Memorandum ini menjelaskan rancangan untuk misi kemanusiaan internasional ke Arakan, Myanmar yang disebut Flotilla 2 Arakan. Misi ini akan dijalankan oleh organisasi non-pemerintah dari berbagai negara untuk mengirimkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya dan meningkatkan kesadaran akan pembantaian di sana. Rancangan ini mencakup struktur organisasi, persiapan, keselamatan, jadwal, dan keuangan untuk
1 of 12
Downloaded 20 times
More Related Content
MEMORANDUM KERJASAMA INTERNATIONAL FLOTILLA 2 ARAKAN
2. 1.0 PENGENALAN
Memorandum Kerjasama Misi Kemanusiaan International Flotilla 2 Arakan ini
merupakan sebuah dokumentasi induk yang menerangkan berkenaan prinsip dan kaedah
kerjasama yang dijalinkan untuk Misi Kemanusiaan Antarabangsa Flotilla 2 Arakan
(F2A).
Projek F2A ini merupakan sebuah misi kemanusiaan di bawah Gerakan Hak
Asasi Manusia Antarabangsa. Ianya adalah usaha C2C (Community To Community)
bukan G2G (Government To Government) atau gerakan kepartian tetapi merupakan
usaha masyarakat antarabangsa untuk memecahkan tembok sekatan Kerajaan Myanmar
ke atas Negeri Rakhine/Arakan dan penduduk Rohingya di sana.
Misi ini dianjurkan secara bersama oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari
pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Turki, EU, USA, Arab
Saudi, Palestin dan surat jemputan kerjasama sedang diedarkan ke serata dunia bagi
menambah partisipasi masyarakat sivil antarabangsa ke dalam projek ini. Kami
menggunakan SOP yang sama seperti misi kemanusiaan antarbangsa Mavi Marmara dan
Women Boat To Gaza.
Di setiap Negara tersebut, sekretariat-sekretariat Flotilla2Arakan (F2A) dibentuk
untuk mengumpulkan sokongan serta kesedaran NGO, kerajaan, parti politik dan
masyarakat umum berkenaan Misi Kemanusiaan Flotilla2Arakan ini. Dianggarkan setiap
negara memerlukan dana sekurang-kurangnya USD400,000.00 untuk membiayai kos
bagi sebuah kapal yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 150 Aktivis Kemanusiaan
bersama dengan barangan bantuan. F2A ini akan menjadi sebuah misi berterusan
sekurang-kurangnya 3 kali setahun sehingga sekatan yang dibuat ke atas Negeri
Rakhine/Arakan di Myanmar benar-benar diruntuhkan dan bantuan kemanusiaan dapat
disalurkan ke seluruh negeri tersebut, kumpulan pelarian Rakhine/Arakan dapat pulang
kembali ke tanah air mereka serta pembangunan negeri tersebut dapat dijalankan dengan
sempurna.
NGO di Malaysia telah diamanahkan untuk membentuk Sekretariat Induk sebagai
koordinator antarabangsa bagi F2A ini. Maka, dokumen ini dikeluarkan bagi membina
kesepakatan dan kesatuan pemikiran, hati serta tindakan agar tujuan misi ini dijalankan
tercapai dengan jayanya.
3. 2.0 MISI DAN VISI
2.1 Misi F2A
a. Untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Arakan
yang terkesan akibat pembunuhan beramai-ramai
b. Untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan isu pembantaian
di Arakan.
c. Untuk menghentikan sekatan ekonomi dan sosial ke atas penduduk
Arakan
2.2 Visi F2A
a. Untuk membasmi kesan negatif akibat pembantaian di antara
kerajaan Myanmar dan penduduk Arakan.
b. Untuk bekerjasama dengan negara-negara lain yang berkongsi
pandangan yang sama terhadap penduduk Arakan.
c. Untuk menyampaikan bantuan dengan segera kepada penduduk
Arakan dan mengelakkan kerosakan dengan efisien.
3.0 MATLAMAT/TUJUAN
3.1 Objektif Pertama
Pendedahan media yang meluas terhadap genosida yang berlaku di
Rakhine bagi menggemblengkan tekanan antarabangsa terhadap kerajaan
Myanmar untuk menghentikannya. Pembantaian ini telah berlaku sejak
sekian lama dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
3.2 Objektif Kedua
Pembangunan semula di kawasan Rakhine. Penduduk Rakhine mundur
dari segala aspek pembangunan. Bermula dengan misi pertama, F2A
diharapkan dapat menjadi katalis untuk program pembangunan dengan
kerjasama kerajaan Myanmar.
