese Art.
3. Mengaplikasikan Art Fundamental iaitu konsep asas seni reka dan prinsip
rekaan dalam membuat kritikan karya seni.
4. Menggalakkan mahasiswa/i untuk mengkritik seni melalui strategi kritikan
seni deskripsi, analisis, interprestasi dan pertimbangan.
5. Kajian ini adalah bagi memenuhi syarat separa lulus bagi subjek kos MSP
3092 Seni dan Pendidikan.
5
3. 0 KAEDAH KAJIAN
 KAJIAN PEMERHATIAN
Pengkaji telah membuat tinjauan karya- karya seni di Bitara Siswa ,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, untuk melihat, menghayati dan merasa
sendiri butiran karya yang telah dipamerkan.
 KAJIAN BUKU
Kaedah kajian ini digunakan untuk merujuk buku- buku katalog yang
telah diberi sebelum masuk ke dewan pameran, agar membantu pengkaji
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
 SESI ART TALK
Pengkaji juga telah mendengar beberapa ucapan ataupun Art Talk yang
telah disampaikan oleh beberapa pihak yang tertentu. Seperti contoh, Prof
Krisnamurti mengenai New Media Art, Prof. Setiawan Sabana, Prof. Dato
Dr. Ahmad Hj. Zainuddin dan Y.Bhg. Datuk Nolee Ashilin Mohammed .
6
4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN
4.1 Kritikan karya Seni
1. AZHAR BIN AHMAD
Lain Hulu Lain Parang, 2015
Seniman menghasilkan karya Lain Hulu Lain Parang, iaitu sebuah karya
batik yang telah siap pada tahun 2014. Karya ini bersaiz 163cm x 95 cm, iaitu
tinggi 95cm dan lebar 163 cm. Karya ini, secara keseluruhan banyak
menggunakan warna panas, seperti warna merah,warna kuning, warna jingga,
etapi terdapat juga warna sejuk seperti warna biru dibahagian yang dicanting
dan juga pada bahgian kiri karya tersebut. Terdapat juga bentuk- bentuk organik
yang digunakan dalam karya pada bahgian kanan, yang diwarnakan warna
kuning. Juga, dalam karya ini terdapat dua jenis objek flora. Dalam karya ini,
Seniman menggunakan beberpa jenis garisan seperti garisan yang halus, garisan
teba, garisan kasar.
Selain itu, seniman menggunakan beberapa prinsip rekaan seperti
pengulangan, dan ruang, pada karyanya yang abstrak ini. Seperti contoh,
pengulangan dapat dilihat pada bentuk organik yang sama diulang-ulang, objek
bunga yang dihasilkan dalam dua jenis, dan diulang-ulang. Malah, garisan tebal
7
paling jelas kelihatan kerana garisannya juga diulang. Ruang yang digunakan
dalam karya seniman banyak menggunakan ruang bahagian kiri karya
berbanding bahagian kanan karya. Penggunaan kepelbagaian warna pada
bahagian kiri karya lebih memberi kesan kepada ruang dalam karya tersebut.
Pengulangan ini memberi keharmonian terhadap karya.
Lain Hulu Lain Parang , Apa yang hendak disentuh di sini ialah perbezaan
pada zaman dahulu dan sekarang. Pengkarya cuba menyampaikan cara berfikir
dan tingkah laku seseorang yang masih jauh ke belakang. Misalnya, seseorang
itu berfikir dan bertingkah laku menurut zaman ketika seseorang itu berusia 30
atau 40-an, walaupun usianya sudah mencapai 50-an atau 60-an. Maknanya
bukanlah ia awet muda tetapi sebenarnya ketinggalan zaman. Karya ini memberi
masej melalui cara seniman menghasilkannya, jeles kelihatan bahawa pada
karya bahagian kiri menunjukkan dunia moden iaitu pada zaman sekarang yang
mempunyai pelbagai budaya ( trend sekarang) atau kemajuan yang telah
diaplikasikan, yang kadangkala dilupa oleh golongan kini. Pengkaji juga
berpendapat bahawa seseorang yang tidak menerima perubahan zaman, tetapi
bernostalgia dan hidup pada zaman silam, sedangkan dunia sudah berubah
banyak. Dalam karya tersebut, pada bahagian kanan, menunjukkan zaman yang
sudah berlalu, iaitu zaman datuk nenek atau zaman ibu bapa kita. Sesiapa pun
tidak dapat menafikan perbezaan pada 80-an dan 90-an dibandingkan dengan
2000-an. Tetapi kadangkala hanya teguran dan ingatan kepada mereka yang
masih terbeku dalam suasana 80-an dan 90-an dapat mengejutkan mereka
bahawa suasana telah banyak berubah. Bagi mereka yang berusia 40-an dan 50-
an, kemuncak kehidupan mereka sudah berlalu dan cara mereka berfikir masih
tersangkut pada zaman kemuncak kehidupan mereka. Untuk lebih memahami
keadaan ini, bayangkan sahaja pada tahun 90-an dan bezakan apa yang tidak ada
pada masa itu dan kini. Sudah tentu banyak perbezaannya.
8
Karya Lain Hulu Lain Parang oleh Azhar bin Ahmad berjaya bagi
pengkaji, dari segi penghasilan karya dan mesej yang ingin disampaikan oleh
seniman. Walaupun bahagian kiri dan kanan karya dihasilkan berbeza, namun
masih kelihatan kesatuan dalam karya seniman Azhar.
9
2.
NANTHAWUT SITTIHIWANG
Both Old and New World
Nanthawut menghasilkan Both Old and New World dengan menggunakan
mixed- media, tangga bamboo, ukiran kayu dan juga pita pelekat. Karya ini
adalah tangga yang disaluti pita pelekat yang berwarna merah dan putih. Tinggi
karya ini adalah 2,10 meter. Di bahagian atas arca ini terdapat figura kaki
manusia.
Both Old and New World menurut analisisnya, karya ini mempunyai
irama dan pergerakkan yang dapat dilihat pada objek tangga tersebut. Seniman
membuat penyusunan warna merah dan warna putih mengikut tertib menurun,
dari besar ke kecil. Penegasan dalam karya ini adalah objek figura kaki manusia
yang berwarna merah, disebabkan bahagian kiri karya ini tidak mempunyai
objek figura tersebut. Manakala kedua-dua warns yang digunakan adalah warna
yang kontra.
