1. Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan
sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-54. Sabutan yang bertujuan memupuk semangat cinta
akan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan cemerlang. Sambutan yang
diadakan pada pagi Rabu 24 Ogos 2011. Butir-butir sambutan adalah seperti berikut:
Tarikh : 24 Ogos 2011
Masa : 8.00-12.45tgh
Tempat : Dewan sekolah
Peserta: Semua pelajar dan guru
Segala perancangan dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu sebelum
sambutan iaitu aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.Tepat pada jam 8.05 pagi ketibaan
tetamu jemputan. Para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan
bacaan doa oleh wakil pelajar.Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas
sekolah.Ucapan dimulakan Pn M.Senthamarai selaku setiausaha.Seterunya diikuti oleh
ucapan guru besar turut merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan.
Acara teruskan dengan istiadat perbarisan murid-murid sekolah yang membawa jalur
gemilang, diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para pelajar.
Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan bertajuk ‘Tanggal 31. Sebelum sesi
pertama tamat, nyayian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil
mengibarkan jalur gemilang bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap
warga. Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan
selama setengah jam.
Sesi kedua sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar tahun 6.Seterusnya
murid-murid tahun 5 menyampai sebuah pantun direka sendiri. Sambutan diteruskan dengan
persembahan murid-murid tahun 1 hingga tahun 4 dengan pakaian tradisional.
Suasana ketika itu, amat meriah. Pelejar seronok menyaksikan persembahan oleh
rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah.
Majlis diakhiri dengan peyampaian hadiah untuk pemenang yang menyertai
pertandingan sempena aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.Seterusnya sepatah dua kata
oleh Ketua PIBG dan nyanyian lagu ‘Malaysiaku Gemilang’ dan ‘ Tanggal 31’ yang diketuai
oleh Guru-guru.
Laporan disediakan oleh,
......................................
(PIRASILA A/P RAJA)