Petikan tersebut memberikan informasi tentang aktiviti seorang murid bernama Habibah selepas pulang sekolah. Dalam 3 kalimat:
Habibah pulang ke rumah dengan menunggang basikal dengan berhati-hati. Dia memberi salam dan menyusun barang-barangnya sebelum menyalin pakaian sekolah dan berehat selepas makan. Petikan tersebut menekankan nilai-nilai disiplin dan kerja rumah.
1 of 14
Downloaded 792 times
More Related Content
Lembaran bm bhgn c
1. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
BAHASA MELAYU – TAHAP 2
LEMBARAN KERJA BAHAGIAN C
Tulis nilai murni atau pengajaran yang dinyatakan dalam pernyataan yang diberi.
BIL PERNYATAAN TERSURAT NILAI MURNI
1 Pada setiap hujung minggu, Amin sering membantu ibu
dan ayahnya di rumah.
2 Apabila bas tiba, Salim beratur untuk menaiki bas
tersebut.
3 Selepas bangun tidur, Umairah mengemas tempat
tidurnya sebelum masuk ke bilik air untuk menggosok
gigi dan mandi.
4 Jamilah mengelap meja makan selepas mereka
sekeluarga selesai makan malam.
5 Habib selalu menyimpan baki wang sakunya ke dalam
tabung yang dihadiahkan oleh ayahnya.
6 Penduduk Kampung Muhibah selalu bergotong-royong
membersihkan kawasan kampung mereka.
7 Shukri menolong mengeluarkan anak kucing yang
terjatuh ke dalam longkang di belakang rumahnya.
8 Kami membersihkan kelas pada setiap hari mengikut
jadual bertugas yang disediakan oleh guru kelas kami.
9 Siti mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati
Murni memberinya buah-buahan dari kampungnya itu.
10 Sebelum pergi ke sekolah, Haiqal bersalam dengan ibu
dan bapanya terlebih dahulu.
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 1
2. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis nilai murni atau pengajaran yang dinyatakan dalam pernyataan yang diberi.
BIL PERNYATAAN TERSURAT NILAI MURNI
1 Pada hari minggu saya dan keluarga berjoging dan
beriadah di taman rekreasi.
2 Setelah bersalaman dengan ibu dan ayahnya, Zamri
mengayuh basikal dengan berhati-hati menuju ke
sekolah.
3 David selalu mengejek Chong yang cacat dan hidup
dalam kemiskinan.
4 Kami tidur pada jam 10.00 malam agar dapat bangun
awal untuk bersiap ke sekolah.
5 Siti menaiki bas pergi ke sekolah. Biasanya dia sampai di
sekolah sebelum jam 7.00 pagi.
6 Mereka menggunakan lampu isyarat ketika hendak
melintas jalan.
7 Pada hujung minggu, Karim dan rakan-rakannya gemar
melastik burung di tepi hutan di hujung kampung
mereka.
8 Pada waktu rehat, semua murid pergi ke kantin untuk
membeli makanan dan minuman. Mereka beratur
dengan senyap ketika membeli makanan.
9 Sebagai pengawas sekolah, Rama sering menegur murid-
murid yang datang lewat ke sekolah.
10 Setelah bersara Pak Wahab gemar berkebun. Pelbagai
jenis sayur ditanam di kebunnya. Hasil tanaman itu
bukan sahaja dimakan, malahan dijual dan disedekahkan
kepada jiran-jiran.
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 2
3. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis nilai murni yang dapat kamu peroleh dari petikan di bawah.
LATIHAN A
Selepas makan malam, Sulimah tidak terus masuk ke biliknya. Dia membantu
ibunya mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk. Sisa-sisa makanan
dikumpulkannya lalu dibuang ke dalam tong sampah di belakang rumahnya.
Kemudian tong sampah itu ditutup semula.
Ulasan :
Kita mestilah mengamalkan sikap _______________ dengan membantu ibu
mengemas meja makan dan mencuci pinggan, seperti Sulimah. Selain itu, kita hendaklah
_______________________ dengan cara membuang sisa makanan dan sampah ke dalam
tong sampah yang disediakan.
LATIHAN B
Setelah selesai membantu ibunya, Karim pun masuk ke biliknya.
Diamengeluarkan buku sekolahnya untuk menyaipkan kerja sekolah. Dia
membuat kerja sekolahnya dengan tekun. Kira-kira pukul 9.00 malam, kerja
sekolahnya pun selesai. Sebelum tidur, Karim menutup lampu biliknya.
