Dokumen tersebut memberikan instruksi untuk mengulas petikan yang diberikan dan mengambil pengajaran, nilai murni, atau amalan baik daripadanya dalam satu paragraf yang tidak kurang dari 40 kata dan tidak melebihi 50 kata. Peserta diminta untuk mengambil sekurang-kurangnya empat pengajaran, nilai, atau amalan baik dan menjelaskannya dengan menggunakan petikan.
2. - Anda dikehendaki mengulas atau memahami
petikan, jadual, pantun, syair, atau carta.
-Soalan berkisar pada pengajaran, nilai murni,
amalan baik.
-Jawapan dalam satu perenggan sahaja
- Panjang karangan tidak kurang 50/40 patah
kata / tidak lebih 50/40 patah perkataan.
3. - Fikirkan pengajaran / nilai murni / amalan baik
yang berkaitan dengan isi cerita dalam petikan
- Baca petikan yang diberi secara berulang
- Untuk mengukuhkan pengajaran yang
dipilih,perlu ada huraian daripada petikan.
- Berikan 4 pengajaran / nilai / amalan baik
sahaja
5. Anita selalu menyapu di dalam bilik
tidurnya. (Petikan)
Isi Pengajaran menjaga kebersihan
Kita hendaklah menjaga kebersihan seperti
Anita selalu menyapu di dalam bilik
tidurnya.
6. Anita selalu menyapu di dalam bilik
tidurnya. (Petikan)
Kita hendaklah menjaga kebersihan.
7. Memulakan ayat isi
i) Kita hendaklah
ii) Kita haruslah..
iii) Kita mestilah.
iV) Kita sepatutnya
v) Kita perlulah
8. 2. Azlan menggosok gigi setiap pagi.
Kita mestilah menjaga kesihatan.
5. Asriq berbaris ketika masuk ke dalam kelas.
Kita hendaklah mematuhi peraturan
sekolah.
9. Contoh Pendahuluan- mana pilihan anda?
Pengajaran/nilai/amalan baik
-Di antara nilai di dalam petikan ini ialah..
-Pengajaran yang saya perolehi di dalam
petikan ini ialah kita
-pengajaran daripada petikan ialah kita
-pengajaran dalam petikan adalah
10. Azman suka ponteng sekolah (petikan)
( Ponteng - rajin - tidak seperti .)
Kita haruslah rajin ke sekolah dan tidak seperti Azman suka pnnteng
sekolah
Azran mengemas tempat tidurnya. (petikan)
( Mengemas- menjaga kebersihan - seperti. )
Kita hendaklah menjaga kebersihan seperti mengemas tempat
tidurnya.
11. Berikan beberapa pengajaran yang dapat
anda peroleh daripada petikan di bawah
ini.Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.
12. Arman mengambil sarapan sebelum
pergi ke sekolah. Sesampai di sekolah,dia
terus menyapu di dalam kelasnya.Arman
dan rakan-rakannya beratur ketika membeli
di kantin sekolah.
13. NILAI / PENGAJARAN / HURAIAN
AMALAN BAIK
Menjaga kesihatan mengambil sarapan sebelum
pergi ke sekolah.
Rajin menyapu di dalam kelas
Berdisiplin Arman
Mematuhi peraturan dan rakan-rakannya beratur
ketika membeli
di kantin sekolah.
14. Pengajaran pertama daripada petikan
ialah kita hendaklah menjaga kesihatan
seperti Arman mengambil sarapan sebelum
pergi ke sekolah.Pengajaran kedua kita
haruslah menjaga kebersihan seperti Arman
menyapu di dalam kelasnya.Pengajaran
ketiga kita mestilah mematuhi peraturan
sekolah seperti Arman dan rakan-rakannya
beratur ketika membeli di kantin sekolah.
15. Pengajaran dalam petikan ialah kita
hendaklah menjaga kesihatan seperti
Arman yang mengambil sarapan sebelum
pergi ke sekolah. Selain itu, kita haruslah
menjaga kebersihan contohnya Arman
menyapu di dalam kelasnya. Di samping itu,
kita mestilah mematuhi peraturan sekolah
misalnya Arman dan rakan-rakan beratur
ketika membeli di kantin sekolah.
16. Di antara pengajaran yang saya peroleh
di dalam petikan ini ialah kita hendaklah
menjaga kesihatan.Selain itu, kita haruslah
menjaga kebersihan. Di samping itu, kita
mestilah mematuhi peraturan sekolah.
17. Tidak dapat mengenal pasti pengajaran
dalam petikan.
Menyalin teks
Banyak kesalahan tatabahasa
Pengajaran yang diambil tiada di dalam
petikan