際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Kenapa madu tidak sesuai 
untuk bayi bawah umur setahun? 
Sebelum anda mengatakan ini teori konspirasi, atau cuma agenda pihak-pihak tertentu memburukkan makanan sunnah, sila 
bukakan minda seluasnya untuk meneruskan pembacaan dengan mengambil kira beberapa perkara ini : 
*Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu 
pada lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu.
*Ditegaskan bahawa, madu memang makanan sunnah dan sedia maklum khasiatnya, artikel ini tidak mengatakan bahawa madu itu 
membawa keburukan sepenuhnya, namun kami cuba menyampaikan sesuatu maklumat bedasarkan kajian terkini. 
*Di dalam al-Quran telah disebutkan banyak lagi makanan sunnah sebagai penawar, Buah Kurma, Buah Delima, Habbatussauda, 
Susu Kambing , Buah Zaitun dan lainnya juga sangat berkhasiat, jadi tiada apa kurangnya jika menunggu anak sehingga berumur 1 
tahun baru diberi madu. 
*Jika apa yang mahu disampaikan ini teori konspirasi, maka adalah sia-sia pihak pengeluar madu ternama di luar negara iaitu Madu 
Manuka sentiasa menulis di label botol produk mereka 'tidak boleh diberi untuk bayi 1 tahun ke bawah' , bukankah lebih untung 
pada mereka jika tulis 'boleh digunakan oleh semua peringkat umur' 
PENGENALAN 
Kenapa tidak selamat? 
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama clostridium botulinum yang boleh menyebabkan penyakit yang sangat 
merbahaya iaitu Botulism Bayi. 
Spora ini sangat sukar dibunuh juga ianya tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan. 
Apakah botulism? 
Botulism akan menyerang sistem saraf yang boleh menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan 
kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah,cirit-birit dan sakit badan. 
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi? 
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan 
menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan 
botulism. 
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat botulism? 
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat sederhana,dan sesetengah lagi bersifat merbahaya sehingga menyebabkan 
kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 
bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun. 
Simptom-simptom: 
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang
keracunan makanan atau makanan tercemar. 
2. Kepenatan (lethargy,weakness) 
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control) 
4. pertukaran nada nangis(altered cry) 
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar 
kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh 
tangan,kaki,badan dan otot pernafasan 
Bagaimana pula dengan orang dewasa? 
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa. Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk 
menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini. 
*Maklumat dikumpulkan oleh Puan Zaleha Khalid dan Puan Azza Jauhar 
Laporan kes botulism : http://pediatrics.aappublications.org/content/122/1/e73.full.pdf 
http://faculty.weber.edu/ewalker/Medicinal_Chemistry/topics/Cholinergic2/botulism.htm 
http://www.bees-and-beekeeping.com/infant-botulism.html 
Sumber : http://wholesomebabyfood.momtastic.com/infantbotulismhoney.htm#.UaSmvYwaySM 
http://drzubaidi.com/blog/?p=3946

More Related Content

Madu 1 tahun

  • 1. Kenapa madu tidak sesuai untuk bayi bawah umur setahun? Sebelum anda mengatakan ini teori konspirasi, atau cuma agenda pihak-pihak tertentu memburukkan makanan sunnah, sila bukakan minda seluasnya untuk meneruskan pembacaan dengan mengambil kira beberapa perkara ini : *Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu pada lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu.
  • 2. *Ditegaskan bahawa, madu memang makanan sunnah dan sedia maklum khasiatnya, artikel ini tidak mengatakan bahawa madu itu membawa keburukan sepenuhnya, namun kami cuba menyampaikan sesuatu maklumat bedasarkan kajian terkini. *Di dalam al-Quran telah disebutkan banyak lagi makanan sunnah sebagai penawar, Buah Kurma, Buah Delima, Habbatussauda, Susu Kambing , Buah Zaitun dan lainnya juga sangat berkhasiat, jadi tiada apa kurangnya jika menunggu anak sehingga berumur 1 tahun baru diberi madu. *Jika apa yang mahu disampaikan ini teori konspirasi, maka adalah sia-sia pihak pengeluar madu ternama di luar negara iaitu Madu Manuka sentiasa menulis di label botol produk mereka 'tidak boleh diberi untuk bayi 1 tahun ke bawah' , bukankah lebih untung pada mereka jika tulis 'boleh digunakan oleh semua peringkat umur' PENGENALAN Kenapa tidak selamat? Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama clostridium botulinum yang boleh menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu Botulism Bayi. Spora ini sangat sukar dibunuh juga ianya tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan. Apakah botulism? Botulism akan menyerang sistem saraf yang boleh menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah-muntah,cirit-birit dan sakit badan. Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi? Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan botulism. Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat botulism? Terdapat sesetengah kes botulism bersifat sederhana,dan sesetengah lagi bersifat merbahaya sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun. Simptom-simptom: 1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang
  • 3. keracunan makanan atau makanan tercemar. 2. Kepenatan (lethargy,weakness) 3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control) 4. pertukaran nada nangis(altered cry) Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan Bagaimana pula dengan orang dewasa? Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa. Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini. *Maklumat dikumpulkan oleh Puan Zaleha Khalid dan Puan Azza Jauhar Laporan kes botulism : http://pediatrics.aappublications.org/content/122/1/e73.full.pdf http://faculty.weber.edu/ewalker/Medicinal_Chemistry/topics/Cholinergic2/botulism.htm http://www.bees-and-beekeeping.com/infant-botulism.html Sumber : http://wholesomebabyfood.momtastic.com/infantbotulismhoney.htm#.UaSmvYwaySM http://drzubaidi.com/blog/?p=3946