10
Secara intrepretasi, pengkaji berpendapat bahawa karya Both Old and
New World ini bermaksud perbezaan berkaki ayam dan memakai kasut pada
zaman dahulu (Old) dan sekarang (New). Penyusunan pita pelekat secara
menurun menunjukkan graf bar yang digunakan oleh seniman ialah kadar
penurunan masyarakat menggunakan kaki ayam untuk berjalan.
Karya ini berjaya dihasilkan dengan baik dari segi tajuk dan idea karya
yang telah dihasilkan.
11
3.
PATARA PADUNGSUNTARARUK
Young Asean Baby
Young Asean Baby telah dihasilkan oleh seniman Patara
Padungsuntararuk dengan bermediakan kertas mache dengan gentian kaca, pada
ukuran 21 cm x 29cm x 16cm. Pengkarya menggunakan objek figura manusia
yang dihasilkan dalam bentuk gentian kaca kemudian disaluti dengan kertas
mache, dan diwarnakan warna biru. Karya arca ini dihasilkan dalam dua objek
figura bayi. Satu arca tersebut adalah hanya disaluti dengan kertas mache tanpa
diwarnakan warna biru.
Kemahiran seniman adalah berarca dengan menggunakan gentian kaca.
Seniman begitu teliti sehingga dapat dapat memperlihatkan objek figura bayi
tersebut. Penggunaan warna biru dan dalam keadaan yang kaku pada arca ini
menunjukkan bayi itu seolah-olah dalam keadaan yang tidak hidup. Manakala
figura bayi seterusnya, seniman hanya menggunakan warna merah dan
pergerakkan berbanding arca bayi yang kaku sebagai penegasan arca tersebut.
Pengkaji beranggapan bahawa karya ini menunjukkan emosi marah,
kecewa dan sedih seniman mengenai isu yang makin meningkat iaitu
pembuangan bayi. Seniman menggambarkan penderitaan figura bayi
12
ditinggalkan berbanding bayi yang tidak ditinggalkan. Arca figura bayi yang
tidak diwarna, Cuma hanya menggunakan warna merah yang menunjukkan tali
pusat bayi tersebut dalam keadaan yang selamat dilahirkan.
Mesej yang disampaikan oleh seniman memberi emosi marah, kecewa
dan sedih sama seperti seniman sendiri. Tajuk yang dipilih dan objek untuk
menggambarkan tajuk seniman yang sesuai dan berjaya dihasilkan.
13
4.
MUHAMMAD SHAFIQ AFFENDI B. SIDALI KUTTY
Libas
Libas dihasilkan mnggunakan besi dengan ukuran 120cmx 210 cm.
Secara dekripsinya, seniman manggunakan bola takraw sebagai objek karya.
objek yang dihasilkan adalah berbeza saiznya dan ketinggian untuk menampung
objek pada karya juga berbeza. Tapak karya tersebut didapati dengan pelbagai
jenis bentuk geometri yang digunakan.seperti contoh, bentuk tiga segi, segi
empat sama dan bulat.
Sacara analisisnya, pengkaji mendapati bahawa objek takraw dihasilkan
secara tidak sama. Objek takraw di bahagian depan hanya menggunakan satu tali
besi yang panjang, manakala objek takraw yang berada di kedudukan kedua dan
yang paling besar menggunakan dua tali besi. Namun begitu, yang membezakan
ketiga-tiga objek ini, adalah saiznya. Bahagian depan dan di kedudukan
belakang objek takraw mempunyai saiz yang sama. Seniman Shafiq
menggunakan prinsip kepelbagaian saiz objek iaitu, objek takraw yang kecil dan
yang besar. Prinsip ini terus digunakan pada bahagian tapak Libas dalam bentuk
geometri, iaitu bentuk tiga segi, segi empat sama dan bulat. Tidak lupa juga
14
kepelbagaian pada tinggi kaki objek. Selain itu, karya seniman juga mempunyai
imbangan yang tiidak simetri tetapi masih ada kesatuan dalam karya.
Libas ialah sebuah filem bertemakan kesukanan, yang merupakan filem
pertama arahan Pengarah Drama Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, Jurey Latiff
Rosli. Seniman berkemungkinan gemar akan file mini sehingga mendapati
inspirasi untuk menghasilkan karya Libas.Lima objek takraw adalah simbol ahli-
ahli Libas iaitu, Raja Libas Adnan Saladin, Megat, Hamidi, Kumok dan Ratna.
Dari segi pertimbangan, pengkaji membuat kesimpulan bahawa karya ini
masih kekal harmoni kerana penyusunan objek yang sesuai dan seimbang.
15
5.
RADUAN B.NORUDIN
Ilham Kamelia: Tiba-Tiba Langkahku Terhenti
Karya Raduan B. Norudin iaitu Ilham Kamelia: Tiba-tiba Langkahku
Terhenti telah dihasilkan dengan menggunakan akrilik atas kanvas, dengan
ukuran 107cm x 107cm. Karya ini banyak menggunakan warna dan garisan
yang kasar dan tebal. Seniman menggunakan bentuk organik pada objek
utama.
Seniman menghasilkan Ilham Kemelia: Tiba-tiba Langkahku Terhenti,
dengan menggunakan warna yang banyak, iaitu warna panas yang paling
ketara dan warna sejuk yang agak sedikit. Lukisan ini kasar permukaan
tekturnya disebabkan pengulangan dalam penggunaan garisan yang tebal dan
kasar.
Mesej yang ingin disampaikan oleh seniman adalah proses pembuahan
yang gagal. Pengkaji berpendapat kemungkinan seniman ingin memberitahu
melalui tajuk karyanya, bahawa Kamelia mengilhamkan untuk mendapatkan
zuriat, namun begitu proses pembuahan tidak menjadi.
16
Idea penghasilan karya ini agak tersurat dan mudah untuk audien membuat
anggapan yang berbeza tetapi masih berkaitan dengan proses pembuahan.
Apa yang menarik mengenai karya ini adalah cara unsure seni dan prinsip
rekaan yang diaplikasikan oleh seniman.
