際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
Kod : BBD 18003

Program Pensiswazahan Guru
Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah

Tn Hj Mohd Nor Ihkasan
MATLAMAT
KURIKULUM
SEKOLAH RENDAH
PETA KONSEP MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Sebelum
Sebelum
Penjajahan
Penjajahan

Semasa
Semasa
Penjajahan
Penjajahan

Selepas
Selepas
Merdeka
Merdeka
MATLAMAT KURIKULUM
SEBELUM PENJAJAHAN INGGERIS
 Pendidikan zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak

tradisional.

 Matlamat pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan keharmonian

kehidupan.

 Anak-anak dididik oleh ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja

sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa sendiri.

 Anak-anak perempuan pula diajar untuk menguruskan rumah sebagai

latihan untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan apabila mereka
dewasa dan menjadi suri rumah.

 Untuk kehidupan akhirat, kanak-kanak mendapat pendidikan

berkaitan agama Islam melalui guru atau imam yang diadakan di surausurau. Kanak-kanak ini diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan
fardhu ain dan fardhu kifayah.
MATLAMAT KURIKULUM
SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS
 Pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan

menubuhkan sekolah-sekolah vernakular.

 Tiga jenis sekolah vernakular:
 sekolah vernakular Melayu (bahasa pengantar bahasa Melayu)
 sekolah vernakular Cina
(bahasa pengantar bahasa Cina)
 sekolah vernakular Tamil (bahasa pengantar bahasa Tamil)
 Memperkenalkan sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa

pengantar bahasa Inggeris

 Matlamat pendidikan pada ketika itu ialah memberikan pendidikan asas

kepada kanak-kanak di negara ini agar mereka dapat meneruskan
aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

 Pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular dan sekolah Inggeris yang

menggunakan kurikulum yang berbeza-beza ini juga sebagai memenuhi
dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah.
MATLAMAT KURIKULUM
SELEPAS PENJAJAHAN INGGERIS
 Berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan Penyata Razak

1956.

 Penyata Razak 1956 (Para 12) menyatakan kepentingan semua bangsa

menggunakan bahasa kebangsaaan sebagai bahasa pengantar yang
besar.

 Pendidikan adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu

melalui kurikulum yang sama.

 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama

di sekolah-sekolah.
Akta Pelajaran 1961
. . . Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang
diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah
untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan
dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politiknya.
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran kebangsaan ditubuhkan bagi mengkaji
kurikulum kebangsaan.

Laporan kajian disiap pada tahun 1979.
Perubahan dilaksanakan di sekolah rendah dan

sekolah menengah.

Perubahan dilaksanakan secara berperingkat bermula

di peringkat sekolah rendah dan diikuti di peringkat
sekolah menengah.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan

untuk perkembangan diri individu secara
menyeluruh.

 Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang
untuk membolehkan murid-murid mendapat
kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang
komunikasi, bidang manusia dengan alam keliling
dan bidang perkembangan diri individu sesuai
dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan
mental serta kesediaan murid-murid itu.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Diperkenalkan pada tahun 1982.
Dilaksanakan di seluruh negara pada 1983.
Penekanan kepada kemahiran 3M: membaca, menulis

dan mengira
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Diperkenalkan pada tahun 1993
Mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan

menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Mulai tahun 2001
 Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan
perkembangan dan keperluan semasa.
 Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21.
 Diharapkan KBSR akan dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah
dalam berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan sebenar.
 Murid perlu dididik bukan sahaja untuk berfikir dan berilmu pengetahuan luas,
tetapi juga beretika tinggi dan bijaksana, serta berkeupayaan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.
 KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik
agar murid-murid sedar akan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang maju
serta berilmu.
 Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat
sekolah rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang
menyeluruh.
Matlamat Setiap Mata PelajaranKBSR
 Bahasa Melayu KBSR

Untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.
 Bahasa Inggeris KBSR

To equip learners with basic skills and knowledge of the English language so as to enable
them to communicate, both orally and in writing, in and out of school.
 Matematik KBSR

Untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas
mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan
urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat
masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.
 Sains KBSR

Untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik,
kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada murid bagi membolehkan
mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan
penyiasatan.
 Kajian Tempatan KBSR

Untuk melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan
berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif
dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.
 Kemahiran Hidup KBSR

Membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan
teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri,
mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja
yang baik.
 Pendidikan Islam KBSR

Untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh
dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan
khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun
bangsa dan negara.
 Pendidikan Moral KBSR
Membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
keharmoniah dan kestabilan negaraserta masyarakat global.
 Pendidikan Seni KBSR
Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.
 Muzik KBSR
Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang
muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam
aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat
mengamalkan nilai murni.
 Pendidikan Jasmani KBSR
Membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan
kecergasan.
 Pendidikan Kesihatan KBSR
Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif
terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR
Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka
dalam masyarakat dan negara dan melahirkan anggota masyarakat dan warganegara
yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan
masyarakat, negara dan dunia.
Objektif KBSR
 Menguasai Bahasa Melayu dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
 Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
 Menguasai kemahiran asas matematik dalam kehidupan harian.
 Menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
 Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang
rasional, kritis dan kreatif
 Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
 Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri.
 Memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan.
 Mempunyai kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
 Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
 Memahami dan menikmati aktiviti kesenian dan rekreasi.
 Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
 Menguasai kemahiran keusahawanan dan produktiviti.
 Menguasai kemahiran pengertian al-Quran.
 Meyakini asas-asas keimanan dan akhlak mulia serta melakukan perintah
tuhan serta menjauhi laranganNya.
 Membina semangat patriotisme.
 Mengembangkan bakat dan kreativiti.
 Mengamalkan sikap dan perlakuan nilai murni.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
 Pada tahun 2011, KSSR dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1 untuk

menggantikan KBSR.

 Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang

seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang :








komunikasi
sains dan teknologi
perkembangan fizikal dan estetika
keterampilan diri
kemanusiaan dan kerohanian
sikap dan nilai

 Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

 KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan

teori pembelajaran terkini.
 KSSR mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO :

belajar untuk mengetahui

belajar untuk bertindak

belajar untuk hidup bersama

belajar untuk membentuk peribadi
 Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas
untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu.
 Tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih murid-murid supaya
mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Muridmurid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber
seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka seperti buku
internet dan sebagainya.
 Dalam setiap modul KSSR dinyatakan matlamat dan objektif yang berkaitan.
Kesimpulan
Matlamat pendidikan akan berbeza dan berubah mengikut lokasi,
keadaan dan masa. Pada asasnya pendidikan yang berlangsung
dalam negara masa kini adalah ke arah merealisasikan hasrat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang
selaras dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan
ahlinya.Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah
pada hakikatnya selari dengan pernyataan-pernyataan yang
terkandung dalam FPK.

