2. • Parti-parti politik yang muncul di Sarawak sebelum
penubuhan Malaysia muncul sekitar tahun-tahun
1959-1963.
• Ia dirangsang oleh rancangan pilihan raya dan
pengenalan institusi parliman.
3. • Di kalangan orang Cina pula, gerakan politik mereka
pada peringkat awal lebih mementingkan politik di
China.
• Wujud dua kelompok politik iaitu golongan berhalian
kanan dan kiri.
4. • Ia selaras dengan perkembangan Parti Kuomintang
dan Parti Komunis Cina.
• Manakala kegiatan politik masyarakat Dayak hamper
tidak ada dan hanya baru muncul pada awal tahun
1960-an.
5. SARAWAK UNITED PEOPLE’S PARTY
( SUPP )
• Parti ini diasaskan pada tahun 1955 dan dianggap
parti terawal di Sarawak.
• Bagaimanapun parti ini hanya dirasmikan penu-
buhannya pada 12 Jun 1959.
6. • Diketuai oleh Ong Kee Hui dengan Stephen Yong
sebagai Setiausaha.
• Penubuhan SUPP dibenarkan oleh Gabenor Sarawak
sebagai sebuah parti berbilang kaum tetapi parti ini
telah dimonopoli oleh orang Cina.
7. • Untuk memperluaskan pengaruhnya, SUPP telah
menubuhkan cawangan dan ranting parti di seluruh
Sarawak.
• Cawangan dan ranting ini berfungsi menyampaikan
maklumat dan arahan dari ibu pejabat parti di Kuching
dan mengambil ahli-ahli Baru.
• Pada tahun 1961, SUPP mendakwa telah mempunyai
lebih 45,000 ahli dengan 46 cawangan dan ranting
yang dibentuk di seluruh Sarawak.
8. • SUPP mendapat sokongan yang kuat di Sarawak khasnya dari
kalangan orang Cina.
• Keadaan ini membimbangkan pihak kerajaan dan pemimpin
kaum lain tentang penguasaan SUPP dalam politik Sarawak
nanti.
• Justeru itu, kerajaan menggalakkan penubuhan parti-parti
politik lain di Sarawak untuk memecahbelahkan pengaruh
SUPP.
9. • Antara tokoh-tokoh yang terlibat termasuklah Ong Kee
Hui, Stephen Yong dan S.K. Reddi.
• Parti ini bersifat berbilang kaum dan menekankan
ketaatan kepada Sarawak.
10. • Walaupun begitu kepimpinan parti ini sehingga tahun
1970 dikuasai oleh kaum Cina.
• Kerajaan British menggalakkan perkembangan parti
ini dalam usaha membendung merebaknya
komunisme di kalangan orang Cina.
11. • SUPP mendakwa mempunyai 41 836 orang ahli
berdaftar dan 23 929 daripadanya orang Cina.
• Pada peringkat awal SUPP menentang gagasan
Malaysia kerana menganggap Sarawak perlu merdeka
dahulu.
12. • Selepas itu barulah Sarawak memikirkan persekutuan
dengan Brunei dan Sabah.
• Tuduhan mengatakan SUPP menentang rancangan
Malaysia dinafikan kemudiannya oleh Ong Kee Hui
yang menjadi presiden parti tersebut.
13. SCA (Sarawak Chinese Association)
• Golongan kaya kaum Cina Sarawak memikirkan
perlunya ada sebuah parti alternatif kepada SUPP
yang dianggap berkecenderungan sosialis.
14. • SCA dirasmikan penubuhannya pada bulan Julai 1962.
• Parti ini dikatakan ada kaitan dengan MCA dan
penubuhannya dirangsang oleh pegawai-pegawai
MCA yang pernah melawat Sarawak.
15. • Pengasasnya terdiri daripada ahli perniagaan Gina,
iaitu komuniti Teochew dari Kuching dan komuniti
Foochow dari Sibu.
• SCA dianggap oleh orang Gina sebagai parti pro-
kerajaan yang disokong oleh golongan kaya dan
berpengaruh.
16. • Presiden pertama parti ini ialah William Tan dan
kemudiannya diambil alih oleh Lim Bing Siew. Parti ini
menyokong gagasan Malaysia.
17. • Pada tahun 1962, sebuah lagi parti Cina, Sarawak
Chinese Association (SCA) ditubuhkan yang tidak
sealiran dengan perjuangan SUPP.
• Dengan itu, penglibatan orang Cina dalam politik
Sarawak diwakili oleh dua buah parti politik, iaitu
SUPP dan SCA
18. • Dengan itu juga, jelas bahawa penubuhan SUPP telah
mendorong kaum Melayu dan Dayak untuk
menubuhkan parti politik mereka bagi memelihara
kepentingan kaum masing-masing
19. • SCA ialah parti politik Cina kedua yang dihibuhkan di
Sarawak.
• Ini berikutan dengan kesedaran dalam kalangan
golongan Cina berharta bahawa komuniti Cina
memerlukan sebuah organisasi politik yang dapat
memelihara kepentingan mereka apabila Sarawak
mencapai kemerdekaan.
20. • Penubuhan SCA bukan sahaja untuk menyatukan
orang Gina menjadi rakyat yang setia kepada. negeri
Sarawak tetapi juga agar dapat merapatkan hubungan
mereka dengan kaum Burniputera dalam proses
Sarawak ke arah berkerajaan sendiri.
21. • Berbeza dengan SUPP, SCA menyokong rancangan
Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul
Rahman.
• SCA bersetuju dengan rancangan Malaysia kerana
parti ini yakin Sarawak akan menikmati kemerdekaan
dan pemerintahan sendiri melalui pembentukan
Malaysia.
22. • SCA percaya sebagai sebahagian daripada kawasan Asia
Tenggara dan terletak berdekatan dengan pusat politik
dunia, Sarawak senang ditakluki oleh kuasa lain.
• Oleh itu, sekiranya negeri Sarawak cuba berdiri sendiri pasti
akan gagal.
• Dengan itu, SCA menyokong penyertaan Sarawak dalam
Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan kerajaan sendiri
dan kemerdekaan.
23. • Atas kesedaran ini, SCA dan empat parti politik pro-Malaysia (PANAS,
SNAP, PESAKA dan BARJASA) telah membentuk satu pakatan yang
dikenali Sarawak Alliance Party (SAP) P4SAP bertujuan menyatukan
penduduk negeri Sarawak dan mencapai kemerdekaan bagi Sarawak
dalam lingkungan Malaysia. lni selaras dengan objektif dan
perjuangan SCA. Maka, tidak hairanlah SCA menyertai SAP bersama-
sama dengan parti komponen lain untuk bersaing dengan SUPP dalam
pilihan raya tahun 1963.
24. • Pada pilihanraya 1963 SCA gagal menyaigi SUPP dalam mendapat
sokongan masyarakat Cina di Sarawak.
25. SNAP (Sarawak National Party)
• Parti ini diasaskan oleh J.S. Tinker bersama-sama
Edward Howell, Lionll Bediman Ketit dan Stephen
Kalaong Ningkarn.
26. • Parti yang diasaskan pada 10 April 1961 ini menekankan
perjuangan kebangsaan Sarawak dan kemajuan bumiputera.
• Sokongan utama parti ini datangnya daripada Bahagian
Kedua Sarawak.
• Pada peringkat awal gagasan Malaysia, parti ini tidak
menyokong tetapi mengubah pendirian selepas bulan April
1962.