Ulasan:
Kita haruslah __________________ dan selalu menyiapkan kerja rumah
yang diberikan oleh guru. Seterusnya, kita perlulah ______________________
dengan tidur awal agar dapat bangun awal untuk ke sekolah. Akhir sekali, kita
wajarlah ________________ dengan menutup lampu untuk mengelakkan
pembaziran.
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 3
4. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis nilai murni yang dapat kamu peroleh dari petikan di bawah.
LATIHAN A
Harun sering membawa bekalan makanan yang dimasak oleh ibunya. Pada waktu
rehat, dia suka berkongsi makanan dengan rakan-rakannya. Rakan-rakannya selalu
memuji masakan ibu Harun. Selepas menikmati kelazatan makanan tersebut, mereka
mengucapkan terima kasih kepada Harun
Ulasan
Kita mestilah mengamalkan sikap berjimat cermat dengan ________________________
_________________________ seperti Harun. Selain dari itu, kita juga hendaklah sentiasa
baik hati untuk _____________________________________________________
Seterusnya, kita wajarlah bersyukur dan member penghargaan dengan cara _____________
______________________________________________.
LATIHAN B
Jason bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai mandi, Jason mengemaskan bilik tidurnya.
Selepas itu, Jason akan ke meja makan untuk bersarapan bersam-sama ayah dan
kakaknya. Sebelum ke sekolah, dia mencium tangan ibu dan ayahnya.
Ulasan
Kita patutlah berdisiplin dengan __________________________________
_______________________________________ seperti Jason. Di samping itu,
kita juga hendaklah sentiasa berkasih sayang ___________________________
__________________________________. Akhir sekali, kita wajarlah
menghormati ibu bapa dengan _______________________________________
_______________________________________________.
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 4
5. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Zalipah merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang yang ringan tulang.
Pada setiap hujung minggu, Zalipah selalu mernolong ibunya melakukan kerja-kerja
rumah.
Zalipah juga amat disukai dan disayangi oleh rakan-rakan dan guru-guru di
sekolahnya. Dia selalu menyiapkan setiap kerja rumah yang diberikan oleh gurunya
tepat pada masanya.
Selain dari menolong ibunya melakukan kerja-kerja rumah, Zalipah turut
membimbing dan menunjuk ajar adik-adiknya di rumah. Ibu dan bapanya berbangga
dengan sikap Zalipah yang amat bertanggungjawab terhadap diri dan keluarganya.
BIL PERNYATAAN NILAI MURNI
1 Dia seorang yang ringan tulang
2 Pada hujung minggu, Zalipah selalu menolong ibunya
melakukan kerja-kerja rumah.
3 Dia selalu menyiapkan setiap kerja rumah yang
diberikan oleh gurunya tepat pada masanya.
4 Zalipah turut membimbing dan menunjuk ajar adik-
adiknya di rumah.
5 Ibu dan bapanya berbangga dengan sikap Zalipah
yang amat bertanggungjawab terhadap diri dan
keluarganya.
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 5
6. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Amran amat meminati sukan olahraga. Cita-citanya untuk menjadi atlet olahraga
kebangsaan. Oleh yang demikian, dia kerap berlatih dan bersenam di padang sekolah.
Bakat dan kebolehan Amran telah diketahui oleh Cikgu Zami. Beliau sudi untuk melatih
Amran.
Sejak itu, Amran mengikut semua jadual dan nasihat Cikgu Zami. Dia akan hadir awal di
padang untuk menjalani latihan. Amran mengambil bahagian dalam banyak pertandingan
olahraga. Dia ingin tahu kebolehannya bersaing dengan peserta yang lain.
Kini, Amran telah mencapai cita-citanya. Walaupun begitu, dia tidak memandang
rendah peserta-peserta yang lain. Segala tunjuk ajar daripada Cikgu Zami tidak dilupakan.
Dia bangga dan gembira akan kejayaannya.
BIL PERNYATAAN NILAI MURNI
1 Oleh yang demikian, dia kerap berlatih dan bersenam
di padang sekolah.
2 Sejak itu, Amran mengikut semua jadual dan nasihat
Cikgu Zami.
3 Dia akan hadir awal di padang untuk menjalani
latihan.
4 Walaupun begitu, dia tidak memandang rendah
peserta-peserta yang lain.
5 Segala tunjuk ajar daripada Cikgu Zami tidak
dilupakan. Dia bangga dan gembira akan
kejayaannya.