17
6.
DATO DR AHMAD LOTHFI BIN HJ. IBRAHIM
Apabila Anakku Berpencak
Akrilik, 120cm X 90cm,2014
Karya Apabila Anakku Berpencak menggambarkan dua figura pemuda yang
sedang bersilat dalam suasana yang asyik. Pemilihan media akrilik amat sesuai
yang digunakan oleh seniman untuk memperhebatkan suasana tersebut.
Dalam karya ini, seniman menggunakan pelbagai jenis warna asas seperti
warna merah, biru dan kuning, dan hasil daripada pencampuran warna asas ini
telah menghasilkan warna sekunder seperti hijau, ungu dan jingga. Warna-
warna ini digunakan pada badan figura dan pakaian figura. Irama dan
pergerakkan juga wujud dalam karya ini. pengunaan warna yang berbeza pada
latar objek tersebut menunjukkan pergerakkan yang dibuat oleh figura.
Kemahiran seniman adalah bermain dengan warna untuk menujukkan situasi
yang sengit.
Seniman menggambarkan situasi yang sedang berlaku pada seni silat yang
dilakukan oleh dua orang pemuda. Masing- masing menunjukkan kehebatan
untuk menakut-nakutkan lawanan. Tajuk Apabila Anakku Berpencak
menunjukkan situasi pemuda yang sedang bersilat.
18
Seniman adalah seorang yang kreatif dalam memilih tajuk dan
mengadaptasikan tajuk tersebut dalam sebuah karya, dengan menunjukkan
kemahirannya dalam menggunakan warna. Nilai estetika bagi karya ini tinggi
kerana mampu memberi gambaran kepada pengkaji situasi yang sebenar.
19
7.
DR. MHD ZAHURI KAHIRANI
Bayu
Bayu adalah sebuah karya yang dihasilkan dengan saiz 15cm x 120cm,
menggunakan bahan Cetakan oleh seniman mohd. Zahuri. Seniman
menggunakan objek flora iaitu bunga Refflesia sebagai objek utama karya.
terdapat pelbagai jenis warna yang digunakan dalam karya ini. Pelbagai jenis
garisan yang digunakan seperti garisan tebal, lembut dan kasar.
Karya ini menggunakan kepelbagaian dan warna kontra. Warna yang
dikesan adalah warna panas, iaitu warna merah,warna kuning,warna jingga dan
warna sejuk iaitu warna biru dan hijau. Selain itu, pengkaji juga mendapati
bahawa karya ini menggunakan beberapa jenis garisan iaitu garisan tebal,
garisan kasar dan lembut. Malah, dalam karya ini juga terdapat bentuk organik
yang diwarna dan bentuk organik dalam saiz yang berbeza. Penggunaan warna,
garisan dan bentuk yang berbeza ini mewujudkan kepelbagaian dalam karya.
prinsip kontra digunakan oleh seniman melalui warna yang telah dipilih, warna
panas dan sejuk. Jenis-jenis warna ini telah mewujudkan kontra pada karya.
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga
dengan bunga yang besar yang hidup di negeri Sabah di Malaysia. Pengkaji
berpendapat bahawa Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh dan ini kemungkinan
20
sebab utama pemilihan objek flora tersebut. Karya ini juga menggmbarkan
kekayaan negeri bayu yang memiliki pelbagai jenis alam semula jadi.
Seniman merupakan seorang yang terbuka dalam menghasilkan karya
seni kerana mementingkan kepekaan persekitarannya. Selain itu, seniman juga
brhasil memindahkan ideanya ke sebuah karya yang baik.
21
8.
MUHAMMAD KHAIREE KHAMIS
Subsidi
Karya arca ini dihasilkan oleh seniman Muhammad Khairee yang berukuran
120 cm x210 cm, dengan menggunakan media campuran. Seniman
menggunakan baja kimia Fauzi Agro Enterprise sebagai objek karya yang
utama dan menggunakan kayu sebagai tapak untuk menampung baja kimia
yang ada dalam guni.
Seniman mengaplikasikan prinsip pengulangan pada objek, iaitu
menggunakan objek yang sama, cuma diperbanyakkan. Pengarca
menggunakan prinsip imbangan,iaitu sebanyak 14 objek yang sama, dan
disusunnya pada bahagian belakang iaitu sebanyak lapan objek dan bahagian
depan iaitu enam objek. Kedudukan objek tersebut adalah semetri, kerana
masing- masing bahagian mempunyai imbangan yang sama rata.
Pengkaji berpendapat, seniman cuba memberi mesej antara jenis bantuan
yang diberikan oleh kerajaan kepada masyrakat.
22
Idea yang dipilih oleh seniman untuk menyampaikan kepada audien
adalah ringkas namun mempunyai maksud yang baik.
23
9.
KASBI SARBINI
Siri Bunga Raya
Siri Bunga Raya adalah sebuah karya seni yang dihasilkan dengan cat
minyak atas kanvas, dengan saiz 45 cm x 45cm. Objek dalam karya ini adalah
bunga raya yang berwarna kuning. warna hijau digunakan sebagai warna latar
karya Kasbi.
Seniman mengaplikasikan prinsip nilai warna dalam karya ini, iaitu
beberapa bahagian terlindung yang digelapkan warnanya berbanding yang tidak
terlindung. Bagi komposisi bunga dalam karya ini, seniman menekankan
butiran bunga bahagian tengah karya ini.
Secara inteprestasinya, pengkaji berpendapat bahawa kemungkinan karya
bunga raya ini mempunyai pelbagai siri, dan mungkin siri- siri karya yang lain
dihasilkan dalam pelbagai jenis warna. Seperti contoh, warna merah, warna
putih dan merah jambu. Seniman mempamerkan karya ini untuk menunjukkan
kemahirannya bermain dengan warna cerah, iaitu warna kuning dan beberapa
warna campuran kuning.
24
Secara keseluruhannya, karya ini berjaya menarik perhatian pengkaji
disebabkan seniman menghasil karya tersebut dengan lebih detail.