4. 3.3 Objektif Ketiga
Menyediakan penduduk Rakhine dengan kemandirian yang utuh. Proses
untuk membangunkan kembali adalah satu proses yang panjang. F2A
diharapkan dapat memberi sokongan moral kepada penduduk Rakhine
agar mereka dapat berusaha sendiri untuk memajukan kawasan mereka.
4.0 TARIKH PERGERAKAN FLOTILLA
4.1 International Flotilla 2 Arakan ini merupakan sebuah misi berterusan sehingga
matlamat yang dinyatakan di atas tercapai sepenuhnya.
Tahun 2017
Misi Pertama : Januari April (15 April)
Misi Kedua : Mei Ogos (15 Ogos)
Misi Ketiga : September Disember (15 Disember)
Tahun 2018
Misi Keempat : Januari April (15 April)
Misi Kelima : Mei Ogos (15 Ogos)
Misi Keenam : September Disember (15 Disember)
Tahun 2019
Misi Ketujuh : Januari April (15 April)
Misi Kelapan : Mei Ogos (15 Ogos)
Misi Kesembilan : September Disember (15 Disember)
Tahun 2020
Misi Kesepuluh : Januari April (15 April)
5. 4.2 Jangkaan Tempoh Masa Bagi Satu Misi 15 Hari
4.2.1 5 hari Pulau Pinang (Malaysia) Ke Maungdaw (Myanmar)
4.2.2 5 hari - Di Maungdaw, Rakhine/Arakan (Myanmar)
4.2.3 5 hari Maungdaw (Myanmar) ke Pulau Pinang (Malaysia)
5.0 PENYERTAAN ( Bagi Setiap Negara F2A )
5.1 Kategori Peserta ( 1 Kapal )
5.1.1 Aktivis Media
5.1.2 Aktivis Hak Asasi Manusia
5.1.3 Ketua Masyarakat
5.1.4 Tokoh Agama
5.1.5 Tokoh Politik
5.1.6 Ahli Korporat
5.1.7 Pegawai Kerajaan
5.1.8 Golongan Profesional (Peguam, Doktor, Jururawat, Jurutera,
Arkitek dan lain-lain)
5.2 Syarat Penyertaan
5.2.1 Melalui NGO atau Badan Gabungan F2A
5.2.2 Lulus ujian/semakan latarbelakang oleh pihak berkuasa
5.2.3 Berumur 18 tahun ke atas
5.2.4 Sihat tubuh badan
5.2.5 Mempunyai kekuatan mental dan emosi yang cukup
5.2.6 Mempunyai kemahiran berenang yang baik
5.2.7 Lulus latihan asas F2A
5.3 Jumlah Peserta
5.3.1 Minima 100 orang peserta/kapal (Berdasarkan Keupayaan Kapal)
5.3.2 1 NGO/Badan Gabungan diperuntukkan minima 1 Peserta
6. 6.0 PERSEDIAAN DAN KESELAMATAN
Memandangkan misi F2A ini merupakan misi kemanusiaan dan bukannya misi
ketenteraan, maka aspek-aspek persediaan dan keselamatan yang diusahakan
adalah bersesuaian dengan misi kemanusiaan seperti yang dilaksanakan di Misi
Mavi Marmara dan Women Boat To Gaza.
