Pameran literasi bahasa yang diadakan selama dua hari itu berjalan lancar berkat kerjasama pelajar dan sambutan positif pengunjung. Pelajar mempelajari pengurusan acara dan pengajaran melalui pengalaman ini, serta menerima umpan balik berharga untuk penyempurnaan bahan mengajar mereka.
1 of 10
More Related Content
Laporan literasi bahasa aku.
1. Sebelum Pameran
Pelajar-pelajar 2 PISMP melakukan
perbincangan semasa mesyuarat.
Para pelajar memberikan idea dan
pendapat masing-masing.
Persiapan tempat pameran malam
sebelum pameran.
2. Semasa Pameran
Pelajar sedang berehat dan
memeriksa peralatan.
Murid-murid sekolah mencuba
permainan yang ada.
Pensyarahturut mencuba permainan
yang disediakan.
3. Pengarah turut membuat lawatan ke
tapak pameran.
Rektormemberikanpendapatbeliau.
Pengunjung dengan hasil kerja
mereka.
4. Antara aktiviti yang dilakukan.
Pelajar memberikan penerangan
kepada pelawat dari luar.
Persiapan akhir bagi pertujukan
boneka.
5. Antara bbm yang dihasilkan oleh
pelajar.
Pelajar sibuk menjalankan promosi.
6. LAPORAN PAMERAN LITERASI BAHASA
Pameran literasi bahasa adalah satu aktiviti yang termasuk dalam proforma subjek
literasi bahasa, WAJ 3104 bagi pelajar semester 2 PISMP. Bagi tahun ini pameran ini
berlansung semasa minggu akedemik iaitu pada 1 Oktober sehingga 2 Oktober 2014.
sepanjang pameran ini berlansung, pelajar sains dan pendidikan seni akan
mempamerkan bahan-bahan yang telah mereka hasilkan sepanjang mereka mengikuti
kursus ini. Antara tujuan lain pameran ini adalah untuk melihat sejauh mana
keberkesanan bahan-bahan bantu mengajar yang mereka sediakan.
Sebelum Pameran
Sebelum merancang pameran ini pameran ini, kesemua pelajar semester 2
berkumpul untuk mendengar taklimat daripada pensyarah bagi memastikan semua
pelajar memahami tugasan yang diberikan dan tiada sebarang kekeliruan. Selepas itu
para pelajar telah berkumpul untuk mengadakan mesyuarat bagi membuat
perbincangan dan menentukan kerja masing-masing. Setelah mengambil kira kesemua
aspek, Adi Saifuddin telah dipilh untuk mengetuai pameran pada kali ini manakala Bairil
Aidil dan Saisatul Akhmar telah dipilih untuk membantu Adi sebagai naib pengurusi.
Selain itu ahli jawatan kuasa yang lain turut dipilih seperti AJK peralatan, AJK publisiti
dan AJK dokumentsi. Selepas mengetahui tugas masing-masing pelajar melakukan
persediaan yang sepatutnya. Selain tugasan khusus yang telah diberikan pelajar juga
turut bersama-sama menyiapkan bahan-bahan pameran dan alat bantu mengajar yang
akan digunakan pada hari pameran. Pelajar juga turut bersama-sama menyediakan
tapak pameran pada malam sebelum pameran
7. Semasa Pameran
Pada hari pameran pertama iaitu 1 Oktober, kesemua pelajar berkumpul di tapak
pameran pada jam 7.30 pagi bagi melakukan persedian terakhir. Kesemua barang
pameran dipastikan berada dalam keadaan yang baik dan kawasan pameran turut
dibersihkan bagi memastikan tapak pameran berada dalam keadaan yang bersih. AJK
peralatan, Lutfi membuat pemeriksaan kepada kesemua peralatan supaya mencukupi.
Pada jam 9.00 pagi pameran bermula dalam pelawat mula hadir ke kawasan pameran.
Pameran ini bukan sahaja melibatkan pelajar IPG sahaja tetapi ramai pelawat dan
pelajar dari luar tururt dijemput hadir untuk memeriahkan lagi pameran ini. Murid-murid
dari sekolah berdekatan turut sama hadir ke tapak pameran selain dari pelajar Institusi-
institusi yang berhampiran seperti USIM dan Politeknik Nilai. walaupun pengujung yang
hadir ramai, tetapi pergerakan pelawat adalah lancar melalui susun atur pameran yang
bersesuaian. Pelajar-pelajar turut sentiasa memastikan peralatan dan alat bantu
mengajar berada dalam keadaan yang baik bagi memastikan kelansungan pameran.
Sambutan yang diterima adalah amat positif dan kerjasama yang diberikan oleh semua
pihak banyak membantu dalam menlancarkan perjalanan pameran.
Pada hari kedua pameran berlansung seperti biasa dengan kehadiran murid-
murid dari sekolah berdekatan. Tetapi pada hari yang kedua ini, Pengarah dan bekas-
bekas pengarah juga turut hadir untuk melawat pameran. Pada sebelah petang pula,
rector IPGM juga hadir untuk melihat pameran yang berlansung. Pelbagai idea dan
pandangan yang telah diberikan oleh para pelawat. Pameran berakhir pada Pukul 4.30
petang.
8. Selepas Pameran
Selepas pameran berakhir para pelajar 2 PISMP bersama-sama mengemas
kawasan pameran. Kesemua alatan bahan bantu mengajar diperiksa bagi memastikan
kesmuanya berada dalam keadaan yang baik. Bahan-bahan ini kemudiannya disimpan.
AJK kebersihan memeriksa kawasan pameran bagi memastikan kawasan pameran
berada dalam keadaan bersih. AJK peralatan turut melakukan pemeriksaan terhadap
kesmua alatan yang dipinjam bagi memastikan kesemua alatan cukup dan dipulangkan
ke tempat yang sepatutnya. Selepas itu pelajar berkumpul untuk mengadakan sesi
refleksi. Pelajar memberikan pendapat mereka tentang kekuatan dan kelemahan yang
dapat diperhatikan sepanjang pameran berlansung. Sebarang cadangan untuk
penambahbaikan juga turut diberi.
9. LAPORAN
PAMERAN
LITERASI BAHASA
2 PISMP 2014
NAMA: MUHAMMAD KHALIL BIN ZULKIFLEY
NO.IC: 930808-14-5239
KELAS: 2PISMP SAINS
NAMA PENSYARAH: ENCIK ZAWAHIR BIN ISMAIL
10. Rumusan
Sebagai kesimpulan, saya berpendapat penganjuran pameran seperti ini adalah
satu pengalaman yang amat bernilai kepada saya. Melalui pameran ini, banyak
maklumat dan ilmu yang baru saya perolehi. Pengalaman- pengalaman yang diperolehi
sepanjang pameran ini kelak akan berguna apabila pelajar-pelajar sudah menjadi
seorang guru.komen-komen dan maklum balas yang diterima juga banyak membantu
memperbaiki bahan-bahan bantu mengajar yang telah kami sediakan. Dari segi
pengurusan pula, pameran ini telah mendidik kami untuk menjalankan sesuatu aktiviti
secara berkumpulan. Setiap pelajar memainkan peranan masing-masing dengan penuh
tangungjawab dan teliti. selain itu pameran ini juga telah mendidik kami untuk berkerja
sama dalam melaksanakan tugasan. Pelajar-pelajar bersama-sama menyiapkan kerja
walaupun bukan dalam skop tugasan mereka.