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 6
7. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Syukur seorang pemuda yang rajin dan pandai. Di pejabat, dia rajin bekerja dan tidak
pernah mengabaikan kerjanya. Syukur tidak berbual-bual semasa waktu bekerja seperti
rakan-rakannya yang lain. Kadangkala rakan-rakannya akan menyindir Syukur, tetapi dia
tetap bersabar dan menganggap sindiran mereka sebagai satu gurauan sahaja.
Syukur tidak pernah mengampu ketuanya untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Dia
bekerja untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Pada suatu hari, rakan Syukur
marah-marah apabila ditegur oleh En Hashim, iaitu ketua mereka. Mereka menuduh
Syukur yang membuat aduan kepada ketua mereka, sedangkan Syukur tidak pernah
berbuat demikian.
Syukur bukan seorang yang berpura-pura. Dia dididik dengan pendidikan agama oleh
ibunya. Pada suatu hari, Syukur pernah diberi sogokan supaya meluluskan suatu projek,
tetapi dia tidak gelap mata. Dia mahu mencari rezeki dengan cara yang halal.
BIL PERNYATAAN NILAI MURNI
1
2
3
4
5
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 7
8. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Nani dan Nina pasangan kembar yang sering menjadi perhatian di sekolah. Mereka
sentiasa mendapat markah yang terbaik dalam setiap ujian dan peperiksaan. Masa yang
terluang sering diisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah.
Mereka sentiasa membantu guru-guru menyempurnakan tugas-tugas dan berbincang
dengan rakan-rakan tentang pelajaran. Dalam bidang kokurikulum mereka selalu
melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti perkhemahan dan
perbahasan. Mereka selalu mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan dan sering
Berjaya.
Pada waktu lapang, keluarga mereka selalu pergi melawat ke tempat yang menarik.
Mereka seronok dan bahagia dapat melakukan aktiviti keluarga bersama-sama.
Mereka juga tidak lupa pulang ke kampong menjenguk atok dan nenek, dan juga tidak
ketinggalan menghadiri pelbagai jemputan majlis sanak-saudara atau sahabat-handai.
BIL PERNYATAAN NILAI MURNI
1
2
3
4
5
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 8
9. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Setiap hari Isnin, Zetty akan menemani ibunya ke pasar malam. Zetty pergi
dengan rela hati. Dia akan berjalan di bahu jalan kerana jalan menuju ke pasar
malam sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.
Di pasar malam, Zetty melihat peniaga sudah mula menjual seawal jam 5.00
petang. Zetty dan ibunya terus ke gerai menjual ikan. Penjual ikan melayan
pelanggan dengan baik. Mereka tidak marah sekiranya ikan tidak jadi dibeli.
Selepas membayar harga ikan, Zetty dan ibunya ke gerai yang lain pula. Zetty
terpandang seorang wanita buta sedang meminta sedekah. Zetty berasa kasihan
melihat wanita itu. Dia terus memberikan wang sebanyak RM5.00 kepada wanita
buta itu dengan ikhlas. Setelah selesai membeli barang, Zetty dan ibunya pulang
ke rumah.
Kata bantu Nilai / Kata hubung Huraian Penanda
Pengajaran wacana
mesti agar menemani Selain itu,
ibunya ke pasar
malam
hendak supaya berjalan di bahu Di samping
jalan kerana itu,
jalan sibuk
patut dengan melayan Seterusnya
pelanggan
dengan baik
perlu untuk berasa kasihan Akhir sekali,
melihat wanita
itu
wajar kerana memberikan
wang sebanyak
RM5.00 kepada
wanita buta itu
dengan ikhlas
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 9
10. Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
Tulis lima nilai yang boleh didapati daripada petikan di bawah,
Habibah menunggang basikal dengan berhati-hati untuk pulang ke rumah selepas
tamat waktu persekolahan. Sebaik sahaja tiba di rumah dia memberi salam terlebih
dahulu. Kemudian, dia menyimpan basikal dan menyusun kasut di rak kasut.
Sebelum makan, Habibah menyalin pakaian sekolahnya terlebih dahulu. Selepas
makan, Habibah mencuci pinggan dan mengemas meja makan. Kemudian dia berehat
sebentar sambil membaca surat khabat untuk mengetahui perkembangan semasa.
