Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai peralatan untuk sistem pendinginan domestik seperti tolok tekanan, unit pemulihan, dan bahan pendingin serta cara mengisi bahan pendingin melalui timbangan berat, arus, atau suhu. Dokumen tersebut juga menjelaskan proses pengosongan sistem dan proses pump down untuk mengumpulkan kembali bahan pendingin.
5. CARA KERJA TOLOK PANCARONGGA
Mengecas bahan
dingin bentuk cecair
Mengecas bahan
dingin bentuk gas
Tangki
bahan
dingin
Tangki
bahan
dingin
Injap
tekanan
tinggi
Injap
tekanan
rendah
6. FUNGSI TOLOK PANCARONGGA
Membaca tekanan tinggi dan tekanan rendah dalam
sistem
Membaca suhu sepadan
Memvakum sistem
Mengecas bahan dingin
Menambah minyak bahan dingin
Melakukan pump down
Menguji kebocoran sistem
7. PAM VAKUM (VACUUM PUMP)
Fungsi: Menyedut gas, kelembapan dan bendasing dari
dalam sistem semasa proses pengosongan.
Pastikan kedudukan aras minyak mencukupi di kaca cerap.
Terdapat dalam jenis single stage dan double stage.
8. UNIT TEBUS GUNA (RECOVERY UNIT)
Fungsi: Menyedut dan merawat gas bahan dingin supaya
tidak dibebaskan ke udara luar dan boleh digunakan semula
setelah disimpan di dalam tangki penyimpanan.
9. BAHAN DINGIN (REFRIGERANT) SISTEM
PENYEJUKAN DOMESTIK
Penggunaan R-134 (light blue) sebagai pengganti R -12
(white grey) kerana lebih mesra alam.
Penggunaan R -12 telah diharamkan sepenuhnya mulai
tahun 2010 kerana mengandungi bahan CFC yang boleh
menipiskan ozon.
10. BAHAN DINGIN (REFRIGERANT) SISTEM
PENYAMAN UDARA DOMESTIK
Penggunaan bahan dingin R-22 (green) masih di gunakan
secara meluas dalam sistem penyaman udara domestik
biasa manakala bagi bahan dingin R-410 (rose) digunakan
dalam sistem penyaman udara jenis inverter jimat tenaga
dan mesra alam.
11. KAEDAH MENGECAS BAHAN DINGIN
Terdapat 4 kaedah asas untuk mengecas bahan dingin iaitu:
Kaedah tekanan
Kaedah timbangan berat
Kaedah arus
Kaedah suhu
Kaedah timbangan berat dan arus adalah yang paling tepat
manakala kaedah tekanan dan suhu adalah kaedah
anggaran yang biasa digunakan.
Namun demikian kesemua kaedah ini masih memerlukan
tolok tekanan pancarongga untuk proses mengecas bahan
dingin ke dalam sistem.
12. PROSEDUR PENGOSONGAN (VAKUM)
PADA SISTEM
Sebelum kerja mengecas
dilakukan prosedur
pengosongan atau vakum
terhadap sistem perlu
dijalankan terlebih dahulu.
Sistem bebas daripada
kekotoran dan bendasing.
Sistem bebas dari
sebarang kebocoran.
13. CARA MENGECAS MELALUI
TIMBANGAN BERAT
Setiap unit penyejukan atau
penyaman udara mempunyai
amaun berat bahan dingin
yang berbeza mengikut
kapasiti peyejukan dan
keupayaan pemampatnya.
Bahan dingin akan dicaskan
masuk ke dalam sistem
mengikut amaun berat yang
dinyatakan pada spesifikasi
unit tersebut.
14. CARA MENGECAS MELALUI METER
KAPIT AMPERE
Setiap unit penyejukan atau
penyaman udara mempunyai
kadar arus larian piawai yang
bergantung kepada kapasiti
bahan dingin yang
digunakan.
Meter kapit akan digunakan
untuk membaca arus larian
pada talian hidup (live)
semasa proses mengecas di
lakukan sehingga ia
mencapai arus larian piawai
unit tersebut.
15. CARA MENGECAS MELALUI SUHU
Jangka suhu (thermometer) perlu ditempatkan di kipas
penghembus atau ruang penyejukan (penyejat) bagi
mendapatkan suhu yang sepadan dengan tolok tekanan
rendah.
16. APAKAH PROSES PUMP DOWN?
Proses pengumpulan bahan dingin dalam sesebuah penyaman udara
unit pisah ke bahagian tekanan tinggi sistem iaitu pemampat dan
pemeluwap.
Proses ini dilakukan pada unit luar (outdoor unit) dan semasa sistem
beroperasi seperti biasa.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan pembaziran dan pencemaran
bahan dingin ke udara semasa:
melakukan kerja servis yang memerlukan penggantian komponen
pada unit dalam.
pemindahan lokasi unit luar dan unit dalam.