More Related Content

Matlamat+kurikulum+sekolah+rendah

  • 1. KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH Kod : BBD 18003 Program Pensiswazahan Guru Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah Tn Hj Mohd Nor Ihkasan
  • 3. PETA KONSEP MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
  • 4. MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH Sebelum Sebelum Penjajahan Penjajahan Semasa Semasa Penjajahan Penjajahan Selepas Selepas Merdeka Merdeka
  • 5. MATLAMAT KURIKULUM SEBELUM PENJAJAHAN INGGERIS Pendidikan zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional. Matlamat pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Anak-anak dididik oleh ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Anak-anak perempuan pula diajar untuk menguruskan rumah sebagai latihan untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan apabila mereka dewasa dan menjadi suri rumah. Untuk kehidupan akhirat, kanak-kanak mendapat pendidikan berkaitan agama Islam melalui guru atau imam yang diadakan di surausurau. Kanak-kanak ini diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
  • 6. MATLAMAT KURIKULUM SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS Pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular. Tiga jenis sekolah vernakular: sekolah vernakular Melayu (bahasa pengantar bahasa Melayu) sekolah vernakular Cina (bahasa pengantar bahasa Cina) sekolah vernakular Tamil (bahasa pengantar bahasa Tamil) Memperkenalkan sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris Matlamat pendidikan pada ketika itu ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak di negara ini agar mereka dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular dan sekolah Inggeris yang menggunakan kurikulum yang berbeza-beza ini juga sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah.
  • 7. MATLAMAT KURIKULUM SELEPAS PENJAJAHAN INGGERIS Berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan Penyata Razak 1956. Penyata Razak 1956 (Para 12) menyatakan kepentingan semua bangsa menggunakan bahasa kebangsaaan sebagai bahasa pengantar yang besar. Pendidikan adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu melalui kurikulum yang sama. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah.
  • 8. Akta Pelajaran 1961 . . . Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.
  • 9. Laporan Jawatankuasa Kabinet Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran kebangsaan ditubuhkan bagi mengkaji kurikulum kebangsaan. Laporan kajian disiap pada tahun 1979. Perubahan dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Perubahan dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat sekolah rendah dan diikuti di peringkat sekolah menengah.
  • 10. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk perkembangan diri individu secara menyeluruh. Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mendapat kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam keliling dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.
  • 11. Kurikulum Baru Sekolah Rendah Diperkenalkan pada tahun 1982. Dilaksanakan di seluruh negara pada 1983. Penekanan kepada kemahiran 3M: membaca, menulis dan mengira
  • 12. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Diperkenalkan pada tahun 1993 Mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • 13. Mulai tahun 2001 Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa. Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21. Diharapkan KBSR akan dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah dalam berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan sebenar. Murid perlu dididik bukan sahaja untuk berfikir dan berilmu pengetahuan luas, tetapi juga beretika tinggi dan bijaksana, serta berkeupayaan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik agar murid-murid sedar akan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang maju serta berilmu. Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat sekolah rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh.
  • 14. Matlamat Setiap Mata PelajaranKBSR Bahasa Melayu KBSR Untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Bahasa Inggeris KBSR To equip learners with basic skills and knowledge of the English language so as to enable them to communicate, both orally and in writing, in and out of school. Matematik KBSR Untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran. Sains KBSR Untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada murid bagi membolehkan mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan.
  • 15. Kajian Tempatan KBSR Untuk melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. Kemahiran Hidup KBSR Membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Pendidikan Islam KBSR Untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
  • 16. Pendidikan Moral KBSR Membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmoniah dan kestabilan negaraserta masyarakat global. Pendidikan Seni KBSR Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK. Muzik KBSR Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.
  • 17. Pendidikan Jasmani KBSR Membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pendidikan Kesihatan KBSR Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara dan melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
  • 18. Objektif KBSR Menguasai Bahasa Melayu dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menguasai kemahiran asas matematik dalam kehidupan harian. Menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif Menguasai kemahiran belajar dan berfikir. Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri. Memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan.
  • 19. Mempunyai kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. Memahami dan menikmati aktiviti kesenian dan rekreasi. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Menguasai kemahiran keusahawanan dan produktiviti. Menguasai kemahiran pengertian al-Quran. Meyakini asas-asas keimanan dan akhlak mulia serta melakukan perintah tuhan serta menjauhi laranganNya. Membina semangat patriotisme. Mengembangkan bakat dan kreativiti. Mengamalkan sikap dan perlakuan nilai murni.
  • 20. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pada tahun 2011, KSSR dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1 untuk menggantikan KBSR. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang : komunikasi sains dan teknologi perkembangan fizikal dan estetika keterampilan diri kemanusiaan dan kerohanian sikap dan nilai Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.
  • 21. KSSR mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO : belajar untuk mengetahui belajar untuk bertindak belajar untuk hidup bersama belajar untuk membentuk peribadi Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu. Tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Muridmurid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka seperti buku internet dan sebagainya. Dalam setiap modul KSSR dinyatakan matlamat dan objektif yang berkaitan.
  • 22. Kesimpulan Matlamat pendidikan akan berbeza dan berubah mengikut lokasi, keadaan dan masa. Pada asasnya pendidikan yang berlangsung dalam negara masa kini adalah ke arah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang selaras dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya.Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam FPK.