2. Semasa era pemerintahan Shogun
Ashikaga[Abadke-16], Jepun
mengalami perubahan ekonomi.
Antara perubahan yang berlaku
ialah:-
Industri pembuatan
kertas, barang logam dan
tenunan berkembang pesat.
Pasar2 kecil [pusat pertukaran
wang, kedai beras dan sake]
berkembang menjadi bandar
perdagangan.
Perusahaan tempatan berasaskan
daerah dan dipasarkan antara
daerah. Sebagai contoh
pengeluaran kain kapas di Kinai
dan pengeluaran ulat sutera dan
alat tenunan di Fukushima.
Shogun Ashikaga
4. Petempatan
Masyarakat Maritim Jepun tinggal di
persisiran pantai dan kepulauan.
Jepun terdiri dari pulau-pulau yang
dikelilingi laut.
Kedudukan berhampiran dengan laut
memudahkan mereka menjalankan
aktiviti perdagangan, menangkap ikan
dan mengutip hasil laut.
Masyarakat maritim yang tinggal di
Perkampungan nelayan di Yokohama.
Kegiatan ekonomi mereka ialah
menangkap ikan dan mengutip hasil
laut (seperti mutiara).
5. Kepesatan aktiviti perdagangan
membawa kepada berkembangnya bandar2
di Jepun. Selain itu,mata wang perak
telah diperkenalkan bagi memudahkan
urusan perdagangan.
Kyoto menjadi pusat ekonomi dan
bandaraya terbesar.
Osaka pula bebas daripada domain
bangsawan feudal dan hanya dikuasai
oleh pedagang tempatan.
Muncul bandar-bandar
besar dan pengenalan mata
wang
6. Pelabuhan Entreport
Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan
melalui pelabuhan entreport
Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki.
Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah
mengeksport
perak, berlian, tembaga, pedang, dan
barang-barang lainnya.
Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan
produk-produk Asia Tenggara (seperti gula
dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah
jarang diimport oleh Jepun kerana
masyarakatnya tidak banyak makan daging.
Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi
tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun
dan China.
7. Teknologi Perkapalan
Masyarakat Maritim Jepun terdedah kepada
kemahiran dalam pembinaan kapal dan
perahu.
Mereka mempunyai kemahiran membina kapal
layar yang dikenali sebagai Shuisen.
Kapal layar ini digunakan untuk belayar
ke pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara.
Kapal yang dikenali sebagai Higaki-kaisen
dan Taru-Kaisen digunakan dalam kegiatan
perdagangan. Kapal ini digunakan dalam
laluan perdagangan yang melibatkan laluan
antara Osaka dan Edo.
8. Teknologi Pelayaran
Masyarakat Maritim Jepun mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam bidang
pelayaran, berkemahiran dalam ilmu
astronomi, kartografi dan nautika serta
berpengetahuan dalam pembinaan kapal
layar.
Mereka menerima pengetahuan dalam
bidang perkapalan daripada pedagang
Barat seperti Portugal, British,
Belanda dan Sepanyol.
Ini menyebabkan mereka melancarkan
ekspedisi pelayaran ke seberang laut.
9. Penjelajahan dan Penerokaan
Menjelang awal abad ke-17, lebih
daripada 350 buah kapal terlibat
dalam pelayaran ke luar negeri.
Secara purata, Jepun menghatar 14
ekspedisi perdagangan ke negara-
negara lain setiap tahun.
Matlamat utama pelayaran untuk
berdagang dengan negara-negara
lain.
10. Pada abad ke-17, berlaku
perubahan dasar di
Jepun. Pemerintahan
Tokugawa di bawah Shogun
Ieyasu mengamalkan dasar
tutup pintu kerana curiga
dengan Barat. Dasar ini
menyebabkan:
Kepesatan perdagangan di
Jepun berakhir.
Perdagangan dengan
negara luar diharamkan.
Shogun Ieyasu