1. BAPA SAYA
Bapa saya ialah seorang penjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia selalu
membantu orang. Dia sangat ringan tulang. Ibu dan bapa saya bekerja di sebuah pasaryang
besar. Mereka menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Hobi bapa saya ialah berkebun dan membaca surat khabar. Bapa saya selalu
membaca senaskah surat khabar pada waktu pagi. Pada sebelah petang pula, bapa akan
melihat tanamannya di kebun. Arwah nenek telah memberikan bapa sebidang tanah. Tanah
tersebut bapa jadikan kebun.
Bapa saya suka minum kopi panas kerana baunya yang segardan sedap.Oleh sebab
itu, ibu akan menghidangkan secawan kopi dan beberapa keping roti kepada ayah sebelum
ayah ke pasar.
Bapa saya suka warna kuning, biru dan coklat. Bapa saya paling suka warna ungu
kerana warna ungu sangat cantik. Pada tahun lepas, kami menghadiahkan sehelai baju
berwarna ungu sempena hari lahir ayah.
Bapa saya juga seorang yang baik hati tetapi akan jadi pemarah bila saya, abang
dan kakak tidak mendengar nasihat.Walaupun begitu kami sangat sayang kepada bapa.Saya
akan belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan dan menggembirakan hati bapa.
BAPA SAYA