1. LMCP 1532
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
TUGASAN 6: PEMANASAN GLOBAL
NAMA: NURUL NAJIHA BINTI IBRAHIM
NO. MATRIK: A164126
2. SOALAN
Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar
telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 tahun lalu.
Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang,
ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana
arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding,
tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk
mengurangkan atau mengatasi masalah ini.
Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi
dan adaptasi.
3. Definisi Pemanasan Global
Pemanasan global ialah eningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara
global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi.
Ia berlaku apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, kloro
flourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari
dan mengeluarakan semula sinaran tersebut, suhu purata atmosfera bumi akan
meningkat. Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem
atmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata atmosfera
bumi.
Kesannya, purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca di bumi. Pemanasan
global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artik dan
Antartika. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut.
Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam
sudah mula mengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau (island states)
seperrti Vanuatu telah kehilangan beberapa pulau-pulau kecil akibat kenaikan aras
laut.
5. MITIGASI
Mitigasi adalah usaha untuk mengurangkan risiko bencana. Antaranya dengan
melaksanakan usaha berikut;
Tidak menggunakan gas yang mengandungi CFC
Tidak membuat penebangan pokok secara sesuka hati dan menggalakkan
penanaman pokok
Melaksanakan kempen perkongsian kereta dan kempen kesedaran pemanasan
global
Mengurangkan penggunaan gas karbon monoksida dan gas karbon dioksida
6. Adaptasi ialah penyesuaian sistem alam dan manusia terhadap stimulus
bencana alam nyata. Langkah yang boleh dilakukan ialah;
1. Memelihara hutan simpan dan kawasan paya bakau dengan baik
2. Menggurangkan penggunaan bahan api
3. Meningkatkan dan memperluas kempen kitar semula
4. Membina sistem perparitan yang lancar
ADAPTASI