6.1 Persediaan Sebelum Bergerak
6.1.1 Latihan Asas F2A
6.1.2 Pemeriksaan Menyeluruh Sebelum Menaiki Kapal
(Pemeriksaan berkaitan senjata dan bahan larangan)
6.1.3 Taklimat Di Atas Kapal
6.2 Persediaan Semasa Bergerak ke Myanmar
6.2.1 Bilik Gerakan Beroperasi 24 jam di semua negara yang terlibat
6.2.2 Laporan berterusan dari atas kapal melalui pelbagai peralatan
komunikasi oleh semua aktivis
6.2.3 Maklumat disebarkan ke seluruh dunia melalui media sosial dan
media elektronik
6.3 Persediaan dan kaedah keselamatan sekiranya ditahan oleh Tentera Laut
Myanmar
6.3.1 Tiada tentangan bersenjata dilakukan
6.3.2 Liputan media berterusan dari atas kapal kepada bilik gerakan
6.3.3 Liputan media massa dan elektronik digandakan dengan lebih
meluas
6.3.4 Pihak kerajaan dan parti politik dihubungi dan diminta untuk
campur tangan
6.3.5 Desakan keatas Kedutaan Myanmar dilakukan untuk melepaskan
tahanan
6.3.6 Semua Aktivis dilepaskan dan selamat pulang
7. 6.4 Persediaan ketika selamat sampai ke Malaysia
6.4.1 Sidang akhbar dilakukan dengan giat
6.4.2 Perbincangan Meja Bulat F2A dijalankan dikalangan semua pihak
yang terlibat
6.4.3 Laporan F2A dibuat dan dimuatnaik di laman web rasmi dan
media sosial
6.4.4 Aktivis dari Luar Negara kembali ke negara masing-masing
6.4.5 Jelajah F2A ke seluruh Negara yang terlibat dijalankan bagi
memberikan penerangan serta membuat persediaan untuk misi
seterusnya
6.5 Bersedia untuk misi seterusnya
6.5.1 Memperbaiki perancangan berdasarkan Laporan F2A yang dibuat
6.5.2 Menggerakkan usaha untuk Misi yang seterusnya
8. 7.0 STRUKTUR ORGANISASI
Organisasi F2A ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Majlis F2A selaku
organisasi induk dan Sekretariat F2A selaku organisasi pelaksana.
2 bentuk organisasi ini kemudiannya diasingkan kepada 2 bentuk iaitu bersifat
Antarabangsa dan Negara.
7.1 MAJLIS F2A ANTARABANGSA
Majlis ini dianggotai oleh semua NGO dari seluruh dunia yang bersetuju
untuk berkerjasama dan menjayakan F2A ini.
Majlis ini bertanggungjawab ke atas kejayaan misi, visi dan matlamat misi
ini.
Bagi tujuan pengurusan projek pula, Majlis ini membentuk sebuah
sekretariat antarabangsa untuk menggerak perlaksanaan projek ini
sehingga mencapai matlamatnya.
7.1.1 Sekretariat F2A Antarabangsa
Sekretariat ini bertanggungjawab menguruskan perlaksanaan misi
kemanusiaan ini dan melaporkan gerakerjanya dari masa ke
semasa kepada Majlis dan masyarakat antarabangsa.
Sekretariat ini dianggotai oleh Jawatankuasa seperti berikut :
7.1.1.1 Ketua Pengarah
7.1.1.2 Timbalan Ketua Pengarah
7.1.1.3 Setiausaha (Hal Ehwal Pentadbiran & Bilik Gerakan)
7.1.1.4 Bendahari (Hal Ehwal Kewangan & Pengumpulan Dana)
9. 7.1.1.5 Biro Percetakan
7.1.1.6 Biro Media
7.1.1.7 Biro Undang-Undang
7.1.1.8 Biro Penerangan
7.1.1.9 Biro ICT
7.1.1.10 Biro Logistik
7.1.1.11 Biro Keselamatan
7.1.1.12 Biro Aktivis Dan Sukarelawan
7.1.1.13 Biro Latihan
7.1.1.14 Biro Perhubungan Antarabangsa
7.1.1.15 Biro Dokumentasi
7.1.1.16 Biro Keselamatan
7.1.1.17 Ketua Sekretariat F2A Negara-Negara Yang
Terlibat
7.2 MAJLIS F2A NEGARA-NEGARA
Majlis ini dianggotai oleh semua NGO di dalam sesebuah Negara tersebut
yang bersetuju untuk berkerjasama menjayakan F2A ini.
Semua NGO yang bergabung di dalam majlis ini akan menganggotai
Majlis F2A Antarabangsa dan Majlis F2A Negara masing-masing.
Majlis ini bertanggungjawab ke atas kejayaan misi, visi dan matlamat misi
ini bagi pihak Negara mereka.
Bagi tujuan pengurusan misi di dalam sesebuah Negara itu pula, Majlis ini
hendaklah membentuk sebuah Sekretariat F2A di dalam negaranya untuk
menggerak perlaksanaan projek ini sehingga mencapai matlamatnya.
10. 7.2.1 Sekretariat F2A Negara-Negara
Sekretariat ini bertanggungjawab menguruskan perlaksanaan misi
kemanusiaan ini di dalam Negara masing-masing dan melaporkan
gerakerjanya dari masa ke semasa kepada Majlis Gabungan F2A
Negara tersebut dan juga kepada Sekretariat F2A Antarabangsa.
