3. AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : En Fazlee Bin Yahya (Guru Besar)
Tim. Pengerusi : Pn Rohana binti Othman (GPK 1)
Naib pengerusi 1 : Pn Sharifa Binti Kadarsah (GPK HEM)
Naib pengerusi 2 : En Azman Bin Saad (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : En Muhammad Afiq Farhan bin Amran
Pen. Penyelaras : En Arivalagan A/L Raja Manickam
4. Loceng (Pejabat) : Puan Fatin Husna binti Jamaludin (Kerani)
Kawalan murid (Padang) : Semua Guru Kelas dan Pendamping Tahun 1 - 6
Guru Pra Sekolah dan PPM
Kawalan murid (Kelas) : Semua Guru Mata Pelajaran (Waktu Pertama)
Jururakam peristiwa : 1) En Mohamad Muaz bin Mohd Suhelmi
2) En Muhammad Azri bin Khairudin
Kebersihan : Pekerja Swasta
Guru peronda : Guru Bertugas Mingguan
5. Tugasan letupan (horn) : En Khairul Ashraf bin Abd Malik
Tugasan membuat asap : En Mohamad Shofi Bin Shaary
Sijil & Cenderamata : Pn Syazmimi Binti Mohd Yusoff
Pembesar Suara Healer : En Masfuri Bin Ahmad
PA Sistem (Dewan) : En Muhammad Nabil Aizat Bin Fadzil
6. Dokumentasi Program : Cik Noor Zulaikha binti Mohamad Zulkifli
Penjaga Masa : En Muhammad Afiq Farhan bin Amran
Penilai : Ketua Balai Bomba Jalan Perak / Ketua Ronda
7. TATACARA LATIHAN KEBAKARAN &
PENGUNGSIAN BANGUNAN
1. Loceng akan dibunyikan berpanjangan sebanyak tiga kali sebagai tanda kebakaran berlaku.
TINDAKAN GURU YANG SEDANG MENGAJAR
1. Berhenti mengajar serta-merta.
2. Mengarahkan murid mengosongkan kelas dengan kadar segera.
3. Memastikan semua murid telah keluar daripada kelas.
4. Memastikan murid beratur dan bergerak pantas mengikut pelan kecemasan yang disediakan.
5. Memastikan murid tidak menggunakan laluan foyer apabila bergerak ke padang.
6. Apabila tiba di tapak perhimpunan, guru mestilah mengira bilangan murid mengikut senarai kehadiran.
7. Maklumkan nama murid yang tidak berada di kawasan tapak perhimpunan kepada guru keselamatan.
8. TINDAKAN MURID
1. Murid di dalam kelas diminta untuk tidak panik dan takut.
2. Pastikan suis elektrik iaitu kipas angin dan lampu dimatikan.
3. Jangan berebut-rebut semasa keluar dari kelas.
4. Murid beratur di luar bilik darjah tanpa membawa sebarang peralatan.
5. Beratur berdua-dua dan turun mengikut tangga yang paling dekat.
6. Dilarang membuat bising.
7. Murid hendaklah berjalan pantas mengikut pelan kecemasan.
8. Apabila sampai di tapak perhimpunan, murid beratur mengikut kelas masing-masing.
9. TINDAKAN STAF PEJABAT
1. Menelefon pihak bomba.
2. Menyediakan senarai nama murid tahun 1 hingga 6.
PERHATIAN
1. Guru dan murid hendaklah berada di tapak perhimpunan dalam masa lima minit
selepas loceng kecemasan dibunyikan.
2. Latihan kebakaran dikira gagal sekiranya gagal tiba di tapak perhimpunan dalam
tempoh masa lima minit.
Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai, terima kasih.