Dokumen tersebut berisi soalan-soalan yang membahas tentang topik seperti pengalaman liburan bersama keluarga, keuntungan berwisata, laporan lawatan, dan nilai-nilai murni. Secara keseluruhan, dokumen memberikan berbagai panduan untuk menulis karangan pendek mengenai berbagai topik tersebut.
17. SOALAN 2
Tuliskan sebuah karangan tentang
pengalaman anda bersama keluarga
bercuti di sebuah pulau.
Catatkan isi-isi penting dalam peta
minda yang diberi
19. SOALAN 3
Kamu akan mengambil bahagian
dalam pertandingan syarahan.
Tajuk syarahan ialah’Faedah
Melancong’
20. SOALAN 4
Baru-baru ini anda telah berpeluang
melawat ke Kuala Lumpur. Tulis
catatan tentang lawatan tersebut.
21. SOALAN 5
Baru-baru ini sekumpulan pelajar di
sekolah anda telah mengadakan
ekspedisi ke Gua Tempurung.
Tuliskan satu berita tentang aktiviti yang
dijalankan untuk dimuatkan dalam
‘Buletin Mingguan’ di sekolah anda.
22. SOALAN 6
Persatuan Bahasa Melayu telah
mengadakan lawatan ke Cameron
Hinglands.
Sebagai setiausaha persatuan,
tuliskan sebuah laporan tentang
lawatan tersebut.
23. BAHAGIAN C
Soalan 1: Membina Ulasan
Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh
daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50
patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu
perenggan.
24. Negeri Hang Tuah indah ceria,
Pantainya bersih tiada sampah;
Bertuah kita rakyat Malaysia,
Buminya indah khazanah melimpah.
Turun-temurun, hidup bersatu,
Rakyat Malaysia pelbagai kaum;
Sukar digugat perpaduan jitu,
Pelancong asing berasa kagum.
Spesies haruan, toman, dan keli,
Terdapat banyak di Tasik Bera;
Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi,
Pergiat usaha makmurkan negara.
Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung,
Perairannya jernih bagai cermin;
Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung,
Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.
25. Soalan 2. Membina ulasan
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada
50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
26. MUSA : Selamat sejahtera, cikgu. Cikgu, saya tidak terpilih
untuk menyertai lawatan sambil belajar yang akan
dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Saya
ingin merayu kepada cikgu agar dapat menerima saya
menyertai rombongan itu. Saya benar-benar ingin
menyertai lawatan ke tempat bersejarah di negara kita
ini, iaitu Melaka. Dengan menyertai rombongan itu,
saya akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan
tentang bahasa serta menambah pengalaman hidup
saya. Selain itu, saya amat berharap agar dapat pergi
ke tempat itu. Hal ini kerana saya tidak pernah
menjejakkan kaki ke negeri tersebut. Cikgu berilah
kebenaran kepada saya untuk menyertai lawatan itu.
27. Soalan 3. Membina ulasan
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada
50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
28. Musim mencandat sotong kini sudah bermula di
Terengganu. Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan
Besut telah mengorak langkah awal dengan
mengadakan aktiviti mencandat sotong pada 10 April
lalu di perairan Pulau Kapas, Marang.
Seramai 20 orang ahli kelab telah menyertai
aktiviti ini . Ekspedisi mencandat sotong sotong telah
dimulakan pada pukul 5.00 petang. Sebaik sahaja bot
tiba di jeti, enjin terus dihidupkan dan angan-angan
mencandat sotong terus berlegar-legar di minda kami.
Alat mencandat dilabuhkan tepat pada jam 8.00 malam.
Nasib tidak menyebelahi kami kerana kami hanya
mampu menaikkan 4 ekor sotong sahaja. Laut yang
sedikit bergelora pada malam itu menyukarkan aktiviti
mencandat kami. Selain daripada itu, keadaan laut yang
tidak menentu juga telah menyebabkan kami mabuk
laut. Malahan ada yang membuang ‘isi perut’ ke dalam
laut. Menyedari hal ini, pemandu bot mencadangkan
kami berehat sebentar di jeti Pulau Kapas. Ekspedisi
diteruskan kira-kira sejam kemudian. Namun sotong-
sotong yang diburu tetap sukar ditemui. Walaupun
aktiviti mencandat sotong gagal, namun pengalaman
yang diperoleh tetap menyeronokkan.