25
10. ABD. RASHID YUSOF
Ombak Belum
Karya Ombak Belum adalah karya yang bertemakan suasana alam semula
jadi hutan yang mempunyai saiz 100cm X 100cm. Abdul Rasyid menggunakan
kehidupan flora iaitu hidupan hijau dan juga air untuk menggambarkan suasana
hutan. Seniman mengaplikasikan perspektif lanskap hutan dalam karyanya.
Selain itu, warna yang digunakan adalah warna biru,warna hijau, warna kuning
dan warna putih.
Seniman Rasyid, menghasilkan karya Ombak Belum menggunakan
akrilik. Seniman melukis objek flora, iaitu pokok dengan menggunakan warna
hijau gelap di bahagian depan karya sebelum tasik, hijau kekuningan dibahagian
tengah daan hijau kebiru-biruan dibahagian pokok belakang. Rumput pula,
seniman menggunakan warna hijau tua. Manakal air pula, dalam karya ini,
seniman menggunakan warna hijau gelap,warna biru muda dan biru tua untuk
menampakkan air itu seolah-olahnya hidup.
Mesej yang ingin disampaikan oleh seniman adalah keindahan alam
semula jadi yang telah dicipta-Nya. Keindahan ini memerlukan kita sebagai
manusia untuk memeliharanya. Manusia dan hidupan alam semula jadi saling
26
memerlukan. Manusia memerlukan oksigen dari pokok, manakala pokok pula
memerlukan karbon dioksida untuk mendapatkan makanan. Selain itu, menurut
bidang geografi, pokok adalah seolah-olahnya span yang meresap air ketika
hujan, dengan adanya pokok, dapat menghalang daripada berlakunya tanah
runtuh dan hakisan tanah. Tajuk karya ini membawa maksud, keindahan alam
ciptaan-Nya yang harus dijaga kerana kalau dirosakkan akan membawa
malapetaka yang buruk kepada manusia sendiri. Seperti bencana alam banjir,
Tsunami dan lain-lain.
Karya yang dihasilkan oleh seniman adalah untuk mengaprisiasikan seni
sama seperti manusia harus menghargai alam semula jadi. Estetik dalam karya
ini menyebabkan pengkaji atau audien untuk berimaginasi berada dalam lukisan
tersebut
27
5.0 PENUTUP
Melalui pameran ini, pengkaji dapat menilai karya- karya seni
visual dari segi deskripsi, analisis, inteprestasi dan pertimbangan
Kesimpulannya, laporan ini telah mencapai objektif pengkaji. Melalui
pameran ini, terdapat pelbagai jenis karya yang telah dilihat dan dihayati
oleh pengkaji dalam mempertingkatkan semangat apresiasi melalui karya
seni dalam program Ese Art. Antaranya, karya Patara Padungsuntarakuk
Young Asean Baby, Dr. Mhd Zahuri Kahirani  Bayu dan Abd. Rasyid
Yusof  Ombak Belum. Seniman- seniman karya tersebut bukan sahaja
menitikberatkan unsur seni dan prinsip rekaan, malah mesej yang ingin
disampaikan untuk masyarakat agar rakyat sedar akan tanggungjawab
masing-masing untuk menghargai dan pentingnya untuk memeliharanya.
Selain itu, pengkaji juga mengenalpasti nilai-nilai estetika yang
terdapat dalam karya seni melalui mengaplikasikan Art Fundamental iaitu
konsep asas seni reka dan prinsip rekaan dalam membuat kritikan karya
seni. Seperti contoh, karya  Apabila Anakku Berpencak oleh Dato
Ahmad Lothfi bin Hj. Ibrahim. Dari segi cara beliau menggunakan warna
akrilik dengan menampakkan kesan yang jelas dalam suasana pertarungan
antara dua orang pemuda, dan memberi kesan ingin tahu kepada pengkaji
tentang kesinambungan karya tersebut.
Dengan melihat dan menghayati karya- karya semasa program Ese
Art 2015, pengkaji mampu menilai sendiri karya-karya yang dipamerkan.
Diharapkan supaya program seni terus berkembang dari masa ke masa.
Program ini akan membantu para mahasiswa/i untuk menceburi bidang
seni visual lebih mendalam. Malah, program tersebut juga akan
28
melahirkan para seniman yang baru untuk meneruskan jejak seniman-
seniman Malaysia
29
6.0 RUJUKAN
RUJUKAN BUKU
Ocvirk. O.G, Stinson, R.E, Wigg, P.R, Bone, R. O, Cayton, David L.
(2013). Art Fundamentals, Twelfth Edition, Singapore: The
McGraw-Hill Companies.
RUJUKAN KATALOG
Ese Art. (2015, October 19-30). Regional Alumni Exhibition And
Seminar: Education Through Art.
30
7.0 LAMPIRAN
GAMBAR
31
KATALOG

More Related Content

Laporan full1

  • 1. 1 PENGHARGAAN Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan tugasan laporan ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana tugasan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan. Tugasan ini merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil subjek kos MSP 3063 Kuirkulum Pendidikan Seni sesi 2014/2015 sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester 3, 2015.
