1. 1 TATABAHASA/KATA PEMERI
KATA PEMERI
? Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata
adjektif atau kata sendi.
? Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata
nama .
A. Pilih jawapan yang betul.
1. Hari ini ialah hari jadi Khairuddin.
A. Betul
B. Salah
2. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.
A. Betul
B. Salah
3. Kuala Terengganu ialah ibu negeri
Terengganu.
A. Betul
B. Salah
4. Tujuan membaca adalah untuk menambah
ilmu .
A. Betul
B. Salah
5. Nama guru besar sekolah saya ialah Encik
Che Deraman bin Mamat.
A. Betul
B. Salah
6. Johan pertandingan bercerita sekolah rendah
tahun ini adalah saudara Aiman Haikal.
A. Betul
B. Salah
7. Warna bendera negeri Terengganu ialah putih
dan hitam.
A. Betul
B. Salah
8. Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang
lulusan Universiti Al-Azhar.
A. Betul
B. Salah
9. Tarikh tutup peraduan mewarna itu ialah pada
20 April 2016.
A. Betul
B. Salah
10. Akok ialah sejenis kuih tradisional di
Terengganu.
A. Betul
B. Salah
B. Pilih kata pemeri yang sesuai dan gariskan.
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak
istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah )
daripada peguam
3. Pemenang kuiz itu (adalah , ialah) Raja
Danish.
4. Warna diraja ( ialah , adalah ) kuning.
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk
semua murid.
6. Beliau ( adalah , ialah ) seorang pereka
fesyen yang terkenal.
7. Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah ,
ialah ) rumah Pak Aizat.
8. Malaysia ( adalah ,ialah ) sebuah negara yang
aman damai.
9. Wang derma itu (adalah , ialah ) untuk
membina sebuah surau di kampung saya.
10. Perkara yang dibincangkan dalam forum itu
( ialah , adalah ) masalah disiplin yang
semakin berleluasa di sekolah..
2. 2 TATABAHASA/KATA PEMERI
C. Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.
1. Kempen Jantung Sihat ialah_anjuran bersama Persatuan
Jantung Malaysia dengan Soy Rich.
2. Ayahnya ialah seorang bekas polis.
3. Latihan itu adalah terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
4. Perempuan tua yang bertudung putih itu ialah ibu saya.
5. Sumbangan itu adalah daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan
para pekerja sekolah ini.
D. Bina enam ayat dengan kata pemeri
1. ialah :
2. ialah :
3. ialah:
4. adalah:
5. adalah:
6. adalah: