1. Isikan tempat kosong dengan kata adjektif
yang sesuai.
1. Kaki Pak Senin digigit pacat, darah
__________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2. Semua seluarnya sudah menjadi
__________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar
3. Abdul Halim sedang mengasah sabit
kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul
4. Air sungai itu __________ kerana sampah
sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih
5. Pengawas lelaki itu sering membawa buku
__________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
6. Cuaca malam ini __________ kerana
petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman
7. Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu
itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah
8. __________ sungguh pemandangan hutan
di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup
9. Pelajar Tahun Enam Waja sangat
__________ dan hormat kepada guru-
gurumereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh
10. Marsya berasa______________semasa
meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira
11. Samad menjolok buah mangga itu
dengan menggunakan sebatang galah
yang________
A tinggi
B besar
NAMA: ________________________ TINGKATAN: ____________________
2. C kontot
D panjang
12. Asam jawa selalu digunakan oleh emak
untuk menghilangkan
bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing
13. Penyanyi yang mempunyai suara
_______________itu mendapat tepukan
gemuruh daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring
14. Roziah yang ringan mulut itu
sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru
dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar
15. Para pendaki Gunung Kinabalu
meneruskan pendakian dalam____________
pagi tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan
16. Dahi adik kelihatan ______________
kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk
17. Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur
menjadi_____________ apabila menjelang
Hari Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram
18. Mata Aminah ____________ kerana
terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas
19. Jambatan yang _____________ itu akan
dilebarkan untuk kemudahan
penduduk Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar
20. Tapak tangan Pak Abu _____________
selepas mencangkul tanah di kebunnya
petang tadi.
A menggelupas
B menggerutu
C melecur
D melecet