  • 2. 2 1.0 PENDAHULUAN Program ESE ART telah berjalan dengan lancar pada 15 oktober hingga 30 Oktober 2015, di Bitara Siswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Penyarah- pensyarah yang turut terlibat dalam anjuran ini adalah kebanyakannya pensyarah dari jabatan seni dan reka bentuk, iaitu Prof Dr. Zakaria b Mohd Ali, Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Husain dan Puan Jamilah binti Omar. Juga tidak lupa,seniman dari luar iaitu prof. Krisnamurti dari Indonesia, yang telah memberi penerangan mengenai New Art Media dalam karyanya. Program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni Kerjasama Persatuan Alumni Suluh Budiman untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui motivasi secara langsung. Pameran ini berfungsi sebagai sarana memotivasikan audien setelah melihat dan menghayati kaarya seni. Pameran seni dapat dijadikan sebagai ajang untuk menciptakan pelbagai jenis motivasi yang baik bagi pengunjung mahupun pencipta karya seni untuk terus lebih aktif dalam berkarya sehingga menghasilkan kualiti karya seni yang lebih tinggi. Seiring dengan kata-kata Mc. Donald, motivasi ialah sebuah perubahan tenaga yang ada dalam diri seseorang yang ditandakan dengan adanya rasa (feeling) dan didahului dengan respon sebuah destinasi. Pendapat ini disokong oleh G. R. Terry, yang menjelaskan bahawa motivasi ialah sebuah keinginan yang ada pada diri seseorang yang merangsangnya untuk melakukan pelbagai tindakan. Oleh yang demikian pameran Seni Rupa bukan sahaja memberi semangat kepada pengkarya seni tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk berkarya. Program pembelajaran yang berasaskan motivasi yang teliti untuk membantu para mahasiswa/i mengenal dan memahami kemampuan diri mereka sendiri secara dalam, dan memberi peluang kepada diri mereka untuk lebih
  • 3. 3 terlibat dalam pelbagai aktiviti seni rupa. Selain memperbaiki keyakinan diri mereka, para mahasiswa/i akan memahami seni sebagai komunikasi serta memiliki sikap mengaprisiasikan seni secara mendalam melalui kepekaan pengamatan dan membuat pertimbangan estetika untuk pembangunan manusia. Mahasiswa/i juga diberi pendedahan bahawa pentingnya bagi pelajar seni itu untuk mengetahui dan mengaplikasikan konsep asas seni reka dan prinsip rekaan dalam karya seni. Melalui program sedemikian, mahasiswa/i akan mengetahui pelbagai jenis karya yang meliputi butiran karya, konsep asas seni reka dan prinsip rekaan, estetik dalam sesuatu karya, dan kaedah kritikan seni yang digunakan untuk mengkritik karya seni.
  • 4. 4 2.0 OBJEKTIF Program motivasi ini dengan suasana yang ceria dan menyeronokkan akan membantu para peserta membina keyakinan diri mereka serta meningkatkan prestasi organisasi. Objektif utama program ini adalah untuk : 1. Mempertingkatkan semangat apresiasi mahasiswa/i melalui karya seni dalam program Ese Art. 2. Menerokai nilai-nilai estetika yang terdapat dalam karya seni melalui Program Ese Art. 3. Mengaplikasikan Art Fundamental iaitu konsep asas seni reka dan prinsip rekaan dalam membuat kritikan karya seni. 4. Menggalakkan mahasiswa/i untuk mengkritik seni melalui strategi kritikan seni deskripsi, analisis, interprestasi dan pertimbangan. 5. Kajian ini adalah bagi memenuhi syarat separa lulus bagi subjek kos MSP 3092 Seni dan Pendidikan.
  • 5. 5 3. 0 KAEDAH KAJIAN KAJIAN PEMERHATIAN Pengkaji telah membuat tinjauan karya- karya seni di Bitara Siswa , Universiti Pendidikan Sultan Idris, untuk melihat, menghayati dan merasa sendiri butiran karya yang telah dipamerkan. KAJIAN BUKU Kaedah kajian ini digunakan untuk merujuk buku- buku katalog yang telah diberi sebelum masuk ke dewan pameran, agar membantu pengkaji dalam proses menyiapkan tugasan ini. SESI ART TALK Pengkaji juga telah mendengar beberapa ucapan ataupun Art Talk yang telah disampaikan oleh beberapa pihak yang tertentu. Seperti contoh, Prof Krisnamurti mengenai New Media Art, Prof. Setiawan Sabana, Prof. Dato Dr. Ahmad Hj. Zainuddin dan Y.Bhg. Datuk Nolee Ashilin Mohammed .
  • 6. 6 4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN 4.1 Kritikan karya Seni 1. AZHAR BIN AHMAD Lain Hulu Lain Parang, 2015 Seniman menghasilkan karya Lain Hulu Lain Parang, iaitu sebuah karya batik yang telah siap pada tahun 2014. Karya ini bersaiz 163cm x 95 cm, iaitu tinggi 95cm dan lebar 163 cm. Karya ini, secara keseluruhan banyak menggunakan warna panas, seperti warna merah,warna kuning, warna jingga, etapi terdapat juga warna sejuk seperti warna biru dibahagian yang dicanting dan juga pada bahgian kiri karya tersebut. Terdapat juga bentuk- bentuk organik yang digunakan dalam karya pada bahgian kanan, yang diwarnakan warna kuning. Juga, dalam karya ini terdapat dua jenis objek flora. Dalam karya ini, Seniman menggunakan beberpa jenis garisan seperti garisan yang halus, garisan teba, garisan kasar. Selain itu, seniman menggunakan beberapa prinsip rekaan seperti pengulangan, dan ruang, pada karyanya yang abstrak ini. Seperti contoh, pengulangan dapat dilihat pada bentuk organik yang sama diulang-ulang, objek bunga yang dihasilkan dalam dua jenis, dan diulang-ulang. Malah, garisan tebal
  • 7. 7 paling jelas kelihatan kerana garisannya juga diulang. Ruang yang digunakan dalam karya seniman banyak menggunakan ruang bahagian kiri karya berbanding bahagian kanan karya. Penggunaan kepelbagaian warna pada bahagian kiri karya lebih memberi kesan kepada ruang dalam karya tersebut. Pengulangan ini memberi keharmonian terhadap karya. Lain Hulu Lain Parang , Apa yang hendak disentuh di sini ialah perbezaan pada zaman dahulu dan sekarang. Pengkarya cuba menyampaikan cara berfikir dan tingkah laku seseorang yang masih jauh ke belakang. Misalnya, seseorang itu berfikir dan bertingkah laku menurut zaman ketika seseorang itu berusia 30 atau 40-an, walaupun usianya sudah mencapai 50-an atau 60-an. Maknanya bukanlah ia awet muda tetapi sebenarnya ketinggalan zaman. Karya ini memberi masej melalui cara seniman menghasilkannya, jeles kelihatan bahawa pada karya bahagian kiri menunjukkan dunia moden iaitu pada zaman sekarang yang mempunyai pelbagai budaya ( trend sekarang) atau kemajuan yang telah diaplikasikan, yang kadangkala dilupa oleh golongan kini. Pengkaji juga berpendapat bahawa seseorang yang tidak menerima perubahan zaman, tetapi bernostalgia dan hidup pada zaman silam, sedangkan dunia sudah berubah banyak. Dalam karya tersebut, pada bahagian kanan, menunjukkan zaman yang sudah berlalu, iaitu zaman datuk nenek atau zaman ibu bapa kita. Sesiapa pun tidak dapat menafikan perbezaan pada 80-an dan 90-an dibandingkan dengan 2000-an. Tetapi kadangkala hanya teguran dan ingatan kepada mereka yang masih terbeku dalam suasana 80-an dan 90-an dapat mengejutkan mereka bahawa suasana telah banyak berubah. Bagi mereka yang berusia 40-an dan 50- an, kemuncak kehidupan mereka sudah berlalu dan cara mereka berfikir masih tersangkut pada zaman kemuncak kehidupan mereka. Untuk lebih memahami keadaan ini, bayangkan sahaja pada tahun 90-an dan bezakan apa yang tidak ada pada masa itu dan kini. Sudah tentu banyak perbezaannya.
