Transform any presentation into a summarized study guide, highlighting the most important points and key insights.
1 of 6
Downloaded 123 times
More Related Content
laporan-lawatan-sambil-belajar-ke-melaka
1. 1
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA
SK SULTAN ABDUL AZIZ KG KUANTAN
1.0 NAMA PROGRAM
Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Melaka ) bersama
ibubapa dan guru anjuran Kelas Prasekolah SK Sultan Abdul Aziz Kg Kuantan
1.1 PENGENALAN
Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Melaka ini
diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajarmelawat tempat-
tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru
yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri
yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan
maklumat kepada para pelajar .
1.2 MATLAMAT PROGRAM
Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun
dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan
semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.
Melalui lawatan ini pelajar akan diberi pendedahan serta menimba
pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap
pencapaian mereka dalambidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.
Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara ibubapa dan
pelajar melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat
meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan belaian
terhadap pelajar .
1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM
Pelajar Prasekolah .
2. 2
1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM
Seramai 21 orang pelajar Prasekolah, 4 orang guru, 2 orang Pembantu Pengurusan
Murid dan 17 orang ibubapa
1.5 TARIKH PROGRAM
1 OKT 2016
1.6 JANGKA MASA PROGRAM
Program ini berlangsung sehari.
1.7 DESTINASI PROGRAM
Rumah terbalik , Muzium Samudera , Menara Taming Sari dan Cruise Sungai
Melaka.
2.0 OBJEKTIF
Objektif Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan sambil belajar ke Melaka
ini diadakan ialah :
1. Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar-pelajar serta guru-guru
dan ibubapa disamping membentuk kestabilan diri.
2. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang
luar
3. Memberi ruang kepada pelajar mempelajari dan menghormati adat dan budaya
negeri lain
4. Memberi peluang bersiar-siar ke tempat-tempat yang belum pernah mereka
kunjungi disamping dapat menimba pengetahuan baru.
5. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar
3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Sabtu 1 Oktober 2016. Pesertapeserta lawatan
berkumpul di dataran sekolah SK Sultan Abdul Aziz Kg Kuantan bermula jam 7.00 pagi. . Pada
pukul 8.00 pagi, bas mula bergerak menuju ke Melaka . Bas sampai di Bandar Melaka jam 1.00
tengahari. Berlaku kesesakan lalu lintas menyebabkan kelewatan.
3. 3
MASA AKTIVITI
1.00 tengahari Tiba di Bandar Melaka
1.10 tengahari Makan tengahari
2.00 petang Lawatan ke rumah terbalik.
2.40 petang Lawatan ke MuziumSamudera
3.30petang Menaiki cruise melusuriSungai Melaka
4.00 petang Menujuke Menara TamingSari
5.00 petang Aktiviti Bebas
6.00 petang Menaiki basuntukpulangke Selangor
10.30 malam Sampai semulake SekolahSKSAA
5.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
4. 4
1) Di rumah terbalik.
2) Ketika menaiki Cruise Sungai Melaka
3) Makan tengahari yang ditaja oleh LADA di Restoran Azwalangka
4) Mempelajari pembuatan minyak gamat di Warisan Gamat
5) Menimba ilmu sejarah Mahsuri di Kota Mahsuri
6) Mempelajari dan melihat keindahan hidupan laut di Underwater World Langkawi
5. 5
3) Di Muzium Samudera
6.0 PENUTUP
Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru,
ibubapa dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk
semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu
baru
Disediakanoleh: Disahkanoleh:
.
PUAN NORALIZA BT JAHAYA @ YAHYA PUAN ANIRASHIDAHBT MOHD. SALEH
Guru Prasekolah Guru Besar
SK SultanAbdul AzizKgKuantan SK SultanAbdul AzizKgKuantan