Laporan kontigen zon niah ke kejohanan mssr peringkat daerah subis 2010
1. TARIKH : 26 FEBUARI 2014
TEMPAT : PADANG SK BEKENU, SUBIS
DIRASMIKAN OLEH :
ENCIK UMPANG ANAK LINGI
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SUBIS)
2. 1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Subis 2014.
2. RASIONAL
2.1 Menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
memperkembangkan potensi individu murid secara menyeluruh dan
bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2.2 Mencungkil dan mengembangkan potensi murid amnya dalam bidang
Kokurikulum dan khasnya dalam bidang sukan olahraga.
3. TUJUAN
3.1 Memupuk semangat berpasukan di kalangan murid amnya dan para atlet
yang mewakili Zon Niah khasnya.
3.2 Melahirkan atlet yang berbakat, berdisiplin dan mempunyai semangat
yang tinggi untuk bertanding.
3.3 Mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2013 seterusnya
menaikkan nama dan imej Zon Niah terutamanya di peringkat daerah
Subis.
3.4 Mengetengahkan seberapa ramai atlet Zon Niah untuk mewakili daerah
Subis ke peringkat bahagian Miri.
4. PELAKSANAAN
4.1 Fasa Latihan
4.1.1 Pasukan Zon Niah telah menjalani latihan dalam tempoh masa
yang cukup iaitu selama dua minggu mulai dari 23.02.2014 hingga
05.03.2014.
4.1.2 Latihan telah dijalankan secara berpusat di SK Batu Niah
merangkumi latihan kecergasan dan latihan teknikal.
2
3. 4.1.3 Latihan dikendalikan oleh jurulatih yang telah dipilih iaitu seramai
8 orang dikalangan guru-guru di sekolah-sekolah Zon Niah.
4.2 Fasa Pertandingan
4.2.1 Kejohanan Olahraga MSSR Peringkat Daerah Subis telah
dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Bekenu sebagai
Pengerusi Pengelola.
4.2.2 Pertandingan ini dijalankan pada 06.03.2014 ( Sabtu ) bermula
pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
4.2.3 Kejohanan ini dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak pengelola
walaupun terdapat masalah kecil yang timbul. Masalah tersebut
dapat diselesaikan melalui perbincangan pengurus-pengurus
pasukan bersama ketua jurulatih zon masing-masing.
5. SASARAN
5.1 Pasukan Zon Niah bermatlamat untuk mempertahankan kejuaraan yang
dimenangi pada tahun lepas.
5.2 Dari segi pingat pasukan Zon Niah mensasarkan sekurang-kurangnya 16
Emas keseluruhan.
5.3 Dari segi jumlah atlet yang mewakili daerah Subis, pasukan Zon Niah
mensasarkan sekurang-kurangnya 20 orang atlet yang terpilih daripada 55
orang atlet yang terlibat. Senarai nama atlet yang mewakili Zon Niah
seperti lampiran A.
6. KEPUTUSAN
6.1 Pasukan Zon Niah telah menduduki tempat kedua atau Naib Johan
keseluruhan dalam kejohanan kali ini.
6.2 Dari segi pingat pasukan Zon Niah telah memenangi 16 emas, 23 perak
dan 17 gangsa. Mata keseluruhan ialah 239 markah.
6.3 Sekiranya keputusan keseluruhan dikira dari segi mata, pasukan Zon Niah
menjadi juara berbanding dengan markah yang diperolehi oleh Zon Suai
selaku juara pada tahun ini.
6.4 Keputusan keseluruhan kejohanan MSSR ini adalah seperti berikut:
6.4.1 Juara : Zon Suai ( 18 emas, 17 perak , 12 gangsa )
3
4. 6.4.2 Naib Juara : Zon Niah ( 16 emas, 23 perak, 17 gangsa )
6.4.3 Ketiga : Zon Ladang ( 5 emas )
6.4.4 Keempat : Zon Sibuti ( 3 emas )
6.5 Seramai lebih kurang 26 orang atlet Zon Niah terpilih mewakili daerah
Subis ke peringkat bahagian Miri yang dilangsungkan di Baram. Nama
atlet Zon Niah yang terpilih adalah seperti Lampiran B. Hampir 50%
jumlah keseluruhan atlet daerah Subis.
7. ANALISIS SWOT
7.1 KEKUATAN
7.1.1 Pasukan Zon Niah mendapat sokongan 100% daripada semua Guru
Besar Zon Niah terutamanya dalam menetapkan tempoh masa
latihan dijalankan.