  • 8. 8 Karya Lain Hulu Lain Parang oleh Azhar bin Ahmad berjaya bagi pengkaji, dari segi penghasilan karya dan mesej yang ingin disampaikan oleh seniman. Walaupun bahagian kiri dan kanan karya dihasilkan berbeza, namun masih kelihatan kesatuan dalam karya seniman Azhar.
  • 9. 9 2. NANTHAWUT SITTIHIWANG Both Old and New World Nanthawut menghasilkan Both Old and New World dengan menggunakan mixed- media, tangga bamboo, ukiran kayu dan juga pita pelekat. Karya ini adalah tangga yang disaluti pita pelekat yang berwarna merah dan putih. Tinggi karya ini adalah 2,10 meter. Di bahagian atas arca ini terdapat figura kaki manusia. Both Old and New World menurut analisisnya, karya ini mempunyai irama dan pergerakkan yang dapat dilihat pada objek tangga tersebut. Seniman membuat penyusunan warna merah dan warna putih mengikut tertib menurun, dari besar ke kecil. Penegasan dalam karya ini adalah objek figura kaki manusia yang berwarna merah, disebabkan bahagian kiri karya ini tidak mempunyai objek figura tersebut. Manakala kedua-dua warns yang digunakan adalah warna yang kontra.
  • 10. 10 Secara intrepretasi, pengkaji berpendapat bahawa karya Both Old and New World ini bermaksud perbezaan berkaki ayam dan memakai kasut pada zaman dahulu (Old) dan sekarang (New). Penyusunan pita pelekat secara menurun menunjukkan graf bar yang digunakan oleh seniman ialah kadar penurunan masyarakat menggunakan kaki ayam untuk berjalan. Karya ini berjaya dihasilkan dengan baik dari segi tajuk dan idea karya yang telah dihasilkan.
  • 11. 11 3. PATARA PADUNGSUNTARARUK Young Asean Baby Young Asean Baby telah dihasilkan oleh seniman Patara Padungsuntararuk dengan bermediakan kertas mache dengan gentian kaca, pada ukuran 21 cm x 29cm x 16cm. Pengkarya menggunakan objek figura manusia yang dihasilkan dalam bentuk gentian kaca kemudian disaluti dengan kertas mache, dan diwarnakan warna biru. Karya arca ini dihasilkan dalam dua objek figura bayi. Satu arca tersebut adalah hanya disaluti dengan kertas mache tanpa diwarnakan warna biru. Kemahiran seniman adalah berarca dengan menggunakan gentian kaca. Seniman begitu teliti sehingga dapat dapat memperlihatkan objek figura bayi tersebut. Penggunaan warna biru dan dalam keadaan yang kaku pada arca ini menunjukkan bayi itu seolah-olah dalam keadaan yang tidak hidup. Manakala figura bayi seterusnya, seniman hanya menggunakan warna merah dan pergerakkan berbanding arca bayi yang kaku sebagai penegasan arca tersebut. Pengkaji beranggapan bahawa karya ini menunjukkan emosi marah, kecewa dan sedih seniman mengenai isu yang makin meningkat iaitu pembuangan bayi. Seniman menggambarkan penderitaan figura bayi
  • 12. 12 ditinggalkan berbanding bayi yang tidak ditinggalkan. Arca figura bayi yang tidak diwarna, Cuma hanya menggunakan warna merah yang menunjukkan tali pusat bayi tersebut dalam keadaan yang selamat dilahirkan. Mesej yang disampaikan oleh seniman memberi emosi marah, kecewa dan sedih sama seperti seniman sendiri. Tajuk yang dipilih dan objek untuk menggambarkan tajuk seniman yang sesuai dan berjaya dihasilkan.
  • 13. 13 4. MUHAMMAD SHAFIQ AFFENDI B. SIDALI KUTTY Libas Libas dihasilkan mnggunakan besi dengan ukuran 120cmx 210 cm. Secara dekripsinya, seniman manggunakan bola takraw sebagai objek karya. objek yang dihasilkan adalah berbeza saiznya dan ketinggian untuk menampung objek pada karya juga berbeza. Tapak karya tersebut didapati dengan pelbagai jenis bentuk geometri yang digunakan.seperti contoh, bentuk tiga segi, segi empat sama dan bulat. Sacara analisisnya, pengkaji mendapati bahawa objek takraw dihasilkan secara tidak sama. Objek takraw di bahagian depan hanya menggunakan satu tali besi yang panjang, manakala objek takraw yang berada di kedudukan kedua dan yang paling besar menggunakan dua tali besi. Namun begitu, yang membezakan ketiga-tiga objek ini, adalah saiznya. Bahagian depan dan di kedudukan belakang objek takraw mempunyai saiz yang sama. Seniman Shafiq menggunakan prinsip kepelbagaian saiz objek iaitu, objek takraw yang kecil dan yang besar. Prinsip ini terus digunakan pada bahagian tapak Libas dalam bentuk geometri, iaitu bentuk tiga segi, segi empat sama dan bulat. Tidak lupa juga
  • 14. 14 kepelbagaian pada tinggi kaki objek. Selain itu, karya seniman juga mempunyai imbangan yang tiidak simetri tetapi masih ada kesatuan dalam karya. Libas ialah sebuah filem bertemakan kesukanan, yang merupakan filem pertama arahan Pengarah Drama Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, Jurey Latiff Rosli. Seniman berkemungkinan gemar akan file mini sehingga mendapati inspirasi untuk menghasilkan karya Libas.Lima objek takraw adalah simbol ahli- ahli Libas iaitu, Raja Libas Adnan Saladin, Megat, Hamidi, Kumok dan Ratna. Dari segi pertimbangan, pengkaji membuat kesimpulan bahawa karya ini masih kekal harmoni kerana penyusunan objek yang sesuai dan seimbang.