Sekretariat ini dianggotai oleh Jawatankuasa seperti berikut :
7.2.1.1 Pengarah
7.2.1.2 Timbalan Pengarah
7.2.1.3 Setiausaha (Hal Ehwal Pentadbiran & Bilik Gerakan)
7.2.1.4 Bendahari (Hal Ehwal Kewangan & Pengumpulan Dana)
7.2.1.5 Biro Percetakan
7.2.1.6 Biro Media
7.2.1.7 Biro Undang-Undang
7.2.1.8 Biro Penerangan
7.2.1.9 Biro ICT
7.2.1.10 Biro Logistik
7.2.1.11 Biro Keselamatan
7.2.1.12 Biro Aktivis Dan Sukarelawan
7.2.1.13 Biro Latihan
7.2.1.14 Biro Perhubungan Antarabangsa
7.2.1.15 Biro Dokumentasi
7.2.1.16 Biro Keselamatan
7.2.1.17 Ketua Sekretariat F2A Negeri-Negeri
11. 8.0 KEWANGAN
8.1 Sebuah akaun rasmi di atas nama International Flotilla 2 Arakan akan
dibuka untuk akaun Sekretariat F2A Antarabangsa manakala akaun
Flotilla 2 Arakan di setiap Negara akan dibuka bagi Sekretariat F2A
Negara tersebut.
8.2 Dianggarkan kos sebanyak USD 400,000.00 diperlukan bagi setiap kapal
untuk setiap misi. Setiap NGO atau badan gabungan yang menyertai
Majlis Gabungan NGO F2A perlu memberikan sumbangan minima
sebanyak USD4,000.00 bagi satu misi kepada Bendahari Sekretariat F2A
di Negara masing-masing.
8.3 Setiap Negara memerlukan sekurang-kurangnya 100 NGO atau badan
yang bergabung dan bersetuju untuk memberikan sumbangan minima
USD4000.00 pada setiap misi. Dari sumbangan tersebut, Bendahari
Sekretariat F2A Negara masing-masing hendaklah menghantar 10% atau
USD400.00 (mana yang lebih besar) kepada Bendahari Sekretariat F2A
Antarabangsa bagi membiayai kerja-kerja di peringkat antarabangsa.
8.4 Bagi membantu kos pengurusan NGO Gabungan yang memberikan
sumbangan tersebut dan memastikan mereka dapat terus bekerja
mengumpulkan dana untuk semua misi F2A ini, 30% dari jumlah
sumbangan yang diterima akan direbatkan kembali ke dalam akaun
masing-masing.
8.5 Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti, Laporan Penyata
Pendapatan Dan Perbelanjaan serta Penyata Kira-Kira setiap sekretariat
akan diaudit, dilapor dan dipamerkan secara umum di laman web rasmi
www.flotilla2arakan.com bagi setiap misi.
8.6 Kos Pengurusan yang perlu dibiayai oleh semua sekretariat antaranya
adalah seperti Kos Pengangkutan Kapal dan yang berkaitan dengannya,
Kos Pentadbiran, Kos Promosi, Kos Kecemasan, Kos Makanan Dan
Minuman, Kos Barangan Bantuan dan Lain-Lain Kos
12. 9.0 PENUTUP
Pihak kami sangat berharap agar segala prinsip, dasar dan kaedah yang dinyatakan di
dalam memorandum ini mendapat perhatian, disefahami, dipersetujui dan akhirnya dapat
dijadikan landasan kepada gerakerja semua pihak yang melibatkan diri di dalam F2A ini.
Semoga usaha kita untuk memecahkan tembok keangkuhan dan tembok kezaliman yang
meliputi Negeri Rakhine/Arakan di Myanmar diberkati Tuhan dan mencapai
kejayaannya.
Semoga pihak Junta Tentera, Kerajaan Myanmar dan Militia Buddhis di sana menjadi
insaf, hilang sifat dengki dan salah faham ke atas Islam dan ajarannya serta terbuka
hatinya untuk mengambil jalan damai menerima kembali rakyat mereka yang ditindas
dan bersama membangunkan kembali Negeri Arakan/Rakhine menuju negeri yang aman
damai, bersatu padu, sejahtera dan maju seperti negara-negara majmuk yang lain di
dunia.
Marilah bersama kami menjayakan Flotilla 2 Arakan ini sehingga mencapai matlamat
yang diimpikan.
Sekian, Terima kasih.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
TENGKU EMMA ZURIANA BT
MOHD NAZRI BIN SAHAT TENGKU AZMI
Setiausaha Ketua Pengarah
Sekretariat F2A Antarabangsa Sekretariat F2A Antarabangsa