29. Soalan 4. Membina ulasan
Tulis lima nilai murni yang dapat
kamu peroleh daripada petikan
di bawah. Panjang jawapan
kamu mestilah tidak lebih
daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
30. Pantun Joget Pahang
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli barangan,
Kami mengucap selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari- menari
Kami ini daganglah merantau,
Mengharap belas orang di sini.
33. Jawapan Soalan 2
Pendahuluan
Membuat persiapan, bertolak ke destinasi
Isi-isi penting
-Tiba di destinasi, menaiki
- bot- ibu mabuk laut.
-,menginap di sebuah chalet.
-Bersiar-siar di pantai, bermain bola
- tampar.
-Menyelam di dasar laut-
pemandangan laut yang berwarna-
warni.
-Membeli cenderamata di gerai- jadikan
kenangan
Penutup
-Bertolak pulang, berasa sangat gembira.
34. Jawapan Soalan 3
Pendahuluan
-Kata-kata aluan
-Huraian maksud tajuk
Isi-isi penting
-Melancong memberi banyak faedah
-Dapat meluaskan pengetahuan dan
pengalaman
-Dapat melihat keindahan, kemajuan, adat
resam dan budaya sesebuah negara yang
kita lawati
-Meninggikan taraf ekonomi sesebuah negara
hasil daripada kemasukan pelancong asing.
Penutup
Memperkenalkan negara di mata dunia.
35. Jawapan Soalan 4
Pendahuluan
-Tiba di hentian Pudu Raya disambut oleh Pak Long-
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
-Isi-isi penting
-Pertama kali menaiki komputer gementar berbaur seronok
-Melawat Pasar Budaya –beli gambar pemandangan
-Muzium Negara artifak menarik diparmerkan
-Menara Kuala Lumpur melihat panaroma dari puncak menara
-Penutup
bangun awal – hantar ke stesen kereta api –pulang ke Kota
Bharu
36. Jawapan Soalan 5
Pendahuluan
-Tempat, ,tarikh – 60 orang yang menyertai –tarikh
ekspendisi dilakukan
-Isi-isi penting
-Objektif utama – dedahkan kepada alam sekitar –ada
aktiviti yang mencabar –uji ketahanan fizikal dan metal
-Aktiviti yang dijalankan –contoh –meranduk air, cari
harta karun – letih tetapi menyeronokkan
-Berkhemah di sekitar kawasan gua –upacara unggun api
– nyanyi beramai-ramai – berkawal di kawasan khemah
-Ambil berat antara satu sama lain- saling membantu-
kerjasama amat baik
Penutup
-Berjaya mengutip pelbagai pengalaman- bentuk muka
bumi yang unik.
37. Jawapan Soalan 6
Pendahuluan
-tajuk laporan
Isi-isi penting
-tarikh, masa, jumlah murid dan guru pengiring
-lawatan ke kebun sayur- kebun bunga- ladang the
-Mendengar penerangan tentang cara the diproses
-Berkhelah di kawasan air terjun
Penutup
-Lawatan memberi banyak manfaat
-Tandatangan.
38. Jawapan Soalan
Bahagian C
Jawapan Soalan 1
-Bersyukur kurniaan Tuhan
-Hidup bersatu padu
-Kekalkan keharmonian
-Mematuhi adab serta peraturan di mana saja kita
berada.
39. Jawapan Soalan 2
-Bersopan santun dengan memberi salam
-Keberanian berterus terang
-Rasional dengan memaklumkan hal sebenar
-Jujur dan ikhlas menyatakan kehendak hati.
-Bersikap patriotik ingin menambahkan ilmu
pengetahuan tentang tempat bersejarah
40. Jawapan Soalan 3
-Mengisi masa melakukan aktiviti
berfaedah
-Berazam untuk melakukan sesuatu
perkara
-Menepati masa yang ditentukan
-Bersabar dan redha dalam
menghadapi sesuatu perkara
-Mengutamakan keselamatan
bersama
41. Jawapan Soalan 4
-Menghormati tetamu yang datang ke negeri atau ke
rumah kita
-Menghargai atau memuji adalah perbuatan yang baik
-Berhemah tinggi- bersikap terpuji
-Membuat kebaikan dengan ikhlas
-Tanam nilai di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.