  • 15. 15 5. RADUAN B.NORUDIN Ilham Kamelia: Tiba-Tiba Langkahku Terhenti Karya Raduan B. Norudin iaitu Ilham Kamelia: Tiba-tiba Langkahku Terhenti telah dihasilkan dengan menggunakan akrilik atas kanvas, dengan ukuran 107cm x 107cm. Karya ini banyak menggunakan warna dan garisan yang kasar dan tebal. Seniman menggunakan bentuk organik pada objek utama. Seniman menghasilkan Ilham Kemelia: Tiba-tiba Langkahku Terhenti, dengan menggunakan warna yang banyak, iaitu warna panas yang paling ketara dan warna sejuk yang agak sedikit. Lukisan ini kasar permukaan tekturnya disebabkan pengulangan dalam penggunaan garisan yang tebal dan kasar. Mesej yang ingin disampaikan oleh seniman adalah proses pembuahan yang gagal. Pengkaji berpendapat kemungkinan seniman ingin memberitahu melalui tajuk karyanya, bahawa Kamelia mengilhamkan untuk mendapatkan zuriat, namun begitu proses pembuahan tidak menjadi.
  • 16. 16 Idea penghasilan karya ini agak tersurat dan mudah untuk audien membuat anggapan yang berbeza tetapi masih berkaitan dengan proses pembuahan. Apa yang menarik mengenai karya ini adalah cara unsure seni dan prinsip rekaan yang diaplikasikan oleh seniman.
  • 17. 17 6. DATO DR AHMAD LOTHFI BIN HJ. IBRAHIM Apabila Anakku Berpencak Akrilik, 120cm X 90cm,2014 Karya Apabila Anakku Berpencak menggambarkan dua figura pemuda yang sedang bersilat dalam suasana yang asyik. Pemilihan media akrilik amat sesuai yang digunakan oleh seniman untuk memperhebatkan suasana tersebut. Dalam karya ini, seniman menggunakan pelbagai jenis warna asas seperti warna merah, biru dan kuning, dan hasil daripada pencampuran warna asas ini telah menghasilkan warna sekunder seperti hijau, ungu dan jingga. Warna- warna ini digunakan pada badan figura dan pakaian figura. Irama dan pergerakkan juga wujud dalam karya ini. pengunaan warna yang berbeza pada latar objek tersebut menunjukkan pergerakkan yang dibuat oleh figura. Kemahiran seniman adalah bermain dengan warna untuk menujukkan situasi yang sengit. Seniman menggambarkan situasi yang sedang berlaku pada seni silat yang dilakukan oleh dua orang pemuda. Masing- masing menunjukkan kehebatan untuk menakut-nakutkan lawanan. Tajuk Apabila Anakku Berpencak menunjukkan situasi pemuda yang sedang bersilat.
  • 18. 18 Seniman adalah seorang yang kreatif dalam memilih tajuk dan mengadaptasikan tajuk tersebut dalam sebuah karya, dengan menunjukkan kemahirannya dalam menggunakan warna. Nilai estetika bagi karya ini tinggi kerana mampu memberi gambaran kepada pengkaji situasi yang sebenar.
  • 19. 19 7. DR. MHD ZAHURI KAHIRANI Bayu Bayu adalah sebuah karya yang dihasilkan dengan saiz 15cm x 120cm, menggunakan bahan Cetakan oleh seniman mohd. Zahuri. Seniman menggunakan objek flora iaitu bunga Refflesia sebagai objek utama karya. terdapat pelbagai jenis warna yang digunakan dalam karya ini. Pelbagai jenis garisan yang digunakan seperti garisan tebal, lembut dan kasar. Karya ini menggunakan kepelbagaian dan warna kontra. Warna yang dikesan adalah warna panas, iaitu warna merah,warna kuning,warna jingga dan warna sejuk iaitu warna biru dan hijau. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa karya ini menggunakan beberapa jenis garisan iaitu garisan tebal, garisan kasar dan lembut. Malah, dalam karya ini juga terdapat bentuk organik yang diwarna dan bentuk organik dalam saiz yang berbeza. Penggunaan warna, garisan dan bentuk yang berbeza ini mewujudkan kepelbagaian dalam karya. prinsip kontra digunakan oleh seniman melalui warna yang telah dipilih, warna panas dan sejuk. Jenis-jenis warna ini telah mewujudkan kontra pada karya. Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar yang hidup di negeri Sabah di Malaysia. Pengkaji berpendapat bahawa Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh dan ini kemungkinan
  • 20. 20 sebab utama pemilihan objek flora tersebut. Karya ini juga menggmbarkan kekayaan negeri bayu yang memiliki pelbagai jenis alam semula jadi. Seniman merupakan seorang yang terbuka dalam menghasilkan karya seni kerana mementingkan kepekaan persekitarannya. Selain itu, seniman juga brhasil memindahkan ideanya ke sebuah karya yang baik.
  • 21. 21 8. MUHAMMAD KHAIREE KHAMIS Subsidi Karya arca ini dihasilkan oleh seniman Muhammad Khairee yang berukuran 120 cm x210 cm, dengan menggunakan media campuran. Seniman menggunakan baja kimia Fauzi Agro Enterprise sebagai objek karya yang utama dan menggunakan kayu sebagai tapak untuk menampung baja kimia yang ada dalam guni. Seniman mengaplikasikan prinsip pengulangan pada objek, iaitu menggunakan objek yang sama, cuma diperbanyakkan. Pengarca menggunakan prinsip imbangan,iaitu sebanyak 14 objek yang sama, dan disusunnya pada bahagian belakang iaitu sebanyak lapan objek dan bahagian depan iaitu enam objek. Kedudukan objek tersebut adalah semetri, kerana masing- masing bahagian mempunyai imbangan yang sama rata. Pengkaji berpendapat, seniman cuba memberi mesej antara jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyrakat.