Pada waktu malam, Habibah akan menyiapkan kerja sekolahnya terlebih dahulu
sebelum mengulang kaji pelajaran. Sebelum masuk tidur, dia akan menyusun buku
pelajarannya mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Habibah selalu masuk tidur awal
supaya tidak tergesa-gesa pada hari esoknya.
Kata bantu Nilai / Pengajaran Kata Huraian Penanda
hubung wacana
mesti berhemah tinggi agar Selain itu,
hendak hormat supaya Di samping
menghormati itu,
patut berdisiplin dengan Seterusnya
perlu bertanggungjawab untuk Akhir sekali,
wajar menghargai masa kerana
Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 10
11. Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 11
Basir tinggal di Kampung Duku. Bapanya hanya seorang petani yang sering bercucuk
tanam dan berkebun sayur. Menurut bapanya kalau kita rajin berusaha, tentu banyak hasil
yang akan kita peroleh. Hasil dari bercucuk tanam dan berkebun sayur, mereka tidak perlu
membeli sayur di pasar. Selain itu, hasil jualan sayur-sayuran itu disimpan dalam bank
untuk kegunaan mereka seisi keluarga.
Pada setiap hujung minggu, mereka sekeluarga akan bergotong royong membersihkan
kawasan persekitaran rumah. Basir dan keluarganya sentiasa menitikberatkan kebersihan
persekitaran untuk menghindarkan dari sebarang penyakit berbahaya.
Sekiranya terdapat upacara kenduri kendara di kampung mereka, Basir dan keluarganya
akan menghulurkan bantuan. Mereka akan membantu dengan seikhlas hati. Oleh sebab
itu, Basir dan keluarganya amat disenangi oleh semua penduduk kampung.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis lima nilai yang dapat diperoleh daripada petikan di bawah. Panjang
Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
12. Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 12
Rama : Ah Chong, kamu sudah melawat Razak?
Ah Chong : Belum, tetapi kenapa pula ya Rama? Apa yang terjadi pada Razak?
Rama : Oh, kamu tidak tahu ya! Razak ditimpa kemalangan semalam
semasamenunggang basikal ke sekolah.
Ah Chong : Oh, kasihan dia! Saya sudah banyak kali menasihati dia agar berhati-hati
semasa menunggang basikal. Namun begitu, dia tidak
mengendahkannya.
Rama : Tidak mengapalah sudah nasib dia. Marilah kita melawat dia di hospital.
Ah Chong : Rama, saya rasa hendak membeli buah tangan untuk Razak. Saya hendak
membeli buah-buahan untuk dia.
Rama : Ah Chong, apa kata kita berkongsi wang untuk membeli buah tangan
untuk Razak.
Ah Chong : Saya bersetuju, tapi saya tidak mempunyai wang yang banyak.
Rama : Tidak mengapa, saya boleh tambah jika kurang.
Ah Chong : Sungguh baik hati kamu Rama.
Rama : Oh, tidak mengapa! Itu perkara kecil sahaja.
Ah Chong : Jika begitu, marilah kita pergi ke kedai untuk membeli hadiah itu.
Rama : Sebentar ya, saya mesti memberitahu ibu saya dahulu.
Ah Chong : Baiklah.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis lima pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di bawah.
Contoh Lembaran Kerja Bahagian C
13. Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 13
Setiap hari, Hakim tidak sabar ke sekolah. Setelah memakai uniform, dia terus ke
sekolah walaupun waktu masih terlalu awal. Dia suka pergi awal ke sekolah kerana hendak
bermain bola bersama kawan-kawannya. Ada kalanya pakaian sekolahnya kotor kerana
terkena bola dan becak di padang. Kerana letih bermain, Hakim juga tidak dapat
menumpukan perhatian penuh terhadap pelajarannya.
Ibu Hakim sering menasihatkan Hakim supaya jangan bermain bola sepak pada waktu
pagi supaya badannya segar dan pakaian pula tidak kotor, tetapi dia tidak mendengarnya.
Kerana sikap degil dan suka bermain, Hakim turut tidak bersarapan pagi kerana takut
terlambat ke sekolah. Walaupun ibunya memberitahu kesan tidak bersarapan pagi, Hakim
tidak mempedulikannya.
Pada suatu hari Hakim sakit perut lalu dibawa oleh gurunya ke klinik. Doktor
mengesahkan dia mengalami penyakit gastrik. Sejak itu, Hakim menyesal. Dia juga
meminta maaf kepada ibunya kerana tidak mendengar nasihat sebelum ini.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis lima pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di bawah.
Contoh Lembaran Kerja Bahagian C