7.1.2 Tempoh latihan yang mencukupi untuk atlet membentuk
kecergasan ( stamina ) dan tektikal.
7.1.3 Mendapat sokongan padu daripada Pengerusi Majlis Guru Besar
Zon Niah, Setiausaha MGB Zon Niah, Bendahari MGB Zon,
Pengurus Pasukan.
7.1.4 Jurulatih-jurulatih yang memberikan komitmen dan kesungguhan
yang amat tinggi semasa latihan dan pertandingan untuk melatih
dan memberikan semangat kepada atlet.
7.1.5 Atlet yang menunjukkan semangat yang tinggi dan berdisiplin
semasa latihan mahupun semasa pertandingan.
7.1.6 Mempunyai pasukan yang kuat dalam acara 4 X 100 meter dalam
semua kategori umur. Acara ini banyak menyumbang pingat emas
kepada pasukan Zon Niah.
7.1.7 Guru pengiring yang memberikan kerjasama dan komitmen yang
tinggi semasa kejohanan dalam mengawal atlet.
7.1.8 Ada dikalangan Guru Besar yang hadir memberi sokongan moral
kepada atlet semasa kejohanan.
7.2 KELEMAHAN
7.2.1 Keadaan padang yang digunakan semasa kejohanan tidak rata.
7.2.2 Pegawai yang bertugas yang dilantik oleh pihak Pengelola kurang
pengalaman.
7.2.3 Ada atlet ( 2 atau 3 orang atlet ) yang tidak mahu mengambil acara
dan mendengar arahan jurulatih. Ini menjejaskan strategi yang
dirancang terutamanya dalam acara 4 X 200 meter.
4
5. 7.2.4 Keadaan cuaca yang terlalu panas dan aturcara kejohanan yang
terlalu padat. Atlet tidak mempunyai masa rehat yang lama
terutamanya atlet yang mengambil lebih daripada dua acara.
7.2.5 Kami sebagai jurulatih masih kurang pengalaman dan perlu
mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan.
7.3 PELUANG
7.3.1 Dapat menjadi juara pada tahun 2015 dengan adanya atlet yang
berpotensi di Zon Niah.
7.3.2 Ada guru di Zon Niah yang mengadakan latihan yang berterusan
untuk atlet sekolah masing-masing.
7.3.3 Kesempatan menjadi pengerusi pengelola pada tahun 2015
digunakan sebaiknya oleh pasukan Zon Niah untuk merampas
kejuaraan daripada Zon Suai.
7.3.4 Mempunyai ramai guru Baru dan berkelayakan menjadi jurulatih
olahraga.
7.4 HALANGAN
7.4.1 Ada dikalangan ibu bapa tidak membenarkan anaknya menyertai
kejohanan ini.
7.4.2 Kemudahan semasa latihan terutamanya peralatan tidak
mencukupi.
7.4.3 Sumber kewangan.
8. CADANGAN
8.1 Mengadakan pemilihan awal untuk atlet yang mewakili Zon Niah tahun
2015.
8.2 Adakan kejohanan peringkat Zon Niah untuk memilih atlet yang berbakat.
Masa yang sesuai untuk mengadakan kejohanan tersebut adalah pada awal
bulan November 2014.
8.3 Semua acara dipertandingkan mengikut semua kategori umur.
8.4 Minta jasa baik dan sumbangan PIBG sekolah masing-masing untuk
menampung kos semasa latihan pusat pada tahun 2015.
5
6. 9. GAMBAR AKTIVITI
* Rujuk Lampiran
10. PENUTUP
Secara keseluruhannya pasukan Zon Niah yang mengambil bahagian pada
kejohanan olahraga MSSR peringkat daerah Subis tahun 2014 telah mendapat sokongan
yang padu daripada semua guru besar, jurulatih-jurulatih yang terlibat dan atlet yang
terpilih. Segala kelemahan khasnya daripada jurulatih-jurulatih akan diperbaiki pada
tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Semoga kerjasama dan komitmen yang
diberikan oleh semua Guru Besar atau MGB Zon Niah, Guru-guru Penolong Kanan,
guru-guru dan jurulatih-jurulatih di Zon Niah dapat diteruskan pada tahun-tahun
seterusnya demi kecemerlangan sukan di Zon Niah.
MAJULAH SUKAN UNTUK ZON NIAH
Laporan Disediakan Oleh
( JUTIE ANAK UJAK )
Ketua Jurulatih Olahraga MSSR
Zon Niah,
Tahun 2014.
6