  • 22. 22 Idea yang dipilih oleh seniman untuk menyampaikan kepada audien adalah ringkas namun mempunyai maksud yang baik.
  • 23. 23 9. KASBI SARBINI Siri Bunga Raya Siri Bunga Raya adalah sebuah karya seni yang dihasilkan dengan cat minyak atas kanvas, dengan saiz 45 cm x 45cm. Objek dalam karya ini adalah bunga raya yang berwarna kuning. warna hijau digunakan sebagai warna latar karya Kasbi. Seniman mengaplikasikan prinsip nilai warna dalam karya ini, iaitu beberapa bahagian terlindung yang digelapkan warnanya berbanding yang tidak terlindung. Bagi komposisi bunga dalam karya ini, seniman menekankan butiran bunga bahagian tengah karya ini. Secara inteprestasinya, pengkaji berpendapat bahawa kemungkinan karya bunga raya ini mempunyai pelbagai siri, dan mungkin siri- siri karya yang lain dihasilkan dalam pelbagai jenis warna. Seperti contoh, warna merah, warna putih dan merah jambu. Seniman mempamerkan karya ini untuk menunjukkan kemahirannya bermain dengan warna cerah, iaitu warna kuning dan beberapa warna campuran kuning.
  • 24. 24 Secara keseluruhannya, karya ini berjaya menarik perhatian pengkaji disebabkan seniman menghasil karya tersebut dengan lebih detail.
  • 25. 25 10. ABD. RASHID YUSOF Ombak Belum Karya Ombak Belum adalah karya yang bertemakan suasana alam semula jadi hutan yang mempunyai saiz 100cm X 100cm. Abdul Rasyid menggunakan kehidupan flora iaitu hidupan hijau dan juga air untuk menggambarkan suasana hutan. Seniman mengaplikasikan perspektif lanskap hutan dalam karyanya. Selain itu, warna yang digunakan adalah warna biru,warna hijau, warna kuning dan warna putih. Seniman Rasyid, menghasilkan karya Ombak Belum menggunakan akrilik. Seniman melukis objek flora, iaitu pokok dengan menggunakan warna hijau gelap di bahagian depan karya sebelum tasik, hijau kekuningan dibahagian tengah daan hijau kebiru-biruan dibahagian pokok belakang. Rumput pula, seniman menggunakan warna hijau tua. Manakal air pula, dalam karya ini, seniman menggunakan warna hijau gelap,warna biru muda dan biru tua untuk menampakkan air itu seolah-olahnya hidup. Mesej yang ingin disampaikan oleh seniman adalah keindahan alam semula jadi yang telah dicipta-Nya. Keindahan ini memerlukan kita sebagai manusia untuk memeliharanya. Manusia dan hidupan alam semula jadi saling
  • 26. 26 memerlukan. Manusia memerlukan oksigen dari pokok, manakala pokok pula memerlukan karbon dioksida untuk mendapatkan makanan. Selain itu, menurut bidang geografi, pokok adalah seolah-olahnya span yang meresap air ketika hujan, dengan adanya pokok, dapat menghalang daripada berlakunya tanah runtuh dan hakisan tanah. Tajuk karya ini membawa maksud, keindahan alam ciptaan-Nya yang harus dijaga kerana kalau dirosakkan akan membawa malapetaka yang buruk kepada manusia sendiri. Seperti bencana alam banjir, Tsunami dan lain-lain. Karya yang dihasilkan oleh seniman adalah untuk mengaprisiasikan seni sama seperti manusia harus menghargai alam semula jadi. Estetik dalam karya ini menyebabkan pengkaji atau audien untuk berimaginasi berada dalam lukisan tersebut
  • 27. 27 5.0 PENUTUP Melalui pameran ini, pengkaji dapat menilai karya- karya seni visual dari segi deskripsi, analisis, inteprestasi dan pertimbangan Kesimpulannya, laporan ini telah mencapai objektif pengkaji. Melalui pameran ini, terdapat pelbagai jenis karya yang telah dilihat dan dihayati oleh pengkaji dalam mempertingkatkan semangat apresiasi melalui karya seni dalam program Ese Art. Antaranya, karya Patara Padungsuntarakuk Young Asean Baby, Dr. Mhd Zahuri Kahirani Bayu dan Abd. Rasyid Yusof Ombak Belum. Seniman- seniman karya tersebut bukan sahaja menitikberatkan unsur seni dan prinsip rekaan, malah mesej yang ingin disampaikan untuk masyarakat agar rakyat sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menghargai dan pentingnya untuk memeliharanya. Selain itu, pengkaji juga mengenalpasti nilai-nilai estetika yang terdapat dalam karya seni melalui mengaplikasikan Art Fundamental iaitu konsep asas seni reka dan prinsip rekaan dalam membuat kritikan karya seni. Seperti contoh, karya Apabila Anakku Berpencak oleh Dato Ahmad Lothfi bin Hj. Ibrahim. Dari segi cara beliau menggunakan warna akrilik dengan menampakkan kesan yang jelas dalam suasana pertarungan antara dua orang pemuda, dan memberi kesan ingin tahu kepada pengkaji tentang kesinambungan karya tersebut. Dengan melihat dan menghayati karya- karya semasa program Ese Art 2015, pengkaji mampu menilai sendiri karya-karya yang dipamerkan. Diharapkan supaya program seni terus berkembang dari masa ke masa. Program ini akan membantu para mahasiswa/i untuk menceburi bidang seni visual lebih mendalam. Malah, program tersebut juga akan
  • 28. 28 melahirkan para seniman yang baru untuk meneruskan jejak seniman- seniman Malaysia
  • 29. 29 6.0 RUJUKAN RUJUKAN BUKU Ocvirk. O.G, Stinson, R.E, Wigg, P.R, Bone, R. O, Cayton, David L. (2013). Art Fundamentals, Twelfth Edition, Singapore: The McGraw-Hill Companies. RUJUKAN KATALOG Ese Art. (2015, October 19-30). Regional Alumni Exhibition And Seminar: Education Through Art.