際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Latihan Tatabahasa
SINONIM
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.
1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
A layu
B hidup
C kuncup
D kembang
2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
A kuat
B berani
C gentar
D kasar
3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam
dari desa itu.
A petang
B senja
C malam
D subuh
4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
A leka
B lena
C mudah
D selesa
5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
A sepi
B nyata
C jelas
D kabur
6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
A riuh
B hiba
C tenang
D lengang
7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
A sumbangan
B cadangan
C hasutan
D galakan
8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
A wasiat
B arahan
C utusan
D siasatan
9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.
A menelan
B mematuk
C memakan
D memagut
10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
A laju
B yakin
C tegas
D petah
11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
A takut
B sedih
C khuatir
D hampa
12 Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam
mesyuarat itu.
A kuat
B ragu
C cepat
D hebat
13 Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
A anjung
B perkarangan
C belakang
D serambi
14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.
A memujuk
B mengusir
C membentak
D menyanjung
15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
A malu
B sedih
C kecewa
D terkilan
16 Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu.
A menghentak
B memukul
C mengetuk
D menghentam
17  Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi, kata Siew Teng kepada adiknya.
A tukarkan
B gantikan
C ubahkan
D buangkan
18 Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.
A beralih
B berpindah
C bertandang
D berangkat
19 Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka.
A selalu
B jarang
C kadang-kadang
D sesekali
20 Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana
pada hujung tahun lepas.
A mendapati
B menggemari
C menghayati
D mengingati
21 Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi.
A menghimpun
B melonggok
C menyimpan
D memungut
22  Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya, kata ketua kampung.
A tiba
B tepat
C dekat
D sampai
23  Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan, kata Fauzan.
A urusan
B halangan
C sekatan
D bantahan
24 Mohd Kamal terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur.
A menghela
B memimpin
C mengheret
D memegang
25 Walaupun Shafizan seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong.
A cerdik
B cantik
C rajin
D berjaya
26 Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung
sedalam tiga puluh meter.
A terlajak
B terjatuh
C tergelincir
D terperosok
27 Semenjak saya berkawan dengan Basariah, dia tidak pernah bercakap bohong
walau sekalipun.
A berteman
B bersahabat
C berkenalan
D bersama
28 Majlis suai kenal pelatih kolej kejururawatan itu diadakan dengan pelbagai
acara pentas yang menarik.
A petugas
B pengawal
C pegawai
D penuntut
29  Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya, kata ayah.
A tempahan
B setempat
C negara kita
D negara luar
30  Fikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, nasihat Puan Hasiah
kepada anaknya.
A tuntutan
B tindakan
C kesilapan
D keinsafan
31 Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi.
A marak
B berapi
C terpancar
D terpasang
32 Pandangan yang kamu kemukakan akan dipertimbangkan.
A kasikan
B laporkan
C usulkan
D jelaskan
33  Kereta Naza Citra itu kepunyaan Cikgu Yusof, kata Dang Suria kepada
kawan-kawannya.
A milik
B harta
C keinginan
D kenderaan
34 Murid-murid Kelas Empat Kenanga yang keracunan makanan itu segera
dikejarkan ke hospital.
A dibawa
B dilarikan
C dipindahkan
D dikuarantinkan
35 Keris Taming Sari yang menjadi lagenda sejak turun-temurun itu akan
dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan.
A petanda
B kisah
C riwayat
D keagungan
36  Cis, membujur lalu melintang patah, alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan!  teriak Datuk Paduka Raja dengan lantangnya.
A tangis
B laung
C raung
D jerit
37  Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kata
Inspektor Rashid.
A tamatnya
B tempatnya
C kesudahannya
D kemudiannya
38 Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai bangsa hidup dalam suasana yang
harmoni dan saling membantu.
A berkira
B berbilang
C bermasyarakat
D berkaum-kaum
39 Doktor Laili tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa
menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan.
A memikirkan
B mengutamakan
C mengorbankan
D menghambakan
40 Fikirannya semakin bercelaru sejak kegagalannya mempertahankan jawatan
Pengarah Besar di syarikat itu.
A haru-biru
B tunggang-langgang
C kusut-masai
D kacau-bilau
41 Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menenggelamkan beberapa buah
kampung di daerah itu.
A kelmarin
B hari ini
C esok
D lusa
42 Sempadan antara Malaysia dan Thailand dikawal rapi oleh tentera kedua-dua
buah negara.
A selia
B kemas
C ketat
D baik
43 Guru kelas Empat Jaya telah mengumumkan keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun.
A menyampaikan
B mengisytiharkan
C menyatakan
D melaksanakan
44 Persekitaran Tanah Tinggi Cameron sungguh indah dan menarik perhatian
pelancong.
A cantik
B lawa
C megah
D gagah
45 Ikan paus ialah sejenis mamalia yang hidup di dalam laut.
A tinggal
B berada
C bernafas
D berkeluarga
46 Pelancong asing yang menyewa di bilik hotel itu telah pulang ke negaranya.
A pelawat
B penjawat
C pedagang
D pendatang
47 Menara Berkembar Petronas yang tinggi mencecah awan itu menjadi tarikan
pengunjung ke bandar raya Kuala Lumpur.
A mencapai
B menggapai
C mengawan
D menggunung
48 Artis yang sedang membuat persembahan di atas pentas itu adalah rakan lama
saya.
A mendirikan
B melakukan
C mengadakan
D menjalankan
49 Pihak polis mengedar poster kepada semua pengguna lebuh raya sempena
Kempen Keselamatan Jalanraya.
A memberi
B menghulur
C mengepos
D menghantar
50 Sebuah jejambat akan dibina di persimpangan itu kerana lalu-lintas di situ
semakin sibuk.
A kalut
B sesak
C sumbat
D penuh

