1. EDARAN MPSMJ
MAKLUMAT UNTUK PENYUMBANG-PENYUMBANG
ARTIKEL JURNAL PENDIDIKAN MPSM JOHOR EDISI 2011
DAN
JURNAL KAJIAN TINDAKAN MPSM EDISI 2011
JURNAL PENDIDIKAN MPSMJ EDISI 2011
1. Sumbangan
Tiap-tiap sumbangan boleh diberikan dalam mana-mana bentuk berikut :
(a) Artikel/rencana
(b) Laporan penyelidikan/tinjauan
Bahan-bahan tersebut mestilah yang belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk
diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Sila hantar satu salinan bercetak (hardcopy) berserta dengan
salinan dalam disket/CD (softcopy) kepada urus setia Jurnal.
2. Manusksrip
Setiap sumbangan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan hendaklah tidak
melebihi 4,000 patah perkataan. Manuskrip juga hendaklah ditaip dalam langkau 1 baris menggunakan
bentuk huruf arial (11 point) dan ruangan tepi 1 遜 inci pada semua halaman kertas.
3. Abstrak
Setiap manuskrip hendaklah disertakan dengan satu abstrak yang panjangnya tidak melebihi 100 patah
perkataan dan hendaklah ditaip dalam halaman yang berasingan.
4. Penilaian dan Pemilihan Sumbangan
Dalam pemilihan sumbangan, keutamaan akan diberikan kepada penulisan yang berkaitan pengurusan,
kepimpinan pendidikan dan aspek-aspek pembelajaran pengajaran terkini serta mengandungi ciri-ciri
yang boleh diperkayakan, membantu serta memperkukuhkan lagi profesionalisme para pentadbir
pendidikan dan guru-guru.
5. Pengenalan Penulis
Sumbangan penulisan hanya dibuka kepada Pengetua sekolah menengah negeri Johor sahaja. Sila
sertakan pengenalan penulis atau biodata penulis berserta sekeping gambar berukuran passport bagi
setiap sumbangan anda. Sila gunakan halaman berasingan.
6. Petikan-Petikan
Rujukan yang dipetik hendaklah merangkumi nama akhir penulis, tahun cetak serta muka surat. Contohnya,
(Richards, 1999:219)
7. Rujukan
Bibliografi yang lengkap mestilah ditaip di bawah tajuk Rujukan dan disusun mengikut urutan huruf nama
penulis. Contoh :
Rujukan :
Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kouzes, J.(1995). The Leadership Challenge. San Francisco : Jossey Bass.
8. Polisi Editorial
Pihak editorial berhak untuk meringkaskan atau mengedit manuskrip yang diterima untuk kesesuaian
penjelasan dan gaya. Pihak pengarang juga berhak menolak mana-mana manuskrip yang difikirkan tidak
sesuai. Manuskrip yang dihantar kepada pengarang tidak akan dikembalikan.
2. 9. Tema Jurnal dan Tarikh Tutup
(a) Tema jurnal edisi 2011 ialah Pengetua Berkualiti Penjana Transformasi Pendidikan Negara
(b) Tarikh tutup penerimaan pada : 15 MEI 2011
10. Sila alamatkan sumbangan artikel anda iaitu
(a) Sesalinan artikel bercetak
(b) Soft copy yang mengandungi artikel dan biodata penulis beserta gambar ukuran passport kepada :
Urus setia Jurnal Pendidikan MPPSM Edisi 2011
d/a SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya (u.p. En. Azman Adnan)
atau Email kepada pkpsmjohor@gmail.com sebelum atau pada 15 MEI 2011.
Hanya artikel yang bersesuaian dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan untuk disiarkan oleh panel jurnal.
JURNAL KAJIAN TINDAKAN MPSMJ EDISI 2011
1. Sumbangan
Tiap-tiap sumbangan hendaklah berdasarkan dalam bentuk format penulisan laporan kajian tindakan
dan berdasarkan kajian tindakan yang dilakukan di sekolah masing-masing.
Bahan-bahan tersebut mestilah yang belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk
diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Sila hantar satu salinan bercetak (hardcopy) berserta dengan
salinan dalam disket/CD (softcopy) kepada urus setia Jurnal.
2. Manusksrip
Setiap sumbangan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, ditaip dalam langkau 1
baris menggunakan bentuk huruf arial (11 point) dan ruangan tepi 1 遜 inci pada semua halaman kertas.
3. Abstrak
Setiap manuskrip hendaklah disertakan dengan satu abstrak yang panjangnya tidak melebihi 100 patah
perkataan dan hendaklah ditaip dalam halaman yang berasingan.
4. Pengenalan Penulis
Sumbangan penulisan hanya dibuka kepada Pengetua sekolah menengah negeri Johor sahaja. Sila
sertakan pengenalan penulis atau biodata penulis berserta sekeping gambar berukuran passport bagi
setiap sumbangan anda. Sila gunakan halaman berasingan.
5. Rujukan
Bibliografi yang lengkap mestilah ditaip di bawah tajuk Rujukan dan disusun mengikut urutan huruf nama
penulis. Contoh :
Rujukan :
Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kouzes, J.(1995). The Leadership Challenge. San Francisco : Jossey Bass.
6. Polisi Editorial
Pihak editorial berhak untuk meringkaskan atau mengedit manuskrip yang diterima untuk kesesuaian
penjelasan dan gaya. Pihak pengarang juga berhak menolak mana-mana manuskrip yang difikirkan tidak
sesuai. Manuskrip yang dihantar kepada pengarang tidak akan dikembalikan.
7. Sila alamatkan sumbangan artikel anda iaitu
(c) Sesalinan artikel bercetak
(d) Soft copy yang mengandungi artikel dan biodata penulis beserta gambar ukuran passport kepada :
Urus setia Jurnal Kajian Tindakan MPPSM
d/a SMK Tanjung Datuk, Pengerang, Johor (u.p. Tuan Haji Mohamad bin Mahadi)
Tel : 0197700374
atau Email kepada mohamadmahadi_08@yahoo.com sebelum atau pada 15 MEI 2011.
Hanya artikel yang bersesuaian dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan untuk disiarkan oleh panel jurnal.