Lempar cakera adalah acara sukan dimana seseorang melempar cakera berat sejauh mungkin. Acara ini berasal dari zaman Yunani Kuno dan masih dipertandingkan dalam Sukan Olimpik modern. Cakera terbuat dari logam berat dan kayu, dengan teknik melempar yang melibatkan gerakan tangan dan badan untuk mencapai jarak maksimum.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Lempar cakera 3
1. Lempar cakera
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Sejarah
2 Peralatan
3 Peraturan dan Teknik
4 Keselamatan
[sunting]Sejarah
Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah jauh
lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera mula
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.
[sunting]Peralatan
Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di
sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan
menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.
[sunting]Peraturan dan Teknik
Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi
empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi
pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam.
Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan
tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan
menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.
Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya
menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan menggunakan sebelah
tangan yang belum digunakan lagi.
Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak mendapat
sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera. Pertandingan
melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik
lemparan baru telah diperkenalkan.
2. Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan bentuk
latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan terus
meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia dalam acara ini ialah Danapal
Naidu.
[sunting]Keselamatan
Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini bertujuan
untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini
berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan
lemparan.
Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.