More Related Content

Latihan tatabahasa

  • 1. Latihan Tatabahasa SINONIM Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris. 1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar. A layu B hidup C kuncup D kembang 2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan. A kuat B berani C gentar D kasar 3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu. A petang B senja C malam D subuh 4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk. A leka B lena C mudah D selesa 5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam. A sepi B nyata C jelas D kabur 6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut. A riuh B hiba C tenang D lengang 7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya. A sumbangan B cadangan C hasutan D galakan 8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya. A wasiat B arahan C utusan D siasatan
  • 2. 9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam. A menelan B mematuk C memakan D memagut 10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun. A laju B yakin C tegas D petah 11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya. A takut B sedih C khuatir D hampa 12 Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu. A kuat B ragu C cepat D hebat 13 Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya. A anjung B perkarangan C belakang D serambi 14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor. A memujuk B mengusir C membentak D menyanjung 15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak. A malu B sedih C kecewa D terkilan 16 Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu. A menghentak B memukul C mengetuk D menghentam 17 Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi, kata Siew Teng kepada adiknya. A tukarkan B gantikan C ubahkan D buangkan
  • 3. 18 Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan. A beralih B berpindah C bertandang D berangkat 19 Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka. A selalu B jarang C kadang-kadang D sesekali 20 Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas. A mendapati B menggemari C menghayati D mengingati 21 Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi. A menghimpun B melonggok C menyimpan D memungut 22 Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya, kata ketua kampung. A tiba B tepat C dekat D sampai 23 Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan, kata Fauzan. A urusan B halangan C sekatan D bantahan 24 Mohd Kamal terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur. A menghela B memimpin C mengheret D memegang 25 Walaupun Shafizan seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong. A cerdik B cantik C rajin D berjaya 26 Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung sedalam tiga puluh meter. A terlajak B terjatuh C tergelincir
  • 4. D terperosok 27 Semenjak saya berkawan dengan Basariah, dia tidak pernah bercakap bohong walau sekalipun. A berteman B bersahabat C berkenalan D bersama 28 Majlis suai kenal pelatih kolej kejururawatan itu diadakan dengan pelbagai acara pentas yang menarik. A petugas B pengawal C pegawai D penuntut 29 Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya, kata ayah. A tempahan B setempat C negara kita D negara luar 30 Fikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, nasihat Puan Hasiah kepada anaknya. A tuntutan B tindakan C kesilapan D keinsafan 31 Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi. A marak B berapi C terpancar D terpasang 32 Pandangan yang kamu kemukakan akan dipertimbangkan. A kasikan B laporkan C usulkan D jelaskan 33 Kereta Naza Citra itu kepunyaan Cikgu Yusof, kata Dang Suria kepada kawan-kawannya. A milik B harta C keinginan D kenderaan 34 Murid-murid Kelas Empat Kenanga yang keracunan makanan itu segera dikejarkan ke hospital. A dibawa B dilarikan C dipindahkan D dikuarantinkan
  • 5. 35 Keris Taming Sari yang menjadi lagenda sejak turun-temurun itu akan dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan. A petanda B kisah C riwayat D keagungan 36 Cis, membujur lalu melintang patah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! teriak Datuk Paduka Raja dengan lantangnya. A tangis B laung C raung D jerit 37 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kata Inspektor Rashid. A tamatnya B tempatnya C kesudahannya D kemudiannya 38 Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai bangsa hidup dalam suasana yang harmoni dan saling membantu. A berkira B berbilang C bermasyarakat D berkaum-kaum 39 Doktor Laili tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan. A memikirkan B mengutamakan C mengorbankan D menghambakan 40 Fikirannya semakin bercelaru sejak kegagalannya mempertahankan jawatan Pengarah Besar di syarikat itu. A haru-biru B tunggang-langgang C kusut-masai D kacau-bilau 41 Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menenggelamkan beberapa buah kampung di daerah itu. A kelmarin B hari ini C esok D lusa 42 Sempadan antara Malaysia dan Thailand dikawal rapi oleh tentera kedua-dua buah negara. A selia B kemas C ketat D baik
  • 6. 43 Guru kelas Empat Jaya telah mengumumkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. A menyampaikan B mengisytiharkan C menyatakan D melaksanakan 44 Persekitaran Tanah Tinggi Cameron sungguh indah dan menarik perhatian pelancong. A cantik B lawa C megah D gagah 45 Ikan paus ialah sejenis mamalia yang hidup di dalam laut. A tinggal B berada C bernafas D berkeluarga 46 Pelancong asing yang menyewa di bilik hotel itu telah pulang ke negaranya. A pelawat B penjawat C pedagang D pendatang 47 Menara Berkembar Petronas yang tinggi mencecah awan itu menjadi tarikan pengunjung ke bandar raya Kuala Lumpur. A mencapai B menggapai C mengawan D menggunung 48 Artis yang sedang membuat persembahan di atas pentas itu adalah rakan lama saya. A mendirikan B melakukan C mengadakan D menjalankan 49 Pihak polis mengedar poster kepada semua pengguna lebuh raya sempena Kempen Keselamatan Jalanraya. A memberi B menghulur C mengepos D menghantar 50 Sebuah jejambat akan dibina di persimpangan itu kerana lalu-lintas di situ semakin sibuk. A kalut B sesak C sumbat D penuh